Pentas mulakan perjuangan



Buruan tiket ke Olimpik jadi impian setiap pemain

TAHUN lalu kejohanan badminton Terbuka Malaysia menjadi kejohanan pembuka tirai kepada pertandingan Siri Super yang baru diperkenalkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Tahun ini, ia meneruskan kesinambungan itu tetapi lebih bermakna lagi kerana ia menjadi titik permulaan kepada kempen mencari tiket untuk bersaing pada temasya Sukan Olimpik Beijing 2008, temasya sukan terulung dunia.

Walaupun tanpa dua nama besar, pemain nombor satu dunia Lin Dan dari China dan juara bertahan Peter Gade Christensen dari Denmark, kejohanan yang sedang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, itu tetap meriah kerana ia menjadi medan kepada impian beraksi pada Sukan Olimpik.

Umum sudah mengetahui buat masa ini hanya badminton kelihatan berpeluang cerah untuk membawa pulang pingat dari Beijing ketika sukan lain mungkin mampu layak tetapi tidak diberi tanggungjawab berat melaksanakan tugas memburu pingat.

Sudah dua temasya Barcelona 1992 dan Atlanta 1996, kontinjen negara mampu melakar sejarah meraih pingat pada temasya terulung itu menerusi gangsa beregu lelaki, Razif-Jalani Sidek (1992), perak beregu lelaki Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (1996) dan gangsa perseorangan lelaki, Rashid Sidek (1996).

Namun pada dua temasya terdahulu, Sydney 2000 dan Athens 2004, badminton gagal menyumbang apa-apa pingat sekali gus mencacatkan pencapaian keseluruhan kontinjen negara, yang belum mampu mengharapkan cabang sukan lain.

Lee Chong Wei, Wong Mew Choo, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah adalah antara nama yang disebut-sebut boleh memecah kebuntuan pingat emas kontinjen negara pada temasya empat tahun sekali itu.

Chong Wei, kini menduduki ranking kedua dunia di belakang Lin Dan, menang empat daripada 13 kejohanan disertainya tahun lalu pada Terbuka Indonesia, Filipina, Jepun dan Perancis.

Di atas kertas, dia seharusnya tidak bermasalah untuk layak ke Beijing tetapi bergantung kepada sejauh mana jurulatihnya Misbun Sidek terus menggilap bakatnya ke tahap tertinggi.

Mew Choo mengejutkan ramai tahun lalu pada Terbuka China apabila dia muncul juara buat julung kali mengalahkan kesemua pemain dan bekas pemain Negara Tembok Besar itu dalam laluan meraih kemenangan sesudah sebelumnya bergelar naib juara Terbuka Malaysia.

Lantas tidak hairan tahun ini dia akan diawasi dengan lebih rapi oleh pencabarnya dari China yang pasti tidak mahu membiarkan mereka kecewa di bumi sendiri.

Kien Keat-Boon Heong pula menjadi sandaran utama dalam acara beregu lelaki tetapi anak buah Rexy Mainaky itu harus belajar bagaimana untuk meraih keputusan konsisten dan tidak tunduk kepada pasangan kurang ternama.

Bagi Tan Fook dan Wan Wah pula, sekalipun usia mampu menjadi penghalang buat mereka, setidak-tidaknya mereka boleh diharapkan untuk beraksi buat kali ketiga berturut-turut pada temasya Sukan Olimpik selepas kegagalan pada Sydney 2000 dan Athens 2004.

KALENDAR SIRI SUPER BWF 2008

15-20 Jan - Terbuka Malaysia (Kuala Lumpur)

22-27 Jan - Terbuka Korea (Seoul)

4-9 Mac - Seluruh England (Birmingham)

11-16 Mac - Terbuka Switzerland (Basel)

10-15 Jun - Terbuka Singapura (Singapura)

17-22 Jun - Terbuka Indonesia (Jakarta)

16-21 Sep - Terbuka Jepun (Tokyo)

23-28 Sep - Masters China

21-26 Okt - Terbuka Denmark

28 Okt-2 Nov - Terbuka Perancis

18-23 Nov - Terbuka China

25-30 Nov - Terbuka Hong Kong

KEJOHANAN TERBUKA LAIN

26 Feb-2 Mac - Terbuka Jerman (Mulheim)

3-8 Jun - Terbuka Filipina (Manila)

24-29 Jun - Terbuka Thailand (Bangkok)

8-13 Jul - Terbuka Amerika Syarikat

2-7 Sep - Terbuka India

9-14 Sep - Terbuka Taiwan

30 Sep-5 Okt - Terbuka Macau

7-12 Okt - Terbuka New Zealand

14-19 Okt - Terbuka Belanda

2-7 Dis - Terbuka Vietnam

PERTANDINGAN LAIN

19-24 Feb - Pusingan Kelayakan Piala Thomas-Uber Asia

15-20 Apr - Kejohanan Asia (Johor Bahru)

11-18 Mei - Pusingan Akhir Piala Thomas-Uber (Jakarta)

13-20 Jul - Kejohanan Remaja Asia (Jakarta)

8-24 Ogos - Sukan Olimpik 2008 (Beijing)

Chong Wei wira terkini

LEE Chong Wei, Ong Ewe Hock, Rashid Sidek, Tan Aik Huang, Eddy Choong, Ong Poh Lim dan Wong Peng Soon memiliki persamaan rekod memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia lebih sekali sepanjang karier mereka.

