Cobra 10s uji kelab dunia


Kejohanan 10 sebelah kali ke-36 tampilkan aksi pemain kelab ternama antarabangsa

SELEPAS kehangatan Piala Dunia Ragbi di Perancis, peminat tempatan berpeluang menyaksikan kelab ragbi ternama seluruh dunia berentap dan beradu kekuatan pada kejohanan Cobra 10s (10 sebelah) yang akan berlangsung di Stadium Petaling Jaya, Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan yang masuk edisi ke-38 ini adalah kejohanan berprestij sepuluh sebelah di dunia dan kehadiran pasukan handalan seperti dari England, New Zealand, Australia, Argentina dan Afrika Selatan pastinya dinantikan peminat ragbi seluruh negara.

Dengan permainan menampilkan kekuatan fizikal, hantaran bola, sepakan tinggi serta larian kencang, Stadium Petaling Jaya akan digegarkan dengan kehadiran 16 pasukan merebut mahkota Cobra 10s sekali gus secara tidak langsung kelab terhebat dalam kejohanan sepuluh sepasukan.

Juara tahun lalu Penguins International RFC dari England serta naib juara Natal Duikers dari Afrika Selatan sekali lagi akan kembali untuk mempertahankan kejuaraan tetapi bagi Natal Duikers pastinya mahu merampas gelaran yang terlepas dari genggaman mereka.

Dalam saingan akhir tahun lalu, Penguins membuktikan kehebatan mereka apabila dengan mudah membelasah Natal 33-14 untuk menjulang kejuaraan pertandingan utama “Piala” dan kehadiran mereka kali ini pastinya tidak mahu melepaskan kejuaraan.

Selain itu kelab Argentina, Mendoza Rugby Asscociation hadir dengan lebih bersemangat selepas menyaksikan pasukan kebangsaan negara itu, Pumas beraksi cemerlang di Piala Dunia dengan menduduki tempat ketiga.

Mendoza, yang muncul juara Plate 2005, pasti mahu menyamai kejayaan pasukan kebangsaan negara itu dan menjulang nama Argentina selaku kuasa baru dalam ragbi dunia.

Kejohanan Cobra 10s ini yang mempunyai reputasi menarik minat beberapa kelab handalan dunia, akan menyambut kehadiran pertama kali kelab ragbi Brothers dari Australia dan Canterbury Rugby Union dari New Zealand.

Pasukan tempatan juga tidak ketinggalan untuk bertanding dengan kejohanan yang menawarkan harga kemenangan keseluruhan RM115,000 dengan kehadiran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), NS Wanderers, Sandakan Eagles dan tuan rumah Cobra.

Sepanjang 38 tahun sejarah, kejohanan ini sentiasa menyaksikan persaingan sengit dan kompetitif dengan penyertaan kelab terkemuka seperti Penguins International RFC dari England (juara 1993-1994 dan 2006), Marist St Joseph dari Samoa (juara 1996 dan 2004), Red Rock Fiji (juara 2003) dan kelab Argentina Persatuan Ragbi Mendoza (finalis Plate 2005).

Info: Pasukan Bertanding

Mendoza Rugby Association (Arg) - Juara Plate 2005
Brothers RFC (Aus)
Belgium Barbarians (Blg)
Korea Electric Power Corp (Kepco-Kor)
Aotearoa Maori Rugby (NZ)
Canterbury Rugby Union (NZ)
Oriental Rongotai Rugby Club (NZ) - Juara Bowl 2005
Ponsonby Ponies (NZ)
Marist St Joseph Rugby Club (Samoa) - Juara Piala 2004 & 05
Natal Duikers (AfrS) - Naib Juara Piala 2006
Northlink College Rugby (AfrS) - Naib Juara Plate 2005
Penguins International RFC (UK) - Juara Piala 2006
Angkatan Tentera Malaysia (MAS)
NS Wanderers (MAS)
SRC Borneo Eagles (MAS) - Juara Plate 2006
Cobra Rugby Club (MAS) - Naib Juara Plate 2006

Kumpulan A: Penguins, Northlink, SRC Borneo Eagles, Oriental Rongotai
Kumpulan B: Natal Duikers, ATM, Mendoza, Aotearoa Maori
Kumpulan C: Marist St Joseph, NS Wanderers, Brothers RFC, Ponsoby Ponies
Kumpulan D: Canterburry, Cobra, Belgium Barbarians, Kepco

