
DORONGAN keluarga terutama ibu menguatkan semangat Haziq
(dua dari kiri) menjadi pemain professional.USIANYA baru mencecah lapan tahun tetapi Muhammad Haziq Macwilson sudah menggapai cita-cita besar untuk mengukir nama sebagai pemain bola sepak profesional dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) suatu hari nanti.
Haziq, kanak-kanak yang dilahirkan di Malaysia tetapi mengikut ibu bapanya ke England seawal usia sembilan bulan kini di landasan tepat untuk merealisasikan impiannya itu apabila terpilih menyertai Akademi Bola Sepak Sheffield United, sebuah kelab bola sepak elit di England yang pernah beraksi dalam EPL.
Anak lelaki tunggal dalam keluarga empat adik beradik bekas pelakon, Zainol Mohamed Johari Macwilson atau dikenali Zainol Macwilson yang kini menetap di United Kingdom itu dianggap seorang daripada penye rang terbaik di peringkat usianya sejak memulakan karier bola sepak di Woodhouse Junior FC.
Tawaran menyertai Akademi Bola Sepak Sheffield United itu yang hanya menawarkan 10 tempat bagi setiap peringkat usia diterimanya sejurus sebelum mereka sekeluarga bercuti di tanah air sempena Aidilfitri kira-kira sebulan lalu.

HAZIQ (berdiri dua dari kanan) kanak-kanak
Asia tunggal dalam pasukannya.Menyentuh pembabitan awal anaknya itu dalam bola sepak, Zainol menjelaskan ia banyak dipengaruhi oleh ibunya yang begitu berminat terhadap sukan itu.
“Sejak Haziq mula mengenali bola sepak, dia menunjukkan minat mendalam terhadap sukan ini. Kebetulan ibunya memang seorang peminat bola sepak yang fanatik.
“Justeru, apabila dia memaklumkan minatnya itu, ibunya sibuk mengenalpasti tempat untuk dia mendapat pendedahan sewajarnya dalam sukan ini.
“Selepas mengenal pasti beberapa pusat latihan sesuai yang berhampiran tempat tinggal, kami akhirnya memilih Woodhouse Junior FC di mana dia mula menyertainya ketika berusia 5 tahun,” katanya ketika mereka sekeluarga berkunjung ke Balai Berita sempena cuti itu.
Menurut Zainol yang kini berkhidmat sebagai anggota polis sebagai pekerjaan tetap dan berpencen di Sheffield selepas menamatkan khidmatnya di TV3 beberapa tahun lalu, Haziq ialah kanak-kanak Asia tunggal yang terpilih menyertai Akademi Bola Sepak Sheffield United bagi peringkat usianya.
Katanya, anaknya itu yang menjadikan pemain tengah Chelsea, Frank Lam pard sebagai idolanya menjalani latihan di Woodhouse Junior FC dua jam seminggu pada setiap petang Isnin, manakala setiap Ahad mereka mengadakan perlawanan persahabatan.
DATA
MUHAMMAD HAZIQ
MACWILSON
UMUR: 8 tahun
TARIKH LAHIR: 8 September 1997
BAPA: Zainol Mohamed Johari Macwilson
IBU: Maslinda Mohd Yusoff
KEDUDUKAN DALAM KELUARGA: Anak kedua daripada empat adik-beradik.
ADIK-BERADIK: Nur Zahirah
Macwilson (10), Nur Zulaikha
Macwilson (7), Nur Zahra Aina
Macwilson 17 bulan).
KELAB: Woodhouse Junior
FC, Shefffield, United Kingdom
(Ahli gabungan Kelab Bola
Sepak Sheffield United) yang
dibiayai oleh pembangunan
bola sepak England.
FAKTA
SHEFFIELD UNITED FC
NAMA JOLOKAN: The Blades
TAHUN PENUBUHAN: 1889
GELANGGANG: Bramall Lane, Sheffield
KAPASITI: 30,936 penonton
PENGERUSI: Derek Dooley
PENGURUS: Neil Warnock
KEDUDUKAN LIGA 2004/2005: Tempat Ke-8