‘Orang lama’ belum mahu mengalah



Pelumba muda pamer kejaguhan dominasi kategori Expert musim ini dan pinggir penunggang veteran

KEBANJIRAN pelumba muda dalam kategori teratas, Expert Kejohanan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta musim ini menyaksikan penguasaan sepenuh penunggang ini hingga mencicirkan beberapa nama veteran yang pernah mendominasi kelas ini.

Daripada barisan pelumba yang menduduki tujuh tangga teratas kedudukan keseluruhan, enam daripadanya adalah pelumba berusia bawah 25 tahun dengan hanya pelumba veteran Ahmad Fuad Baharom pada usia 28 tahun berjaya menyelitkan diri di tempat ketiga.

Pendahulu kategori ini, Ahmad Fazli Sham, berusia 25 tahun dan setakat ini sudah mencatatkan dua kemenangan di Sepang dan Kuantan manakala adiknya Ahmad Fazrul Sham, 22, pula memenangi saingan pembuka tirai di Kluang dan menduduki tempat keenam

Tempat kedua menjadi milik Md Suhadi Ali Rahmat berusia 22 tahun, Md Zamri Baba (24), Norizman Ismail (22) dan Azlan Shah Kamarulzaman (23) melengkapkan senarai tujuh pelumba teratas sekali gus membayangkan usia bukan menjadi penghalang untuk mencabar kejuaraan.

“Saya akui kali ini pelumba muda cukup garang di litar perlumbaan,” kata pelumba veteran berusia 30 tahun, Rosnizam Md Noor yang masih bersaing dengan barisan pelumba muda. “Mereka memiliki tenaga, semangat dan berani.

“Darah muda mereka menyaksikan mereka tidak gentar mengambil risiko dan sekalipun terbabit dalam insiden kemalangan mereka tetapi cekal untuk meneruskan perlumbaan.

“Justeru, mereka dapat menguasai saingan dan mengenepikan kami, ‘orang lama’ dalam perlumbaan yang mungkin hanya menggunakan pengalaman untuk mencabar barisan pelumba muda ini,” kata Rosnizam keseluruhan kelas Novis pada 1997.

Bagi Shahrul Nizam Ahmad Tajudin, 28, penguasaan pelumba muda memang jelas kali ini dan mereka turut mendapat sokongan daripada pasukan besar.

“Pasukan besar dan ternama lebih gemar untuk mengambil pelumba muda dan ini membolehkan mereka mendapat sokongan sepenuhnya termasuk motosikal berkuasa untuk menguasai perlumbaan.

“Selain itu dengan musim depan jentera akan bertukar kepada empat lejang, pasukan besar lebih suka melabur pelumba muda untuk memastikan mereka dapat menyesuaikan diri dengan motosikal baru ini,” kata Shahrul Nizam.

Shahrul menjelaskan, sehingga kini hanya ada antara tujuh hingga lapan pelumba veteran yang masih mampu beraksi dengan baik ketika cabaran dilontar pelumba-pelumba muda yang dibantu pelbagai kemudahan.

“Dalam perlumbaan, motosikal memainkan peranan penting, jika pelumba muda ini berupaya mendapat motosikal yang bagus kemungkinan untuk mereka menguasai perlumbaan adalah amat tinggi,” katanya.

Apapun, orang lama seperti Ahmad Fuad daripada pasukan Petronas Sprinta Raceline masih memberi tentangan hebat dan cuba untuk memecahkan dominasi pelumba muda ini dan saingan di Kota Bharu menjanjikan perlumbaan cukup sengit.

Dengan Fuad mendapat suntikan daripada kedudukan tempat kedua di Kuantan dua minggu lalu, ia mungkin menjadi pemangkin kepadanya untuk mencabar Fazli Sham dan barisan pelumba muda dan membuktikan pelumba veteran masih berbisa.

“Bagi saya ia bukanlah masalah buat pelumba veteran, mungkin kita nampak mereka ramai dalam kelas Expert kerana mereka menguasai kelas Novis yang kemudiannya akan naik ke kelas utama itu. Pelumba muda atau veteran sama saja di litar.

“Saya tidak rasa mereka akan menggugat pelumba lama seperti kami, saya masih mampu berlumba secara kompetitif dalam kelas Expert mahupun SuperSports 600cc, tiada masalah kerana ia semua bergantung kepada persembahan masing-masing,” katanya.

