Di mana silapnya kita...
Persoalan kepada kemerosotan begitu panjang tetapi di manakah jawapannya
KEKALAHAN buruk Malaysia pada kejohanan bola sepak Piala Asia cukup mengejutkan peminat sukan tanah air mengenai tahap pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Ia membuka mata kita mengenai pasukan Malaysia, mengenai liga tempat dan betapa pemain yang ada ketika ini tidaklah sehebat yang kita jangka dan harapkan dan ia mengundang seribu satu persoalan mengenai keadaan bola sepak Malaysia.
Di manakah silapnya kita atau lebih tepat lagi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam merencana pembangunan bola sepak negara ini?
Kenapakah bola sepak Malaysia dibiarkan hanyut dan merosot tanpa ada langkah tepat dan konkrit untuk mengatasinya atau sekurang-kurangnya memastikan bola sepak Malaysia tidak tenggelam dengan lebih buruk hingga sukar untuk dihidupkan kembali.
Memang mudah untuk kita menuding jari mencari kesilapan orang dan mudah untuk kita memberi pendapat untuk membetulkan keadaan sedangkan orang yang menguruskan bola sepak ini mungkin lebih arif mengenai betapa sukarnya untuk mengendali dan menguruskan bola sepak Malaysia.
Dalam tempoh dua dekad terakhir sejak pengenalan semi profesional dan seterusnya profesional dalam liga tempatan, bola sepak Malaysia terus dihimpit masalah dan kemerosotan secara perlahan-lahan dan ini diburukkan lagi dengan faktor rasuah yang membabitkan lebih 100 pemain bola sepak tempat.
Mungkin kita menyatakan bahawa rasuah memusnahkan bola sepak Malaysian kerana pemain yang terbabit adalah antara yang terbaik dalam negara dalam masa depan skuad kebangsaan tetapi rasuah tidak ada tempat dalam bola sepak.
Tetapi apakah rasuah yang menghancurkan bola sepak. Atau ada persoalan yang lebih penting seperti keadaan masa sekarang yang semakin mengurangkan minat murid-murid sekolah untuk bergiat dalam sukan seperti pada 1960an hingga 80an.
Apakah sistem pendidikan negara ini turut menyumbang kepada kemusnahan bola sepak apabila pembangunan peringkat akar umbi tidak lagi diberi perhatian dan ibu bapa lebih menuntut anak menumpukan kepada pelajar
Profesor Emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim berhujah bahawa sekolah sudah mengabaikan sukan dengan guru yang tidak berpengetahuan tentang sukan menguruskannya dan sudah ada keghairahan, tiada kerjasama ibu bapa yang lebih mementingkan peperiksaan.
Ada yang memberi alasan bahawa pemain sudah hilang semangat bermain untuk negara dan hanya memikirkan mengenai gaji lumayan yang bakal diterima daripada pasukan negeri ataupun kelab yang diwakili.
Ada pula yang memberi alasan bahawa FAM diterajui oleh orang yang berkepentingan politik dan tidak mempunyai pengetahuan dalam bola sepak?
Senarai persoalannya, sebab bagi kemerosotan bola sepak Malaysia mungkin lebih panjang daripada ini. Tetapi yang sebenarnya ialah bukannya hanya terletak kepada satu sebab tetapi kombinasi beberapa faktor yang membawa kepada kemerosotan bola sepak negara.
Mungkinkah, tujuh lautan dunia tidak akan cukup dijadikan dakwat untuk menyenaraikan sebab bagi kemerosotan dan kemunduran bola sepak Malaysia?
FAKTA
Skuad Kebangsaan Malaysia
Jolokan: Harimau Malaya
Jurulatih: Norizan Bin Bakar
Paling banyak cap: R Arumugam (196)
Penjaringan terbanyak: Allahyarham Mokhtar Dahari (125)
Arena: Stadium Nasional Bukit Jalil
Kapasiti: 80,000
Kod FIFA: MAS
Ranking FIFA: 154
Ranking Tertinggi FIFA: 75 (Ogos 1993)
Ranking Terendah FIFA: 157 (Januari 2007)
Perlawanan Antarabangsa Pertama: Korea Selatan 3 - 2 Malaya (Singapore; 13 April, 1953)
Kemenangan Terbesar: Malaya 15 - 1 Filipina (Jakarta, Indonesia; 27 Ogos, 1962)
Kekalahan Terbesar: Jepun 13 - 0 Malaysia (Tokyo, Jepun; 27 September 1997)
Artikel lain:
- Serampang tiga mata
- Peluang emas cerah
- Hajat besar Krumm di Sepang
- Saingan Itali, Perancis, Jerman
- Portugal mampu kuasai
- Jerman, Croatia jadi pilihan
- 'Kumpulan Maut' pasti menggegar
- Greece, Sepanyol ada ramuan juara
- Nasib malang di Jakarta
- Pulihkan kembali maruah negara
- Kejuaraan Grand Prix Asia-FIM Petronas 2008 lebih sengit
- Kuasa EPL
- Ismail Sabri amal keterbukaan, mudah didekati
- Bowling Terbuka Malaysia 2008 kembali tenang
- Dilema Hafiz terjawab
- Aksi hebat bertaraf dunia
- Pentas mulakan perjuangan
- Ayuh Bersama Kita Gemilngkan LTdL 2008
- Milan, Boca tamatkan era kelab Brazil
- Ujian sebenar nanti Sarjit
- Pertembungan Muhaimin, Emir makin memuncak
- 'Orang lama' majukan Cub Prix
- Cobra 10s uji kelab dunia
- Hilang fokus punca gagal
- Mengendong segunung harapan
- Siapa mampu roboh Tembok China
- Lin Dan buru jejak Yang Yang
- Dua dekad penuh hampa
- Era kegemilangan bola sepak Malaysia
- Pulang ke pangkal jalan
- Cadangan pemulihan bola sepak Malaysia
- Amirul bagai mati hidup semula
- Kenangan abadi ‘SuperMokh’
- Menggalas cabaran getir
- Super GT laju, menggoda
- McClaren pertaruhkan Beckham
- Sukan papan luncur air universal
- ‘Orang lama’ belum mahu mengalah
- Ferguson jurulatih terbilang
- Honda kembali ke kancah Cub Prix
- Petronas martabatkan Cub Prix musim baru
- Heidfeld, Kubica sedia gegar
- Mencari penawar bisa
- Malaysia mampu bangkit
- Pertabalan Raja Beregu
- Saya bukan Raja Midas: Rexy
- Kuda lasak di jelapang padi
- Kedah jadi perintis penganjuran di Terengganu, Johor
- Edisi kedua SWK tampil pembaharuan
|