Ayah, ibu inspirasi kejayaan Nadzif
Oleh Kamudin Baharom
ANDAI ayahnya, Othman Ibrahim yang pernah menyerlah dalam dunia bola sepak mewakili skuad Perlis bersama Bakri Ibni dan Saidin Osman, umpamanya serta skuad kebangsaan pada awal tahun 80-an, kini anaknya Amar Nadzif bagai bersedia menyambung kejayaan keluarga dari Jejawi itu.
Anak muda berusia 18 tahun tidak memilih bola sepak sebaliknya ragbi dan sudah pun menerima ganjaran di atas keringat dalam disiplin itu.
Baru-baru ini dia dipilih sebagai Pemain Terbaik Bawah 18 Tahun dalam Kejohanan Ragbi Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Kuching.
Dalam perlawanan akhir dia membantu pasukan Perlis menewaskan Selangor 26-13 dan menjadi nadi pasukan buat negeri Indera Kayangan itu berbangga sebagai petanda negeri paling kecil di semenanjung sudah mula menunjukkan petanda bakal jadi kuasa ragbi negara.
Dalam kejohanan sama pelajar tingkatan enam atas Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Sirajuddin, Jejawi, dekat Kangar itu turut terpilih antara lima pemain terbaik pertandingan akhir di Kuching.
“Bagi saya apa dicapai dalam kejohanan kali ini adalah di luar dugaan kerana ada ramai pemain dianggap cukup hebat dan berpengalaman termasuk beberapa rakan sepasukan.
“Apa pun, saya bersyukur kerana kejayaan ini bakal menyuntik semangat dan komitmen untuk terus mempamerkan prestasi lebih cemerlang selepas ini.
Paling penting memberi keyakinan kepada keluarga terutama ibu dan bapa yang sentiasa memberi gala kan dan sokongan,” katanya yang juga pemain bola sepak serta atlit me rentas desa dan maraton.
Empat lagi rakannya sepasu kan sekolah yang mewakili Perlis itu ialah Ibni Al Syedful Ibni Hajar, 18; Mohd Hafiz Zainol, 18; Omar Ismail, 17 dan Mohd Amin Jamaludin, 16. Ayahnya adalah kakitangan di Kilang Gula Perlis manakala ibunya, Nadiah Darus adalah kakitangan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis (PKENPs). Dua adik beradiknya ialah Anis Adiba Othman, 16 pelajar SMK Syed Sirajuddin, Jejawi dan Aida Yasmin Othman, 10, murid tahun keempat Sekolah Kebangsaan Jejawi, Kangar.
DATA
AMAR NADZIF OTHMAN
UMUR: 19 (21 MAC 1986)
ASAL: Jejawi, Kangar
AYAH: Othman Ibrahim (bekas pemain bola sepak
Perlis dan Malaysia)
IBU: Nadiah Darus
ADIK BERADIK: Anak sulung daripada tiga beradik
JURULATIH: Cikgu Azmi Saad
SUKAN LAIN: Bola sepak dan larian jarak jauh
(merentas desa dan maraton)
PENCAPAIAN
Anggota pasukan SMK Syed Sirajuddin
meraih kejuaraan Kejohanan ragbi MSSPS 2005
Anggota pasukan SMK Syed Sirajuddin wakili Perlis
menjuarai Kejohanan Ragbi MSSM 2005 di Kuching, Sarawak
Pemain terbaik keseluruhan kejohanan ragbi MSSM 2005 dan
pemain terbaik pertandingan akhir kejohanan ragbi MSSM 2005
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|