Ujian sebenar nanti Sarjit



PENGALAMAN beraksi pada Trofi Juara-Juara
pernah dirasai Sarjit.

Jurulatih tidak mahu Malaysia menghuni tangga tercorot seperti 1993

DALAM tiga kejohanan pertama di bawah kendaliannya, Sarjit Singh berjaya menampakkan perwatakan ‘sang juara’ sekalipun hakikatnya Malaysia hanya mampu muncul naib johan pada Piala Sultan Azlan Shah di Ipoh Mei lalu dan meraih pingat gangsa pada Piala Asia di Chennai, India, September lalu.

Trofi Juara-Juara, kali kedua Malaysia menjadi tuan rumah yang bermula hari ini di Kuala Lumpur bakal menjadi medan perjuangan sebenar ke mana arah tujuannya skuad muda Sarjit yang lebih mementingkan kelayakan ke Sukan Olimpik Beijing 2008.

Lupakan seketika mengenai Beijing ‘08. Pada pusingan kelayakan di Jepun tahun depan, Malaysia berdepan tugas getir kerana menanti mereka adalah juara dunia Jerman, satu-satunya pasukan yang mampu menghalang impian pasukan kebangsaan.

Tumpukan kepada Trofi Juara-Juara kerana di sinilah tempat terbaik buat skuad negara, dengan bantuan beberapa tenaga senior seperti Chua Boon Huat, Jiwa Mohan dan Madzli Ikmar Mohd Nor (kesemunya lebih 200 cap), untuk membuktikan keputusan yang dicapai sebelum ini bukan sekadar nasib semata-mata.

Peluang yang dihidang di depan mata - Malaysia hanya mengetahui keputusan diberikan tugas sebagai tuan rumah menggantikan Pakistan beberapa minggu lalu - seharusnya digunakan sebaik mungkin agar episod 1993 - tuan rumah kali pertama - tidak berulang.

Keazaman Sarjit, yang dilantik menggantikan Wallace Tan Februari lalu - untuk tidak berputih mata seperti ketika mengetuai pasukan pada 1993 yang menduduki tangga terakhir - sepatutnya dibayar dengan kesungguhan setiap pemain yang diturunkan di atas padang Stadium Hoki Nasional bermula hari ini hingga 9 Disember depan.

Sarjit sendiri mahukan pasukannya supaya menghindarkan diri daripada tangga terakhir kali ini dengan sasaran realistik sekurang-kurangnya menduduki tangga kelima daripada lapan pasukan yang bertanding.

Di atas kertas, pengendali skuad negara itu mahu melakar kemenangan ke atas Britain (pasukan jemputan), Pakistan (bekas juara) dan Korea Selatan (keempat pada Piala Dunia 2006).

Manakala saingan bertemu Australia (pemenang pingat emas Sukan Olimpik Athens) hari ini, Belanda (juara bertahan Trofi Juara-Juara), Jerman dan Sepanyol (ketiga Piala Dunia 2006) beliau boleh mengharapkan kejutan ataupun kekalahan dengan perbezaan gol yang tipis.

Ketiadaan pakar sudut penalti Zulkiffli Rejab yang diketepikan kerana kecederaan tidak begitu membimbangkan Sarjit yang masih boleh mengharapkan sentuhan Baljit Singh Charun Singh.

Hakikatnya, Trofi Juara-Juara bukan kejohanan sebenar buat Malaysia yang seharusnya bertanding pada Cabaran Juara-Juara, kejohanan yang dikhaskan buat pasukan di ranking ketujuh hingga 12 dunia.

Namun anak buah Sarjit perlu menggunakan kesempatan ini sebaik mungkin untuk mempersiapkan diri menghadapi kempen kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun dari 5 hingga 13 April tahun depan.

SKUAD MALAYSIA

Jurulatih: Sarjit Singh
Penolong jurulatih: V Muraleedharan
Pakar fisioterapi: Mokhtar Lasim
Pemain:
1-Khairulnizam Ibrahim, 2-Baljit Singh Sarjab Singh, 3-Chua Boon Huat, 4-Baljit Singh Charun Singh, 5-Megat Azrafiq Megat Termizi, 7-S Selvaraju, 8-Jiwa Mohan, 9-Mohd Madzli Ikmar Mohd Nor, 10-Engku Abd Malek Engku Mohamad, 11-Mohd Shahrun Nabil Abdullah, 12-Mohamad Sukri Abd Mutalib, 13-Hafifihafiz Hanafi, 14-Azlan Misron, 15-Jivan Mohan, 16-S Kumar, 17-Muhammad Razie Abd Rahim, 19-Kevinder Singh, 22-Ismail Abu, 23-Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, 24-Nabil Fiqri Mohamad Nor.