Fakta: HSBC-Cobra Ragbi 10s 2007

Penganjur: Combined Old Boys Rugby Association (COBRA) Malaysia
Tarikh: Sabtu 27 dan Ahad 28 Oktober 2007

Masa

Sabtu: 9pg-9mlm
Ahad: 8.30pg-7mlm
Arena: Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya
Kapisiti: 25,000
Harga Tiket: RM5-RM20
Pakej hospitaliti korporat: TENS Galleria RM3,000

Hadiah Kemenangan: Keseluruhan AS$33,000 (RM115,000)
Juara Piala: AS$15,000 (RM52,500)
Naib Juara Piala: AS$10,000 (RM35,000)
Finalis Separuh Akhir: AS$2,500 (RM8,750) setiap satu)
Juara Plate: AS$2,000 (RM7,000)
Juara: AS$1,000 (RM3,500)

Format: 16 pasukan diundi dalam empat kumpulan setiap 4 pasukan
- Juara Kumpulan dan naib juara setiap kumpulan mara ke suku akhir untuk saingan Piala
- Tempat ke-3 dan ke-4 kumpulan mara ke suku akhir saingan Bowl
- Pasukan kalah saingan Piala beraksi di suku akhir untuk pertandingan Plate
Mata diberikan untuk menang: Dua
Seri: Satu (1)
Kemenangan percuma: Dua (2)
Kalah: Kosong (0)

Info: Kejohanan 2006

Final Bowl: British Army mn Australian Legends 26 - 10
Final Plate: Sandakan Mendoza mn COBRA 27 - 5
Final Piala: Penguins International RFC mn Natal Duikers 33 - 14


Usaha lahirkan bintang ragbi

PROGRAM Pembangunan Sekolah BCHB-COBRA 2005-2007 adalah inisiatif Cobra (Combined Old Boys Rugby Association) untuk mempromosikan permainan sukan ini di seluruh negara melalui sistem persekolahan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Kementerian Pelajaran dan diiktiraf oleh Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM).

Syarikat perbankan terkemuka, Bumiputera Commerce Holdings Berhad (BCHB) berbesar hari untuk mengambil peranan selaku penaja perdana program ini dengan satu lagi syarikat swasta, IJM satu lagi penaja utama.

Objektif program ini ialah bagi meningkatkan kesedaran sukan ragbi di kalangan orang awam, untuk membentuk sekumpulan jurulatih berbakat di peringkat sekolah, bagi menambah kelicinan penganjuran dalam sukan ragbi di kalangan kanak-kanak sekolah sekitar usia 15 tahun dan mendedahkan sekolah kepada kejohanan tahap tertinggi.

Cobra cukup beruntung dalam menjalin kerjasama dengan Akademi Ragbi Penguin dari England dan membentuk struktur sukatan kejurulatihan yang seiringan dengan standard yang ditetapkan RFU (Kesatuan Ragbi England).

Semua kursus kejurulatihan Cobra dikendalikan oleh jurulatih yang menjadi ahli gabungan RFU ddn ditaja oleh Akademi Ragbi Penguin.

Seiring dengan objektif digariskan dalam program pembangunan ini, Cobra menganjurkan 10 kursus kejurulatihan Tahap 1 dan satu kursus kejurulatihan Tahap 2 di negara dan setakat ini sudah melatih sejumlah 274 jurulatih.

Jumlah itu akan tingkatkan melepasi 300 jurulatih apabila Cobra melengkapkan satu lagi kursus kejurulatihan November ini.

Dengan sokongan guru, aktiviti ragbi berkembang pesat di sekolah-sekolah seluruh negara dan Cobra mengambil inisiatif untuk memastikan keberkesanan program pembangunan ini dengan apabila menghantar seorang jurulatih kelab ini dan dua guru ke England bagi menghadiri Kursus Jurulatih-Pengajar, Mac lalu.

Selain menganjurkan kurus, Cobra turut mengendalikan klinik sukan untuk kanak-kanak sekolah seluruh negara dan menaja kem mingguan di kelab Cobra.

