Hoki, penawar buat Razali
SEKOLAH Menengah Anderson dan hoki cukup sinonim dalam melahirkan pemain handalan negara. Berasaskan kehebatan itu mendorong pelajar di sekolah berkenaan berusaha mendapat tempat untuk mewakili sekolah. Justeru menyedari kesukaran mendapat tempat untuk mewakili sekolah kerana ramai pemain berbakat di sekolah itu membuatkan Mohd Razali Zulkipli berusaha bersungguh-sungguh membuktikan ke upayaannya.
AKSI Razali ketika menjadi kapten Perak dalam kejohanan MSSM, minggu lalu.
Walaupun bakatnya diasah ketika di sekolah rendah, namun kemampuannya terserlah bersama Anderson.
“Minat saya dalam sukan adalah dipengaruhi oleh bapa saya, namun cabang sukan yang menjadi pilihan kami berbeza kerana ayah suka bermain bola sepak dan saya memilih hoki.
“Sekalipun diperkenalkan dengan hoki sejak di bangku sekolah rendah, namun keupayaan dalam acara ini terserlah selepas memasuki Anderson.
“Hoki sudah menjadi tradisi di Anderson dan satu kebanggaan sekiranya dapat ter pilih mewakili sekolah dan kerana itu saya berusaha bersungguh-sungguh memandangkan persaingan yang hebat antara kami.
“Semangat kerjasama sepasukan juga membuatkan saya dan rakan lain bersaing secara sihat untuk meraih kemenangan dan masing-masing memasang cita-cita men jadi pemain negara pada masa akan datang,” kata pemain berusia 18 tahun itu.
Razali yang diamanahkan sebagai kapten pasukan Perak pada Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia 2005, minggu lalu mengagumi bekas kapten skuad kebangsaan, Mirnawan Nawawi dan pemain Pakistan Madusa Ali.
“Saya bercita-cita menjadi pemain ke bangsa an yang hebat seperti mereka pada masa akan datang. Saya meletakkan jangka masa setahun untuk diserap dalam skuad remaja kebangsaan dan seterusnya ke peringkat lebih tinggi,” katanya.
DATA EPG
MOHD RAZALI ZULKIPLI
TARIKH LAHIR: 28 MEI 1987
ASAL: Sungkai Perak
PENDIDIKAN: Pra Universiti, Sekolah Sukan Bukit Jalil
POSISI: Penyerang dan tengah
PENCAPAIAN TERBAIK: Juara - Kejohanan Hoki Antara Juara Sekolah-sekolah 2004
Juara dan pemain terbaik perlawanan akhir -
Kejohanan Hoki Antara Juara Sekolah-sekolah
2003
Juara - Kejohanan Hoki Antara Juara Sekolahsekolah
2003
Ketiga - Liga Hoki Remaja 2003
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|