Jejak Bambang idaman Faiz
KELIBAT dan aksi pemain import Selangor dari Indonesia, Bambang Pamungkas menjadi in spirasi buat Faiz Shahbudin untuk mencipta nama dalam arena bola sepak tanah air pada masa akan datang.
Apatah lagi Faiz berasal dari Selangor dan menyarung jersi Merah-Kuning menjadi idaman buat pelajar tingkatan satu, Sekolah Menengah Alam Megah Dua, Shah Alam itu.
FAIZ gigih berlatih untuk mencapai cita-cita besar.
Biarpun berusia 13 tahun, namun Faiz beruntung kerana sejak umur sem bilan tahun dia dihantar bapanya untuk belajar bermain bola di Kelab Bola Mawar di Shah Alam.
“Abang terlebih dulu berlatih di Kelab Bola Sepak Mawar dan kemudian saya ikut sama. Ayah menghantar kami menyertai kelab itu untuk mengelak kami daripada terjebak dengan aktiviti yang tidak sihat,” katanya yang baru saja terpilih menyertai Akademi Bola Sepak Ken Barnes.
Menurut Faiz dia sering bermain bola sepak di Padang Proton bersama kelabnya dan satu kejutan berlaku Ogos lalu apabila Ken Barnes iaitu bekas pemain Manchester City datang mengadakan perlawanan persahabatan yang bertujuan mencari bakat baru untuk akademi itu.
Antara 22 pemain remaja, hanya Faiz saja menarik perhatian Barnes berdasarkan kemahiran dan kreativitinya itu dan dia dipilih untuk mengikuti akademi itu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abi di Perlis.
Program di akademi itu mendapat sokongan dan tajaan Majlis Sukan Negara, Milo, NPNG, MAS, CIMA dan The New Straits Times sebagai akhbar rasmi.
“Pemilihan itu satu yang mengejutkan kerana daripada 22 orang hanya saya terpilih. Apapun saya gembira dipilih dan bukan mudah mendapat peluang ini.
“Saya akan mengikuti program di SMK Abi pada Januari depan dan tidak menjadi masalah untuk bersekolah di sana memandangkan bapa berasal dari Perlis,” kata pemain yang akan dilatih menjadi penyerang.
Di Perlis, Faiz akan mendapat bimbingan daripada bekas pemain, Manja Man sebagai ketua jurulatih dan dia akan menjalani latihan secara intensif setiap hari.
DATA
MOHD FAIZ SHAHBUDIN
TARIKH LAHIR: 4 Ogos 1992
ASAL: Shah Alam, Selangor
PENDIDIKAN: Tingkatan Satu,
Sekolah Menengah Alam Megah
2, Shah Alam
PENCAPAIAN: Juara bawah
12 tahun peringkat daerah negeri
Selangor 2004
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|