McClaren pertaruhkan Beckham



Anak kesayangan Wembley ini kembali dalam skuad Tiga Singa untuk selamatkan misi Euro 2008

SEBELUM perlawanan antara England dan Brazil Jumaat lalu, ada penghormatan selama seminit buat pemain yang diiktiraf selaku pemain terbaik negaranya di Piala Dunia 1966, di mana Tiga Singa menjulang megah trofi Jules Rimet.

Ia adalah satu penghormatan, penghargaan daripada ramai penonton yang hadir di stadium Wembley yang baru, dan kemungkinan ramai di antara mereka belum dilahirkan, apatah lagi melihat bagaimana Alan Ball menitiskan peluh untuk menjulang nama negaranya.

Lebih kurang satu jam 30 minit kemudian, penghargaan yang diberikan kepada pemain yang memakai jersi nombor 7 England ketika ini, pemain yang tidak pernah mengiringi England melepasi saingan suku akhir Piala Dunia, begitu luar biasa, tepukan gemuruh dan hampir dilanda histeria.

Bagi mereka yang memekik dan melaungkan namanya serta mengangkat tangan, ini adalah sambutan yang agak keterlaluan.

Namun begitu, penerima sambutan luar biasa ini adalah pemain yang prestasinya di Jerman kurang setahun lalu, apabila jelas sekali kurang cergas dan kepantasan, yang hanya cukup bagus untuk sesekali melakukan hantaran lintang dan satu sepakan penalti yang penting.

Bagi pengkritik yang berada di Jerman menyaksikan pemain ini beraksi, mereka berkongsi pendapat yang sama bahawa pada petang perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Brazil, sumbangan David Beckham adalah hampir sama, melainkan tampil dengan lebih cergas kali ini.

Dia cuba penuh terdesak untuk menjadi pemain yang memukau Old Trafford pada 2001 dalam perlawanan penting pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Greece, tetapi pada usia 32 tahun, dia tampak tidak akan dapat menguasai kelibat itu lagi.

Namun - dan perkara ini tidak boleh diketepikan - suntikan semangat kepada rakan sepasukan dengan kehadirannya.

Dan tiada siapapun dapat menafikan dirinya daripada mengambil ‘set-piece’, yang dilakukan dengan penuh ketepatan dan sering kali membuahkan hasil.

Dan untuk saat ini, sekurang-kurangnya, sepakan kaki kanan itu membantu mengekalkan orang yang menggugurkannya daripada skuad England, jurulatih Steve McClaren, dalam jawatannya.

Sekurang-kurangnya, buat seketika, jurulatih itu di anggap agak bernilai untuk dikekalkan, hasil daripada keputusan untuk memanggil semula Beckham, yang tampak sudah melepasi zaman kegemilangannya dan akan berhijrah ke Amerika Syarikat musim depan.

Pemain bola sepak berseronok pada saat penting dan cemerlang, dan Beckham, yang sudah memberikan lilitan kapten kepada John Terry, menyumbangkan bek tengah Chelsea itu dengan salah satu daripada dua sepak percuma yang mengancam Brazil, dan tandukan Terry menerjah jaring.

Pemain tengah itu menerima penghargaan penjaring, dan sebahagian besar 88,000 penonton - ‘Becks-mania’ sudah kembali penuh bergaya.

Tiba-tiba, jurulatih yang pernah mencemuh dan menyingkirkan pemain ini dengan pantas berkata: “Dia pemain tengah kanan terbaik dunia.”


Beckham bagai hidup semula

WUJUD cemuhan dari Steve McClaren buat mereka yang mengejek Frank Lampard di Wembley dalam perlawanan persahabatan minggu lalu tetapi buat David Beckham hanya adalah ada penghargaan menyeluruh tatkala pengurus England, jurulatih Brazil Dunga dan pemain tengah Real Madrid itu meraikan kepulangannya dalam arena antarabangsa.

“Apabila David bermain begitu baik tidak ada pemain tengah sebelah kanan terbaik di dunia dan dia membuktikannya malam ini,” kata McClaren, penghargaan menakjubkan kepada pemain yang disingkirkan daripada pasukan England tahun lalu dan yang menandakan cap ke-95 dengan mencipta gol pembukaan John Terry di Wembley.

