

OLAHRAGAWAN, Hup Wei dan Olahragawati, Ganthimathi bakal
galas misi penting dalam kejohanan MSSA.ANDAI usia dijadikan ukuran, gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kejoha nan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) yang diraih Lee Hup Wei dan K Ganthimathi adalah anugerah terakhir peringkat sekolah dimenangi kedua atlit itu.
Bagaimanapun kejayaan itu adalah permulaan bagi mereka dan ia amaran awal buat atlit kebangsaan kerana tidak mustahil dalam masa terdekat kedua atlit muda itu dapat mencipta kejayaan buat negara di kejohanan peringkat antarabangsa.
Berbekal gelaran itu kedua atlit remaja itu kini bertekad mengecapi lagi gemilang di peringkat senior – tidak kurang memasang impian menjadi jaguh mutlak kebangsaan tidak lama lagi dengan gelanggang Sukan Sea atau Sukan Asia sebagai satu destinasi realistik.
Hup Wei yang terpilih dalam skuad ke Kejohanan Trek & Padang Sekolah-sekolah Asean (MSSA) di Singapura terlebih dulu akan beraksi di Terbuka Taiwan dua minggu akan datang, sambil Ganthimanthi bakal memberi saingan di Kejohanan Remaja Kebangsaan di Bukit Jalil.

SARAWAK muncul juara keseluruhan.“Harapan saya ialah mahu melepasi sasaran 2.16 meter di MSSA dan pada masa sama mendapatkan tempat ke Sukan Asia dan Sukan Komanwel tahun depan,” kata atlit yang dilahirkan di Mantin, Negeri Sembilan tapi dibesarkan di Selangor.
Sambil Ganthimanthi yang mendapat dua perak dan satu gangsa pada penyertaan MSSA di Jakarta, tahun lalu berharap dapat menuai emas di Singapura, Julai ini.
“Ini adalah penyerta an peringkat sekolah yang terakhir buat saya dan sudah pasti saya mahu meraih emas di MSSA di samping membaiki catatan masa terbaik.
“Bagaimanapun sebelum ke Singapura saya perlu berdepan cabaran di Kejohanan Remaja Kebangsaan, bulan depan dan harapan saya mendapat keputusan lebih baik berbanding di MSSM. Ia pasti menjadi pembakar semangat buat saya ke MSSA.
“Selepas MSSA saya akan berehat selama dua bulan untuk memberi tumpuan kepada peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dan kembali meneruskan latihan sebaik tamat peperiksaan sebagai persiapan menghadapi Sukan Sea Manila, Disember depan,” kata anak gadis berasal dari Cameron Highlands itu.
DATA EpG
LEE HUP WEI
TARIKH LAHIR: 5 Mei 1987
ASAL: Selangor
PENDIDIKAN: Tingkatan Lima, Sekolah Sukan Bukit Jalil
PENCAPAIAN TERBAIK 2005: Emas lompat tinggi dan lompat kijang dan perak lompat jauh MSSM, Pulau Pinang ; 2004 – Emas lompat tinggi bawah 17 tahun Terbuka Taiwan; Emas lompat tinggi MSSM Seremban
DATA EpG
K GANTHIMATHI
TARIKH LAHIR: 1 Mac 1987
ASAL: Cameron Highlands, Pahang
PENDIDIKAN: Tingkatan Lima, Sekolah Sukan Bukit Jalil
PENCAPAIAN TERBAIK 2005: Emas acara 800m, 1,500m dan 3,000m MSSM Pulau Pinang; 2004 – Perak acara 800m dan 1,500m dan gangsa 3,000m, MSSA Jakarta; 2004 – Emas 800m perak 1,500m, gangsa 3,000m Sukan Malaysia, Negeri Sembilan
FAKTA EpG
NAMA: Kejohanan Olahraga MSSM Ke-47
TARIKH: 9 – 12 Mei 2005
TEMPAT: Stadium Bandaraya, Pulau Pinang
REKOD KEJOHANAN
LELAKI: Bawah 18 Tahun: Lari Berpagar – Saiful Anwar (Perak) 54.85s, Lompat Tinggi – Lee Hup Wei (Selangor) 2.15m, 1,500m – Vadivellan (Perak) 3:55.21s, Balu Muniandy (Selangor) 3:58.02, Mathialagan (Johor) 3:59.85s, 800m – S Mathialagan (Johor) 1:56.98s , 4x400m – Johor 3:31.15s, Lontar Peluru – Adi Alifuddin (Terengganu) 16.43m.
BAWAH 15 TAHUN: 5,000m – M Jayseelan (Pulau Pinang) 24:09.55s, 4x100m – Johor 43.24s, Lompat Tinggi – Poh Yu Shen (Johor) 1.950m, 110m Lari Berpagar – Ismail Shafie (Kedah) 14.54s
WANITA: Bawah 18: 800m – K Ganthimathi (Pahang) 2:18.47s,1,500m – K Ganthimathi 4:25s, Lompat bergalah -Noor Akmar Abdul Fatah (Selangor) 3.45m, Pentathlon: Chuling Attay (Sarawak) 3,12 mt.
BAWAH 15: Lompat Kijang – Ng Gha Yee (Negeri Sembilan) 11.58m