Impian Asyraf sarung jersi kebangsaan membara
Oleh Haryani Ngah
IMPIAN menyarung jersi skuad bola sepak kebangsaan dan menjadi anggota pasukan Selangor adalah matlamat utama Muhammad Asyraf Khairuddin.
Biarpun baru mencecah usia 15 tahun, Asyraf dilihat memiliki bakat mengetuai kesebelasan utama negara di masa akan datang dan tanggungjawab pertamanya untuk Malaysia adalah menjadi kapten skuad bawah 15 tahun dalam Kejohanan Sekolah-sekolah Asean, di Bangkok bulan ini. Dengan semangat membara, Asyraf yang pertama kali beraksi buat negara berharap dapat melangkah ke final kejohanan itu dan sekali gus berdepan dengan juara bertahan, Thailand.
Pada penyertaan lalu skuad negara sekadar mendapat tempat ketiga di belakang Thailand dan Indonesia.
Apapun, Asyraf dan rakan-rakan tidak mahu tunduk kepada rekod lalu sebaliknya usaha harus dilakukan bagi memastikan skuad remaja negara dapat meraih gelaran juara.
“Saya pernah berdepan pasukan Thailand tahun lalu dalam perlawanan persahabatan antara Sekolah Victoria menentang Thailand di padang FAM, Kelana Jaya yang menyaksikan pasukan saya tewas tipis 2-1 ke atas pasukan itu.
“Pengalaman itu berguna. Saya mahu menjadikan pengajaran memastikan skuad bawah 15 tahun negara mencapai kejayaan di kejohanan,” kata pemain itu yang beraksi di bahagian pertahanan itu.
Mengulas pembabitannya dalamsukan bola sepak, Asyraf berkata dia mengikut jejak langkah ayahnya iaitu Khairuddin Mat Nordin yang pernahmewakili Pahang pada akhir 80-an.
Malah boleh dikatakan dia membesar di padang bola kerana sering mengikut ayahnya bermain dan berlatih bola.
Bakatnya sebagai pemain bola sepak dikesan jurulatih bawah 12 tahun Kuala Lumpur ketika dia bermain untuk pasukan Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail 2 beberapa tahun lalu sebelum kemahiran itu terus di gilap di Sekolah Menengah Victioria. “Sejak kecil saya selalu berangan bermain untuk Selangor,” kata remaja yang meminati Khaironnisam Sahabuddin Hussain dari pasukan Perlis.
DATA EpG
MUHAMMAD ASYRAF
KHAIRUDDIN
UMUR: 15 tahun
(13 Februari 1990)
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Tingkatan 3,
Sekolah Menengah Victoria,
Kuala Lumpur
POSISI: Pertahanan
PENCAPAIAN:
Juara - Kejohanan Majlis
Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia 2005; Tempat
Ketiga - Kejohanan
Majlis Sukan Sekolah-sekolah
Malaysia 2004
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|