PERTEMBUNGAN sengit dua pasukan Eropah, Sepanyol (merah)
dan Belanda pada 1998.

Dari Lahore ke Kuala Lumpur

KEJOHANAN Trofi Juara-Juara adalah kejohanan tahunan paling berprestij Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) sejak 1980.

Diasaskan oleh Laksamana Udara Pakistan, Nur Khan, ia menampilkan pasukan terbaik dunia bertanding dalam format round robin.

Persekutuan Hoki Pakistan memulakan pertandingan itu sebagai kejohanan bagi lelaki pada 1978 dan hanya pada 1987 kejohanan Trofi Juara-Juara bagi kategori wanita diperkenalkan.

Kejohanan itu menjadi saingan tahunan selepas 1980. Australia, Belanda dan Jerman (termasuk Jerman Barat sebelum penyatuan semula) memenangi trofi itu dengan rekod lapan kali. Pakistan satu-satunya juara dari benua Asia pada 1980.

Enam pasukan layak bertanding pada kejohanan itu, sekalipun edisi pertama pada 1978 mempunyai lima pasukan sahaja, kejohanan kedua ada tujuh pasukan dan pada 1987 lapan pasukan.

Pada tahun berikutan Sukan Olimpik atau Piala Dunia, enam pasukan itu termasuk tuan rumah, juara bertahan, juara dunia dan pasukan ranking terbaik berikutnya sama ada daripada Piala Dunia atau Sukan Olimpik terkini.

Pasukan yang menduduki tangga tercorot pada kejohanan itu disingkirkan dan digantikan dengan juara Cabaran Juara-Juara, yang diperkenalkan pada 2001 dan boleh dianggap Trofi Juara-Juara bagi negara kelab B.

Tahun ini kejohanan itu sepatutnya diadakan di Lahore, Pakistan tetapi tahap keselamatan yang membimbangkan beberapa pasukan bertanding termasuk ugutan pasukan hendak menarik diri menyebabkan FIH memindahkannya ke Kuala Lumpur.

Kuala Lumpur pernah sekali diberi penghormatan sebagai tuan rumah pada 1993, ketika itu Malaysia diketuai jurulatih sekarang, Sarjit Singh, dan menduduki tangga tercorot (keenam).

Namun kali ini FIH membenarkan lapan pasukan bertanding termasuk tuan rumah Malaysia dan Britain yang hadir sebagai pasukan jemputan.

KEDUDUKAN KEJOHANAN TERDAHULU

1978 - Lahore (Pakistan)
1 Pakistan, 2 Australia, 3 Britain, 4 New Zealand, 5 Sepanyol

1980 - Karachi (Pakistan)
1 Pakistan, 2 Jerman Barat, 3 Australia, 4 Belanda, 5 India, 6 Sepanyol, 7 Britain

1981 - Karachi (Pakistan)
1 Belanda, 2 Australia, 3 Jerman Barat, 4 Pakistan, 5 Sepanyol, 6 England

1982 - Amstelveen (Belanda)
1 Belanda, 2 Australia, 3 India, 4 Pakistan, 5 Jerman Barat, 6 USSR

1983 - Karachi (Pakistan)
1 Australia, 2 Pakistan, 3 Jerman Barat, 4 India, 5 Belanda, 6 New Zealand

1984 - Karachi (Pakistan)
1 Australia, 2 Pakistan, 3 Britain, 4 Belanda, 5 India, 6 Sepanyol

1985 - Perth (Australia)
1 Australia, 2 Britain, 3 Jerman Barat, 4 Pakistan, 5 Belanda, 6 India

1986 - Karachi (Pakistan)
1 Jerman Barat, 2 Australia, 3 Pakistan, 4 Britain, 5 India, 6 Belanda

1987 - Amstelveen (Belanda)
1 Jerman Barat, 2 Belanda, 3 Australia, 4 Britain, 5 Argentina, 6 Sepanyol, 7 Pakistan, 8 USSR

1988 - Lahore (Pakistan)
1 Jerman Barat, 2 Pakistan, 3 Australia, 4 USSR, 5 Sepanyol, 6 Britain

1989 - Berlin (Jerman)
1 Australia, 2 Belanda, 3 Jerman Barat, 4 Pakistan, 5 Britain, 6 India

1990 - Melbourne (Australia)
1 Australia, 2 Belanda, 3 Jerman, 4 Pakistan, 5 USSR, 6 Britain

1991 - Berlin (Jerman)
1 Jerman, 2 Pakistan, 3 Belanda, 4 Australia, 5 Britain, 6 USSR

1992 - Karachi (Pakistan)
1 Jerman, 2 Australia, 3 Pakistan, 4 Belanda, 5 Britain, 6 Perancis