Chong Wei, yang menang tiga tahun berturut-turut bermula pada 2004 di Kuantan, bagaimanapun tersekat impiannya untuk mencatat kemenangan keempat berturut-turut tahun lalu apabila cabarannya tersekat pada pusingan suku akhir sesudah tunduk di tangan Bao Chunlai dari China.

Selain Chong Wei, terdahulu Rashid melakar tiga kemenangan berturut-turut dari 1990, kesemuanya di stadium keramat buatnya, Stadium Negara.

Ewe Hock pula tampil dengan dua kemenangan pada 1996 juga di Stadium Negara dan 2001 di Stadium Malawati, Shah Alam.

Namun, pada 1940-an dan 1950-an, Peng Soon lebih berbangga dengan catatan lapan kejuaraan termasuk lima kali berturut-turut dari 1949. Poh Lim dan Eddy masing-masing gah dengan dua kejuaraan.

Tahun-tahun kebelakangan ini, sandaran Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hanya bagi dua acara - perseorangan dan beregu lelaki - untuk bergelar juara di gelanggang sendiri.

Sejak kejohanan Terbuka Malaysia dihidupkan kembali pada 1983 (sesudah tidak diadakan selama lebih kurang 15 tahun), enam pasangan berbeza berjaya meletakkan nama mereka sebaris nama-nama juara.

Pasangan legenda adik beradik, Razif-Jalani meraih dua kemenangan berturut-turut pada 1985 dan 1986 diikuti Cheah Soon Kit dan Soo Beng Kiang pada 1991.

Soon Kit berpasangan dengan ketua jurulatih skuad negara sekarangm Yap Kim Hock untuk menang pada 1995 dan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah memahatkan nama mereka di Kuantan pada 2004.

Koo Kien Keat turut menang dua tahun berturut-turut tetapi dengan pasangan berbeza. Pada 2006, dia berganding hebat dengan Chan Chong Ming manakala tahun lalu di Stadium Badminton Kuala Lumpur, gandingan beregu emasnya dengan Tan Boon Heong menjadi di depan penyokong sendiri.

SENARAI PEMENANG TERBUKA MALAYSIA

(Membabitkan pemain negara sahaja)

PERSEORANGAN LELAKI


1937 - A S Samuel

1938 - Tan Chong Tee

1939 - Seah Eng Hee

1940 - Wong Peng Soon

1941 - Wong Peng Soon

1947 - Wong Peng Soon

1948 - Ooi Teck Hock

1949 - Wong Peng Soon

1950 - Wong Peng Soon

1951 - Wong Peng Soon

1952 - Wong Peng Soon

1953 - Wong Peng Soon

1954 - Ong Poh Lim

1956 - Ong Poh Lim

1957 - Eddy Choong

1960 - Eddy Choong

1963 - Yew Cheng Hoe

1964 - Billy Ng

1965 - Tan Aik Huang

1966 - Tan Aik Huang

1990 - Rashid Sidek

1991 - Rashid Sidek

1992 - Rashid Sidek

1996 - Ong Ewe Hock

2001 - Ong Ewe Hock

2002 - James Chua

2004 - Lee Chong Wei

2005 - Lee Chong Wei

2006 - Lee Chong Wei


PERSEORANGAN WANITA

1937 - Alice Pennefather

1938 - Moey Chwee Lan

1939 - Cecelia Tan

1940 - Cecelia Tan

1941 - Lee Cheo Neo

1947 - Cecelia Tan

1948 - Helen Heng

1949 - Helen Heng

1950 - Cecelia Tan

1951 - Cecelia Tan

1952 - Cecelia Tan

1953 - Cecelia Tan

1954 - Cecelia Tan

1955 - Cecelia Tan

1957 - Tan Gaik Bee

1965 - Rosalind Singha Ang

BEREGU LELAKI

1937 - A S Samuel-Chan Kon Leong

1938 - A S Samuel-Chan Kon Leong

1939 - Teh Gin Sooi-Low Keat Soo

1940 - Chee Choon Wah-Chee Choong Keng

1941 - Ooi Teck Hock-Tan Kin Hong

1947 - Ooi Teck Hock-Tan Kin Hong

1948 - Chan Kon Leong-Yeoh Teik Chye

1949 - Ong Poh Lim-Ismail Marjan

1950 - Chan Kon Leong-Abdullah Firuz

1951 - Choong Ewe Leong-Law Tell Hock

1952 - Ong Poh Lim-Ismail Marjan

1953 - Chan Kon Leong-Lim Kee Fong

1954 - Ong Poh Lim-Ooi Teck Hock

1955 - Ong Poh Lim-Ismail Marjan

1956 - Teh Kew San-Lim Say Hup

1958 - Teh Kew San-Lim Say Hup

1959 - Teh Kew San-Lim Say Hup

1960 - Teh Kew San-Ng Boon Bee

1961 - Teh Kew San-George Yap

1962 - Tan Yee Khan-Ng Boon Bee

1963 - Tan Yee Khan-Ng Boon Bee

1964 - Tan Yee Khan-Ng Boon Bee

1965 - Eddy Choong-Tan Aik Huang

1985 - Razif-Jalani Sidek

1986 - Razif-Jalani Sidek

1991 - Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang

1995 - Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock

2004 - Choong Tan Fook-Lee Wan Wah

2006 - Chan Chong Ming-Koo Kien Keat

2007 - Koo Kien Keat-Tan Boon Heong


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768