Siapa mampu roboh Tembok China
Skuad wanita Naga Merah tampak akan teruskan dominasi kejohanan edisi ke-15
ANDAI empayar Moghul gah mampu menumbangkan tembok China pada era penjajahan, kini persoalan sama diajukan terhadap kehebatan empayar badminton China yang sehingga kini kelihatan belum nampak petanda akan rapuh.
Ketika kekuatan pasukan lelaki China kelihatan sentiasa gagah, wanitanya pula lebih hebat kerana mendominasi acara itu sejak sekian lama. Antara nama gemilang adalah Zhang Ning, seorang pemain veteran yang bakal bersaing dalam Kejuaraan Badminton Dunia di Stadium Putra bermula 13 Ogos ini.
Zhang Ning yang meluahkan hasrat untuk bersara daripada dunia badminton selepas Olimpik Beijing 2008, dianggap kakak sulung dalam pasukan badminton China. Koleksi trofi juara perseorangan yang terakhir adalah sewaktu menjulang Piala Sudirman di Glasgow Jun lalu, membantu China memenangi kejuaraan itu enam kali berturut-turut.
Dia hanya berusia 16 tahun ketika bertanding untuk akhir Piala Uber 1994. Dalam acara perseorangan wanita, dia dikalahkan oleh Audina-Tjiptawan, yang tiga tahun lebih muda daripadanya.
Dalam pertandingan ini, pasukan Zhang gagal merebut gelaran dan pada masa pencabarnya serta merta menjadi popular. Selama beberapa tahun, Zhang dihantui dendam ini. Ketika pemain lebih muda muncul seperti Ye Zhaoying dan Gong Zhichao, nama Zhang sering tercicir daripada pemain utama.
“Ketika itu saya bercadang untuk bersara. Lewat 2002, saya amat putus asa kerana sudah bermain lebih 10 tahun dan tiada sebarang gelaran diraih. Saya hilang keyakinan diri,” katanya mengenang kisah lalu.
“Namun jauh dalam sanubari, badminton dalam jiwa raga saya. Jurulatih, Li Yongbo menyakinkan saya bahawa dia masih mempercayai saya dan meminta saya bersabar sekurang-kurangnya satu atau dua tahun lagi,” katanya.
Zhang akhirnya menang di olimpik Athens. Dalam perseorangan wanita, Zhang dapat membalas dendam terhadap Mia Audina-Tjiptawan. Aksi ketika itu penuh mendebarkan dan apabila dia tewas di set pertama, tiada siapa menyangka dia mampu melawan dan menang 2-1.
Kini, dia mencatat rekod dunia sebagai wanita tertua badminton kelas dunia. Dia memenangi gelaran juara wanita Kejohanan Dunia pada usia 28 tahun. Memasuki 29, dia menang emas di Olimpik dan ketika 31 tahun, dia berjaya memasuki final Kejuaraan Dunia.
Antara pencabar utama Zhang Ning, ialah rakannya sendiri dan juara bertahan dunia dua kali Xie Xingfang, lebih terkenal sebagai teman wanita pemain utama lelaki dunia Lin Dan.
Hanya Xie tampak mampu memberikan saingan manakala pemain dunia lain seperti Wang Chen dari Hong, Yao Jie (Belanda), Pi Hongyan (Perancis) dan Xu Huawen (Jerman) sukar untuk meruntuhkan kehebatan pemain China. Ini termasuk dalam beregu wanita.
DATA
Zhang Ning
Tempat Lahir: Wilayah Liaoning
Tarikh lahir: 19 Mei 1975
Pencapaian:
1994 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Perancis
1996 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Sweden
1998 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Malaysia, Juara Berpasukan Sukan Asia, Juara Perseorangan Wanita Grand Prix .
