Lin Dan buru jejak Yang Yang
Pemain nombor satu dunia dari China pilihan utama untuk ulangi kejayaan tahun lalu
LIN Dan melangkah ke Kejohanan Dunia minggu depan berbekal semangat dan impian untuk mempertahankan kejuaraan dimenangi tahun lalu dan cuba mengikut jejak langkah pemain lagenda negaranya Yang Yang, yang menjadi satu-satunya pemain memenangi kejuaraan dua kali berturut-turut.
Pemain nombor satu dunia dari China ini kembali dalam prestasi terbaik selepas kehambaran di Piala Sudirman Jun lalu dengan menjulang Piala Masters China bulan lalu.
Tetapi untuk mengulangi kejayaan itu bukan mudah kerana Lin Dan akan mendapat saingan hebat daripada beberapa pemain ternama yang turut menyemai impian untuk melakarkan kejayaan pada kejohanan edisi ke-15 di Stadium Putra, Bukit Jalil, bermula Isnin ini.
Antara pemain yang menjadi halangan utamanya ialah juara Olimpik 2004 dan juara Asia 2006 Taufik Hidayat dari Indonesia, Lee Chong Wei (Malaysia), Peter Gade Christiansen (Denmark) dan Lee Hyun-il (Korea Selatan).
Selain itu saingan dari rakan senegaranya Bao Chunlai dan Chen Jin juga tidak boleh diketepikan tetapi jika juara dua kali Seluruh England ini mampu mengulangi permainan awal musim, memang sukar bagi sesiapa saja untuk mengalahkannya.
Kebangkitannya di Piala Masters China adalah penyuntik semangat dalam menghadapi kejohanan dunia, kerana sebelum dia dicerca kerana aksinya yang kelihatan merosot.
“Saya dapat mengatasi perasaan yang pernah saya alami ketika awal kerjaya dan kini semangat ingin menang kembali meluap-luap,” katanya selepas menjuarai kejohanan itu.
Apapun, mungkin peminat mengharapkan final impian antara Lin Dan dan musuh utamanya Taufik, tetapi ia ternyata tidak akan berhasil kerana kedua-dua pemain ini diletakkan dalam kelompok undian sama dan akan bertembung di saingan separuh akhir.
Taufik yang dianggap duri dalam daging sentiasa digeruni pemain lain kerana boleh mencipta kejutan demi kejutan jika berada di puncak aksi dan Lin Dan pasti bergetar apabila berdepan dengannya andai aksi Taufik memuncak dan memadamkan impian Hafiz di pusingan ketiga.
Pemain perseorangan utama dunia itu pasti mahu menghapuskan sepenuhnya igauan dikejutkan Taufik pada Kejuaraan Dunia 2005 selain kegagalannya menjinakkan pemain Indonesia itu dalam Sukan Asia Doha.
Bagi Taufik pula, yang bakal menimang cahaya mata sulungnya menjelang kejohanan ini, mungkin ia menjadi pembakar semangat dan pemain kontroversi ini begitu sukar untuk diramalkan prestasinya dan begitu kebal jika berada pada tahap terbaiknya.
Bagi Eropah pula, harapan disandarkan kepada pemain veteran Denmark Peter Gade Christian yang masih mencari kejuaraan dunia pertamanya selepas tunduk kepada Hendrawan dari Indonesia pada saingan 2001 di Madrid.
DATA
Lin Dan
Negara: China
Tarikh Lahir: 14 Oktober 1983
Tempat: Longyan, Fujian
Ranking: No 1
Pencapaian:
Juara Dunia 2006
Juara Seluruh England 2007, 2006
INFO
Senarai Pemenang
Perseorangan Lelaki
2006: Lin Dan (Chi)
2005: Taufik Hidayat (Ina)
2003: Xia Xuanze (Chn)
2001: Hendrawan (Ina)
1999: Sun Jun (Chn)
1997: Peter Rasmussen (Den)
1995 Haryanto Arbi (Ina)
1993: Joko Suprianto (Ina)
1991: Zhao Jianhua (Chn)
1989: Yang Yang (Chn)
1987: Yang Yang (Chn)
1985: Han Jian (Chn)
1983: Icuk Sugiarto (Ina)
1980: Rudy Hartono (Ina)
1977: Flemming Delfs (Den)
Beregu Lelaki
1977: Tjun Tjun-Johan Wahjudi (Ina)
1980: Ade Chandra-Christian Hadinata (Ina)
1983: Steen Fladberg-Jesper Helledie (Den)
1985: Park Joo-bong-Kim Moon-soo (Kor)
1987: Li Yongbo-Tian Bingyi (Chn)
1989: Li Yongbo-Tian Bingyi (Chn)
1991: Park Joo Bong-Kim Moon Soo (Kor)
1993: Ricky Subadja-Rudy Gunawan (Ina)
1995: Rexy Mainaky-Ricky Subadja (Ina)
1997: Chandra Wijaya-Sigit Budiarto (Ina)
1999: Ha Tae-kwon-Kim Dong-moon (Kor)
2001: Tony Gunawan-Halim Haryanto (Ina)
2003: Jonas Rasmussen-Lars Paaske (Den)
2005: Tony Gunawan-Howard Bach (AS)
2006: Cai Yun-Fu Haifeng (Chn)
Artikel lain:
- Serampang tiga mata
- Peluang emas cerah
- Hajat besar Krumm di Sepang
- Saingan Itali, Perancis, Jerman
- Portugal mampu kuasai
- Jerman, Croatia jadi pilihan
- 'Kumpulan Maut' pasti menggegar
- Greece, Sepanyol ada ramuan juara
- Nasib malang di Jakarta
- Pulihkan kembali maruah negara
- Kejuaraan Grand Prix Asia-FIM Petronas 2008 lebih sengit
- Kuasa EPL
- Ismail Sabri amal keterbukaan, mudah didekati
- Bowling Terbuka Malaysia 2008 kembali tenang
- Dilema Hafiz terjawab
- Aksi hebat bertaraf dunia
- Pentas mulakan perjuangan
- Ayuh Bersama Kita Gemilngkan LTdL 2008
- Milan, Boca tamatkan era kelab Brazil
- Ujian sebenar nanti Sarjit
- Pertembungan Muhaimin, Emir makin memuncak
- 'Orang lama' majukan Cub Prix
- Cobra 10s uji kelab dunia
- Hilang fokus punca gagal
- Mengendong segunung harapan
- Siapa mampu roboh Tembok China
- Dua dekad penuh hampa
- Era kegemilangan bola sepak Malaysia
- Pulang ke pangkal jalan
- Di mana silapnya kita...
- Cadangan pemulihan bola sepak Malaysia
- Amirul bagai mati hidup semula
- Kenangan abadi ‘SuperMokh’
- Menggalas cabaran getir
- Super GT laju, menggoda
- McClaren pertaruhkan Beckham
- Sukan papan luncur air universal
- ‘Orang lama’ belum mahu mengalah
- Ferguson jurulatih terbilang
- Honda kembali ke kancah Cub Prix
- Petronas martabatkan Cub Prix musim baru
- Heidfeld, Kubica sedia gegar
- Mencari penawar bisa
- Malaysia mampu bangkit
- Pertabalan Raja Beregu
- Saya bukan Raja Midas: Rexy
- Kuda lasak di jelapang padi
- Kedah jadi perintis penganjuran di Terengganu, Johor
- Edisi kedua SWK tampil pembaharuan
|