1993 - Kuala Lumpur (Malaysia)
1 Australia, 2 Jerman, 3 Belanda, 4 Pakistan, 5 Sepanyol, 6 Malaysia

1994 - Lahore (Pakistan)
1 Pakistan, 2 Jerman, 3 Belanda, 4 Australia, 5 Sepanyol, 6 Britain

1995 - Berlin (Jerman)
1 Jerman, 2 Australia, 3 Pakistan, 4 Belanda, 5 India, 6 England

1996 - Madras (India)
1 Belanda, 2 Pakistan, 3 Jerman, 4 India, 5 Sepanyol, 6 Australia

1997 - Adelaide (Australia)
1 Jerman, 2 Australia, 3 Sepanyol, 4 Belanda, 5 Pakistan, 6 Korea Selatan

1998 - Lahore (Pakistan)
1 Belanda, 2 Pakistan, 3 Australia, 4 Korea Selatan, 5 Sepanyol, 6 Jerman

1999 - Brisbane (Australia)
1 Australia, 2 Korea Selatan, 3 Belanda, 4 Sepanyol, 5 England, 6 Pakistan

2000 - Amstelveen (Belanda)
1 Belanda, 2 Jerman, 3 Korea Selatan, 4 Sepanyol, 5 Australia, 6 Britain

2001 - Rotterdam (Belanda)
1 Jerman, 2 Australia, 3 Belanda, 4 Pakistan, 5 England, 6 Korea Selatan

2002 - Cologne (Jerman)
1 Belanda, 2 Jerman, 3 Pakistan, 4 India, 5 Australia, 6 Korea Selatan

2003 - Amstelveen (Belanda)
1 Belanda, 2 Australia, 3 Pakistan, 4 India, 5 Argentina, 6 Jerman

2004 - Lahore (Pakistan)
1 Sepanyol, 2 Belanda, 3 Pakistan, 4 India, 5 Jerman, 6 New Zealand

2005 - Chennai (India)
1 Australia, 2 Belanda, 3 Sepanyol, 4 Jerman, 5 Pakistan, 6 India

2006 - Terrassa (Sepanyol)
1 Belanda, 2 Jerman, 3 Sepanyol, 4 Australia, 5 Pakistan, 6 Argentina


SKUAD AUSTRALIA (flag)
Jurulatih: Barry Dancer
Pemain:
1-Jamie Dwyer, 2-Liam de Young, 6-Robert Hammond, 7-Nathan Eglington, 9-Mark Knowles, 10-Russell Ford, 11-Edward Ockenden, 12-David Guest, 13-Luke Doerner, 14-Grant Schubert, 15-Bevan George, 17-Andrew Smith, 18-Stephan Lambert, 20-Matthew Naylor, 21-Aaron Hopkins, 23-Matthew Wells, 24-Travis Brooks, 25-Brent Livermore, 26-Dean Butler, 27-Daniel McPherson.

SKUAD BELANDA (flag)
Jurulatih: Roelant Oltmans.
Pemain:
1-Guus Vogels, 2-Wouter Jolie, 3-Geert-Jan Derikx, 6-Thomas Boerma, 8-Ronald Brouwer, 10-Taeke Taekema, 12-Jeroen Delmee, 14-Teun de Nooijer, 16-Floris Evers, 18-Rob Reckers, 19-Matthijs Brouwer, 20-Jeroen Hertzberger, 21-Quirijn Caspers, 22-Wouter Hermkens, 23-Timme Hoyng, 24-Robert van der Horst, 26-Jaap Stockmann, 27-Rogier Hofman, Rob Derikx, Klaas Vermeulen.

SKUAD BRITAIN (flag)
Jurulatih: Jason Lee
Pemain:
1-Ali McGregor, 4-Glenn Kirkham, 5-Richard Alexander, 6-Richard Mantell, 7-Ashley Jackson, 8-Simon Mantell, 9-Stephen Dick, 10-Matt Daly, 11-Brett Garrard, 12-Jonty Clarke, 13-Rob Moore, 14-Ben Hawes, 17-Ali Wilson, 18-Barry Middleton, 19-Graham Moodie, 20-James Tindall, 21-Jon Bleby, 23-Mark Ralph, 24-Ben Marsden, 25-James Fair.

SKUAD JERMAN (flag)
Jurulatih: Markus Weise.
Pemain:
2-Christian Schulte, 3-Philip Whtte, 4-Maximilian Mueller, 5-Sebastian Biederlack, 7-Carlos Nevado, 9-Moritz Fuerste, 10-Jan Marco Montag, 11-Sebastian Draguhn, 13-Justus Scharowsky, 14-Tibor Weissenborn, 15-Benjamin Wess, 16-Niklas Meinert, 17-Timo Wess, 21-Max Weinhold, 22-Matthias Witthaus, 23-Oliver Korn, 26-Oliver Hentschel, 30-Niklas Emmerling, 32-Tobias Hauke, Florian Keller.