2001 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Singapura; Juara Perseorangan Wanita Asia
2002 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Korea
2003 - Juara Perseorangan Wanita Terbuka Kejuaraan Dunia
2004 - Membantu pasukan menang Piala Uber
2004 - Juara Perseorangan Wanita Olimpik Athens
Juara Lalu
Perseorangan Wanita
1977: Lene Koppen (Den)
1980: Verawaty Wiharjo (Ina)
1983: Li Lingwei (Chn)
1985: Han Aiping
1987: Han Aiping
1989: Li Lingwei (Chn)
1991: Tan Jiuhong (Chn)
1993: Susi Susanti (Ina)
1995: Ye Zhaoying (Chn)
1997: Ye Zhaoying (Chn)
1999: Camilla Martin (Den)
2001: Gong Ruina (Chn)
2003: Zhang Ning
2005: Xie Xingfang
2006: Xie Xingfang
Beregu Wanita
1977: Etsuko Toganoo-Erniko Ueno (Jpn)
1980: Nora Perry-Jane Webster (Eng)
1983: Lin Ying-Wu Dixi (Chn)
1985: Han Aiping-Li Lingwei (Chn)
1987: Lin Ying-Guan Weizhen (Chn)
1989: Lin Ying-Guan Weizhan (Chn)
1991: Guan Weizhan-Nong Qunhua (Chn)
1993: Nong Qunhua-Zhou Lei (Chn)
1995: Gil Young-ah-Jang Hye-ock (Kor)
1997: Ge Fei-Gu Jun (Chn)
1999: Ge Fei-Gu Jun (Chn)
2001: Gao Ling-Huang Sui (Chn)
2003: Gao Ling-Huang Sui (Chn)
2005: Yang Wei-Zhang Jiewen (Chn)
2006: Gao Ling-Huang Sui (Chn)
Artikel lain:
- Serampang tiga mata
- Peluang emas cerah
- Hajat besar Krumm di Sepang
- Saingan Itali, Perancis, Jerman
- Portugal mampu kuasai
- Jerman, Croatia jadi pilihan
- 'Kumpulan Maut' pasti menggegar
- Greece, Sepanyol ada ramuan juara
- Nasib malang di Jakarta
- Pulihkan kembali maruah negara
- Kejuaraan Grand Prix Asia-FIM Petronas 2008 lebih sengit
- Kuasa EPL
- Ismail Sabri amal keterbukaan, mudah didekati
- Bowling Terbuka Malaysia 2008 kembali tenang
- Dilema Hafiz terjawab
- Aksi hebat bertaraf dunia
- Pentas mulakan perjuangan
- Ayuh Bersama Kita Gemilngkan LTdL 2008
- Milan, Boca tamatkan era kelab Brazil
- Ujian sebenar nanti Sarjit
- Pertembungan Muhaimin, Emir makin memuncak
- 'Orang lama' majukan Cub Prix
- Cobra 10s uji kelab dunia
- Hilang fokus punca gagal
- Mengendong segunung harapan
- Lin Dan buru jejak Yang Yang
- Dua dekad penuh hampa
- Era kegemilangan bola sepak Malaysia
- Pulang ke pangkal jalan
- Di mana silapnya kita...
- Cadangan pemulihan bola sepak Malaysia
- Amirul bagai mati hidup semula
- Kenangan abadi ‘SuperMokh’
- Menggalas cabaran getir
- Super GT laju, menggoda
- McClaren pertaruhkan Beckham
- Sukan papan luncur air universal
- ‘Orang lama’ belum mahu mengalah
- Ferguson jurulatih terbilang
- Honda kembali ke kancah Cub Prix
- Petronas martabatkan Cub Prix musim baru
- Heidfeld, Kubica sedia gegar
- Mencari penawar bisa
- Malaysia mampu bangkit
- Pertabalan Raja Beregu
- Saya bukan Raja Midas: Rexy
- Kuda lasak di jelapang padi
- Kedah jadi perintis penganjuran di Terengganu, Johor
- Edisi kedua SWK tampil pembaharuan
|