Impian Airin bergelar juara
Oleh Nazri Abu Bakar
JEJAK idola, Nicol Ann David – juara Terbuka British yang baru, jelas meniup semangat Airin Rahman untuk menonjolkan diri sebagai satu nama yang baru berputik mekar dalam sukan skuasy negara.
Pada usia 11 tahun, gadis ini sudah memiliki kepantasan, daya pukulan matang serta gerak simbolik sebagai sang juara di pentas tanah air dan antarabangsa, khasnya selepas muncul juara acara perseorangan wanita dalam Kejohanan Terbuka Remaja India 2005.
“Kenangan paling manis saya apabila berjaya menewaskan peserta berpengalaman tuan rumah A Anaka di perlawanan akhir di New Delhi, baru-baru ini.
Ia adalah pencapaian sulung buat saya di pentas antarabangsa. Ia mengejutkan kerana kehebatan milik Anaka sukar ditandingi.
“Namun saya berazam untuk muncul juara ketika mula memijak gelanggang di bumi negara terbabit, yang akhirnya menjadi kenyataan selepas menang tipis 3-2. Kemenangan saya itu menghampakan penyokong tuan rumah,” katanya. Petanda akan ciri-ciri kejaguhan miliknya dipamerkan selepas muncul juara kejohanan skuasy remaja Melaka bawah 17 dan 19 tahun menewaskan juara bertahan yang juga kakaknya Airini,16, di pentas final 2005.
Tidak dinafikan bimbingan jurulatih Roslan Isham serta dorongan kuat kedua-dua ibu bapa, Abdul Rahman Kintal dan Noraidah Hamid banyak membakar semangat anak kecil ini terus komited dalam sukan popular di negara ini.
Airin berkata, dia beruntung kerana memiliki keluarga yang meminati sukan dan sentiasa memberi dorongan kepadanya untuk berjaya, terutama ibu dan ayah yang sanggup memperuntukkan banyak masa, tenaga dan wang ringgit demi melihat kejayaannya.
“Saya mahu membalas segala pengorbanan mereka dengan mengejar kejayaan lebih besar sebagai pemain terbaik negara satu hari nanti,” katanya.
DATA
AIRIN ABDUL RAHMAN
USIA: 11 tahun
ASAL: Melaka
SUKAN: Skuasy
JURULATIH: Roslan Isham
NAMA AYAH: Abdul Rahman Kintal
IBU: Noraidah Hamid
ADIK BERADIK: Anak kedua daripada tiga adik beradik
MULA AKTIF: Sejak usia 9 tahun
PENCAPAIAN
– Juara bawah 12 tahun skuasyMelaka
– Juara bawah 17 Melaka
– Juara Terbuka Pulau Pinang 2004
– Juara bawah 19 tahun Melaka
– Juara Milo All Stars PJ 2004
– Keempat sirkit remaja Malaysia bawah 17 tahun
– Juara Terbuka Remaja India 2005
Tahukah Anda?
TUNKU Imran Tuanku Ja'afar muncul juara pertama Kejohanan Skuasy Malaysia pada 1973 apabila dia menewaskan Hood Salleh dalam final. Kerabat Diraja dari Negeri Sembilan itu juga menjadi penga sas penubuhan Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) dengan konsep mengetengahkan prog ram mencungkil bakat muda yang dimulakan pada 1982.
Dalam tempoh 12 tahun sebagai presiden (1978-1989) beliau berjaya menyuntik kejayaan kepada kemajuan skuad terma suk perancangan yang membutirkan kejayaan menghasilkan Ong Beng Hee dan Nicol Ann David yang muncul juara lelaki dan wanita di Kejohanan Remaja Dunia pada 1998 dan 1999.
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|