SKUAD KOREA SELATAN (flag)
Jurulatih: Cho Myung-Jun.
Pemain:
1-Ko Dong-Sik, 2-Kim Sam-Seok, 3-Kim Chul, 4-Kim Joung-Goo, 5-Oh Dae-Keun, 6-Lee Nam-Yong, 7-Seo Jong-Ho, 8-Kang Seong-Jung, 10-Kim Byung-Hoon, 11-You Hyo-Sik, 13-Hong Sung-Kweon, 15-Cha Jong-Bok, 16-Lee Myung-Ho, 17-Hong Eun-Seong, 18-Jin Kyung-Min, 19-Kang Moon-Kweon, 20-Yeo Woon-Kon, 21-Lee Seung-Il, 24-Lee Jae-Won, 25-Jang Jong-Hyun.

SKUAD PAKISTAN (flag)
Jurulatih: Manzoor Ul-Hassan.
Pemain:
1-Salman Akbar, 2-Zeesham Ashraf, 3-Imran Muhammad, 4-Imran Khan, 5-Adnan Maqsood, 6-Dilawar Hussain, 7-Waqas Shaif, 8-Waqas Akbar, 9-Shakeel Abbasi, 10-Arshad Muhammad, 11-Abbas Haider, 12-Nasir Ahmed, 13-Kashif Ali, 14-Guazafar Ali, 15-Mohammad Inayat Ullah, 16-Akhtar Ali, 17-Shabbir Khan, 18-Sajjad Anwar, 19-Kamran Muhammad, 20-Afzal Muhammad.

SKUAD SEPANYOL (flag)
Jurulatih: Maurits Hendriks
Pemain:
2-Santi Freixa, 5-Francisco Fabregas, 6-Franc Dinares, 8-Alex Fabregas, 9-Pablo Amat, 10-Eduardo Tubau, 12-Juan Fernandez, 13-Ramon Alegre, 14-Juan Lainz, 15-Victor Sojo, 16-Xavier Ribas, 17-Albert Sala, 18-Rodrigo Garza, 20-Sergi Enrique, 22-Francesco Cortes, 23-David Alegre, 24-Roc Oliva, 28-Javier Castillano.

JADUAL TROFI JUARA-JUARA

Khamis, 29 November 2007

16:05 Padang 1 - Britain mln Belanda
18:05 Padang 1 - Jerman mln Pakistan
18:35 Padang 2 - Korea Selatan mln Sepanyol
20:05 Padang 1 - MALAYSIA mln Australia

Jumaat, 30 November 2007

16:05 Padang 1 - Pakistan mln Sepanyol
18:05 Padang 1 - Belanda mln MALAYSIA
18:35 Padang 2 - Britain mln Jerman
20:05 Padang 1 - Australia mln Korea Selatan

Sabtu, 1 Disember 2007

Tiada perlawanan

Ahad, 2 Disember 2007
16:05 Padang 1 - Sepanyol mln Belanda
18:05 Padang 1 - MALAYSIA mln Britain
18:35 Padang 2 - Jerman mln Korea Selatan
20:05 Padang 1 - Pakistan mln Australia

Isnin, 3 Disember 2007

16:05 Padang 1 - Belanda mln Korea Selatan
18:05 Padang 1 - Australia mln Britain
18:35 Padang 2 - Jerman mln Sepanyol
20:05 Padang 1 - Pakistan mln MALAYSIA

Selasa, 4 Disember 2007

Tiada perlawanan

Rabu, 5 Disember 2007
16:05 Padang 1 - Britain mln Pakistan
18:05 Padang 1 - Belanda mln Jerman
18:35 Padang 2 - Australia mln Sepanyol
20:05 Padang 1 - MALAYSIA mln Korea Selatan

Khamis, 6 Disember 2007
16:05 Padang 1 - Australia mln Belanda
18:05 Padang 1 - Pakistan mln Korea Selatan
18:35 Padang 2 - Sepanyol mln Britain
20:05 Padang 1 - Jerman mln MALAYSIA

Jumaat, 7 Disember 2007

Tiada perlawanan

Sabtu, 8 Disember 2007
16:05 Padang 1 - MALAYSIA mln Sepanyol
18:05 Padang 1 - Belanda mln Pakistan
18:35 Padang 2 - Britain mln Korea Selatan
20:05 Padang 1 - Australia mln Jerman

Ahad, 9 Disember 2007
15:05 Padang 1 - Tempat ketujuh dan kelapan
17:35 Padang 1 - Tempat ketiga dan keempat
18:05 Padang 2 - Tempat kelima dan keenam
20:05 Padang 1 - Final


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768