Dalam usaha mengekalkan minat dalam permainan ini dan menggalakkan penyertaan sekolah-sekolah, Cobra menganjurkan perlawanan dan kejohanan untuk sekolah-sekolah.

Pertama diadakan kejohanan sehari dengan 6 hingga 8 sekolah dijemput mengambil bahagian dalam kejohanan 10 sebelah dengan lebih kerap dan kemuncak kepada program ini ialah penganjuran pertandingan Ragbi 10s BCHB-COBRA.

Sekolah-sekolah diberi peluang bertanding di peringkat tertinggi di kalangan juara sekolah peringkat negeri dan beberapa sekolah luar negara dan setakat ini menyaksikan dua sekolah Broadwater Secondary School dari England dan St Andrews Secondary School dari Singapura mengambil bahagian.

Fakta: Program Pembangunan Ragbi Peringkat Sekolah Cobra

2005
- Menganjurkan empat kurus jurulatih Tahap 1 untuk guru
- Mengendalikan 12 klinik jurulatih
- Menganjurkan 2 “Hujung Minggu Bersama Cobra”membabitkan 5 sekolah
- Menganjurkan kejohanan Sekolah-sekolah 10s disusuli Jemputan 10s membabitkan sekolah luar negara.

2006
- Mengendalikan empat kursus jurulatih Tahap 1
- Menganjurkan 8 klinik jurulatih
- Menganjurkan 3 program “Hujung Minggu Bersama Cobra” membabitkan 7 sekolah
- Menganjurkan beberapa kejohanan satu hari di Cobra dan sekolah sekitar Lembah Klang.
- Menyokong kejohanan pertama CROSS-STRAITS dianjurkan Kementerian Pelajaran
- Memperkenalkan program pembangunan daerah 4 bulan di Hulu Selangor
- Menganjurkan kejohanan kebangsaan peringkat sekolah 10s dan Jemputan 10s sempena kejohanan HSBC-COBA 10s.

2007
- Menganjurkan kursus jurulatih Tahap I
- Menganjurkan satu kursus jurulatih Tahap 2 untuk 17 guru
- Menghantar jurulatih Cobra dan dua guru menghadiri kursus Jurulatih-Pengajar di England
- Menyokong kejohanan CROSS STRAITS
- Menganjurkan 3 program “Hujung Minggu bersama Cobra” membabitkan 7 sekolah
- Memperkenalkan Program Pembangunan bersama Majlis Sukan Sekolah Selangor membabitkan 8 klinik jurulatih dan 9 sirkit kejohanan satu hari. Kira-kira 60 sekolah di Selangor akan terbabit dalam program ini.
- Menganjurkan kejohanan sekolah-sekolah 10s BCHB-COBRA kali ke-4

Info: Kejohanan Rabgi 10s Cobra Jemputan Sekolah 2007

26 –28 Oktober 2007

Kumpulan A
Sekolah Sukan Bandar Penawar (SSB)
SMK King George V (N Sembilan)
SM Sultan Alam Shah (Putra Jaya)
SM Sains Selangor (K Lumpur)

Kumpulan B
SMK Sains Sultan Mahmud (Terengganu)
SMK (A) SHEIKH HJ OTHMAN ABDUL WAHAB (Sarawak)
SMK La Salle (Sabah)
SM Sains Hulu Selangor (Selangor)

Kumpulan C
Kolej Yayasan Saad (Melaka)
SMK Yahya Petra (Kelantan)
SMS Tun Syed Sheikh Shahabudin (P Pinang)
SM Sains Labuan (Labuan)

Kumpulan D
Maktab Tentera Diraja (K Lumpur)
Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak)
SBPI Kuantan (Pahang)
Taiwan

Kumpulan E
SM Sains Johor (Johor)
Kolej Sultan Abdul Hamid (Kedah)
SMK ABI (Perak)

Klinik Kejurulatihan
Khamis, 25 Okt, 10pg - SMK Gombak Setia, Gombak (Penguins)
Khamis, 25 Okt, 4ptg - Padang Jalan Utara (Kelab Canterbury)
Jumaat, 26 Okt, 10pg - SMK Victoria Institution (Penguins)
Jumaat, 26 Okt, 10pg - Padang Jalan Timor (Penguins)
Jumaat, 26 Okt, 4ptg - SMK Kota Damansara Sek 10 (Penguins)


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768