DATA

  • Rosnizam Md Noor
    Umur: 30
    Tarikh Lahir: Jun 1977
    Mula Berlumba: 1996
    Pasukan: Motul KMC YY Pang
    Kelas: Expert
    Motosikal: Yamaha
    Pencapaian:
    1996 - Ke-5 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Novis)
    1997 - Juara Kejohanan Cub Prix Malaysia (Novis)
    1998 - Ke-19 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2004 - Ke-5 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2004 - Ke-6 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (Underbone 125cc)
    2005 - Ke-7 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2006 - Ke-10 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)

  • Shahrul Nizam Ahmad Tajuddin
    Umur: 28
    Tarikh Lahir: 1979
    Mula Berlumba: 1999
    Pasukan: UTM Racing
    Kelas: Expert
    Motosikal: Yamaha
    Pencapaian:
    2000 - Ke-7 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Novis)
    2001 - Ke-7 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Novis)
    2002 - Ke-9 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2002 - Ke-2 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (Underbone 125cc)
    2003 - Ke-3 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2003 - Ke-5 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (Underbone 125cc)
    2004 - Ke-10 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)
    2005 - Ke-18 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Expert)

  • Name: Ahmad Fuad Baharuddin
    Umur: 28
    Mula berlumba: 1997
    Pasukan: Petronas Sprinta Raceline
    Motosikal: Yamaha
    Pencapaian:
    1999 - Ke-3 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix Malaysia (Novis)
    2000 - Ke-7 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (GP125cc)
    2000 - Ke-13 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2001 - Ke-7 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (SuperSports 600cc)
    2001 - Ke-2 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2002 - Ke-16 Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (SuperSports 600cc)
    2002 - Juara Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2003 - Ke-19 Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2004 - Keenam Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2004 - Keenam Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (SuperSports 600cc)
    2005 - Keempat Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2005 - Kedua Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (SuperSports 600cc)
    2006 - Keenam Keseluruhan Kejohanan Cub Prix (Expert)
    2006 - Keempat Keseluruhan Kejohanan Motosikal FIM Asia (SuperSports 600cc)

    Keputusan
    1 Ahmad Fazli Sham (Yamaha) Shell Advance Maju 15:02.219s
    2 Ahmad Fuad Baharom (Yamaha) Petronas Sprinta Raceline 15:09.756s
    3 Md Zamri Baba (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong 15:15.821s
    4 Md Suhadi Ali Rahmat (Yamaha) Shell Advance Maju 15:19.490s
    5 Azlan Shah Kamarulzaman (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong) 15:24.500s
    6 Zulhelmi Ahmad (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong 15:33.696s
    7 Norizman Ismail (Yamaha) Harian Metro SCK Racing 15:37.686s
    8 Md Syahnas Shahidan (Yamaha) Petronas Sprinta Raceline 15:38.409s
    9 Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) Shell Advance Maju 15:40.741s
    10 Stephen Mahdendran (Yamaha) 15:47.269s
    11 Md Kanafi Kamarudin (Yamaha) 15L47.722s
    12 Md Rafie Md Naser (Yamaha) Motul KMC YY Pang 15:48.143s

    Sepusingan Terpantas:
    Ahmad Fazli Sham Pusingan 58.427s 93.532kmsj

    Kedudukan (Selepas Tiga Pusingan)
    1 Ahmad Fazli Sham (Yamaha) Shell Advance Maju 63 mata
    2 Md Suhadi Ali Rahmat (Yamaha) Shell Advance Maju 45
    3 Md Zamri Baba (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong 42
    4 Ahmad Fuad Baharom (Yamaha) Petronas Sprinta Raceline 42
    5 Norizman Ismail (Yamaha) Harian Metro SCK Racing 33
    6 Ahmad Fazrul Sham (Yamaha) Shell Advance Maju 32
    7 Azlan Shah Kamarulzaman (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong) 28
    8 Zulhelmi Ahmad (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong 27
    9 Md Syahnas Shahidan (Yamaha) Petronas Sprinta Raceline 25
    10 Md Iskandar Raduan (Yamaha) Petronas Sprinta Racelina 19
    11 Ahmad Azhar Hamid (Yamaha) Petronas Sprinta Ah Hong 17
    12 Md Kanafi Kamarudin (Yamaha) 10

    Kedudukan Pasukan
    1 Shell Advanve Maju Motor 108 mata
    2 Petronas Sprinta Ah Hong 69
    3 Petronas Sprinta Raceline 61
    4 Harian Metro SCK 36
    5 Petronas Sprinta Ah Hong 21
    6 Motul YY Pang 9




  • Artikel lain:

    Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
    Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768