Berbanding dengan Beckham yang cuba untuk meleraikan histeria yang menyelubungi panggilan semula ke arena antarabangsa - tetapi jelas wujud kepuasan buat bekas kapten England itu dalam persembahan yang boleh di anggap memberangsangkan.

“Ia perasaan menakjubkan untuk menjadi sebahagian daripada pasukan sekali lagi,” kata pemain berusia 32 tahun itu. “Saya tidak tahu sama ada sambutan adalah lebih kuat apabila saya kali pertama masuk ataupun apabila saya dikeluarkan tetapi manis untuk mengetahui bahawa awak mempunyai penyokong seperti ini.

“Saya tidak pasti saya ingat saat seperti ini akan datang kembali, tetapi saya begitu gembira untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah.”

Beckham menafikan persembahannya akan menjadikannya pilihan otomatik di Tallinn, seperti tempat pengurusan Sven Goran Eriksson, ataupun dia begitu merindui menjadi sebahagian daripada tumpuan media.

“Saya sudah menikmatinya selepas 10 tahun, enam selaku kapten apabila saya melangsungkan sidang akhbar setiap hari. Saya menikmatinya minggu ini,” katanya.

“Saya sudah menyatakan sebelum ini bahawa saya berpendapat saya perlu bertarung untuk mendapatkan tempat saya. Saya percaya bahawa di mana saja anda berada, apa juga nama anda, anda perlu bertarung untuk tempat anda. Saya sudah melakukannya di mana saja saya beraksi.”


Beckham menunjukkan kebangsaan untuk kembali dalam skuad England untuk perlawanan pertama di Wembley yang baru apabila mencipta gol buat John Terry dalam keputusan seri 1-1 dengan Brazil.

Bintang Real Madrid ini dipanggil semula selepas 11 bulan diketepikan dan memberikan tindak balas dengan persembahan membanggakan sebelum meninggalkan padang diberi tepukan gemuruh penonton apabila digantikan pada minit ke-76.

“Saya rasa semua orang berseronok. Ia adalah malam bersejarah bagi semua peminat England dan sungguh menggembirakan untuk berada di luar sana.”

Beckham turut mendedahkan bahawa dia berada dalam tandas yang menyebabkan dirinya berada di belakang sekali apabila pasukan melangkah ke dalam padang - berbanding apabila dia selalu di depan mengetuai England selaku ketua pasukan.

"Saya bukan dengan sengaja berada di belakang apabila kali melangkah keluar. Saya berada dalam tandas maka itu sebabnya saya berada di belakang sekali.

“Ia bukan disengajakan. Apabila saya berada dalam skuad selama 10 tahun, saya menjadi kapten enam daripadanya maka saya terpaksa mengendalikan sidang akhbar dan melakukannya banyak perkara. Ia minggu yang sungguh menyeronokkan.”

DATA
David Robert Joseph Beckham


Tarikh Lahir: 2 Mei, 1975
Umur: 32
Tempat: Leytonstone, London, England
Tinggi: 1.83 meter
Posisi: Sayap kanan, Tengah

Maklumat Kelab
Kelab sekarang:
Real Madrid
No Jersi: 23
Kelab Remaja: 1991–1992:
Kelab Senior: Years Club App (Gls)*
1992–2003: Manchester United 265 (62)
1995: Preston North End (dipinjamkan) 5 (2)
2003-2007 Real Madrid 63 (7)

Pasukan Kebangsaan:
1994–1996: England B-21 9 (0)
1996– England 95 (17)

Penghormatan:
Bersama Manchester United (1992 - 2003)
Liga Perdana Inggeris - Juara (6): 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-00, 2000-01, 2002-03
Liga Perdana Inggeris - Naib Juara: 1994-95, 1997-98
Juara Piala Remaja FA: 1992
Juara Piala FA (2): 1996, 1999
Naib Juara Piala FA: 1995
Liga Juara UEFA: 1998-99
Piala Intercontinental: 1999
Naib Juara Piala Super: 1999
Juara Perisai Komuniti (5): 1993, 1994, 1996, 1997, 2003
Naib Juara Perisai Komuniti: 1998, 2000, 2001


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768