
LAPANG sasar mungkin se suatu yang asing bagi sebahagian besar kanak-kanak, namun buat Noor Izzati Jasni di situlah sebahagian masa lapangnya diluangkan. Berikutan sering melihat bapanya melatih penembak sejak berusia tujuh tahun lagi, secara tidak langsung minat memegang senjata timbul.
Sememangnya kuah tumpah ke nasi, jika tujuh tahun lalu bapanya, Mejar Jasni Shafie bergelar penembak kebangsaan kini kesinambungan itu diteruskan Noor Izzati yang mengikuti latihan di bawah program pembangunan Persatuan Menembak Kebangsaan Malay sia (NSAM), Remaja berusia 13 tahun adalah peserta termuda dalam program itu dan peluang terbaik itu digunakan sebaik mungkin bukan saja untuk mendapat latihan daripada jurulatih tetapi mengutip pengalaman daripada penembak lain yang lebih senior.
IZZATI gemar
menghabiskan
masa lapang
di lapang sasar.“Sejak kecil saya selalu ikut ayah ke Lapang Sasar Subang kerana di kelab itu ada kolam renang. Jika tidak berenang saya akan duduk di bangku iaitu betul-betul di belakang penembak yang sedang menjalani latihan.
“Saya tidak hanya duduk di bangku sebaliknya memerhati gaya, cara dan teknik mereka me nembak dan dari situ timbul minat untuk menjadi penembak.
“Ayah yang melihat kecenderungan saya bertanya sama ada saya berminat atau tidak untuk mengikuti latihan menembak dan bagi saya ia satu peluang yang tidak harus dilepaskan.
“Dalam keluarga saya ada tiga adik beradik dan kedua kakak saya tidak berminat mengikut jejak langkah ayah hanya saya seorang saja,” kata remaja yang menjadikan Bibiana Ng sebagai idola itu.
Izzati yang baru dua kali didedahkan dengan kejohanan bawah peringkat 15 tahun sedang memberi tumpuan kepada latihan untuk menyertai Kejohanan Ally Ong yang akan berlangsung pada 20 Julai depan dalam acara air pistol.
DATA
NOOR IZZATI JASNI
TARIKH LAHIR: 11 April 1992
ASAL: Seri Kembangan, Selangor
ADIK BERADIK: bongsu daripada tiga beradik
PENDIDIKAN: Tingkatan 1, Sekolah
Sukan Bukit Jalil
ACARA: Air Pistol
PENCAPAIAN
2005 - Keempat sirkit bawah 15 tahun final kejohanan antara negeri bawah 15 tahun