Gallas inspirasi Gunners



GALLAS begitu komited dengan sumbangan terhadap kelab.

Kapten Arsenal kemudi barisan muda Arsenal ketika menang 2-0 ke atas Wigan

INI adalah cerita mengenai William Gallas daripada musim lalu.

Arsenal baru melakarkan kemenangan tipis dan pemain kembali ke bilik persalinan. Tatkala Gallas meraikan kemenangan dia melihat bahawa salah seorang daripada rakan sepasukannya yang muda tampak tidak gembira.

“Kenapa?” tanya Gallas. “Saya tidak bermain baik,” jawapan pemain itu. “Siapa peduli,” kata Gallas yang tampak tidak dapat menyembunyikan rasa amarahnya.

Pertahanan itu menggunakan perkataan yang berlapik berbanding kelantangan Gallas yang menyebut “siapa peduli” tetapi dia sudah memberikan pandangannya. Dia tidak peduli bagaimana mereka bermain asalkan mereka menang.

Ia adalah perwatakan yang mungkin mengubah skuad barisan muda Arsenal ini kepada juara, sekali. Itu sebabnya, selain daripada hasrat untuk menghentikan kritikannya, yang sampai kemuncak dengan pemergian Thierry Henry, Arsène Wenger melantik Gallas selaku kapten.

Itu adalah kenyataan tegas yang menunjukkan bahawa Gallas mahukan kejuaraan dan semua pemain dari sekarang perlu memberi perhatian.

Perwatakan itu sekali lagi terjelma menentang skuad Wigan Athletic, sambil disaksikan pengurus barunya Steve Bruce, yang jelas sekali tidak berhak mengalami kekalahan ini.

Hanya sedikit yang akan meramalkan keputusan seri, tetapi tidak seorang pun yang akan berani meramalkan Arsenal, dengan rentak permainan menarik, cantik dan terpesona untuk dilihat, mencipta begitu sedikit peluang. Itu kejutan sebenar sekalipun mereka merehatkan satu pertiga daripada tonggak utama bahagian tengahnya.

Hakikatnya, Arsenal, tidak bermain sempurna manakala pelawat pula begitu bertekad dan tersusun serta berhak mendapat keputusan lebih baik.

“Kekecewaan terbesar buat kami,” kata pengurus sementara Wigan, Frank Barlow, yang akan memberi laluan kepada rakannya Bruce, "ialah kami melepaskan gol melalui hantaran lintang selepas berjaya mematahkan semua hantaran mereka.”

Gallas menjaringkan gol itu, pada minit ke-83, dan membantu menciptanya dengan meluru ke depan dan menghantar bola kepada pemain gantian Nicklas Bendtner, yang melorongkan kepada Bacary Sagna. Melalui hantaran lintang bek kanan itu, Gallas melayangkan badannya di depan pertahanan Wigan untuk menanduk masuk.

Segala-galanya adalah mengenai keinginan. Ia, juga seperti gol yang penyamaan menentang Manchester United dengan kedua-dua penyerang membantu Arsenal membuka jurang pendahuluan tiga mata dengan kelebihan satu permainan ke atas juara bertahan itu.

“Dia begitu cemerlang,” kata Wenger. “Ini bukan kali pertama dia melakukannya (menjaringkan gol penyelamat) dan saya tidak fikir itu satu kebetulan. Dia mahukan kemenangan dan dia pastikan kami dapat mencapainya.”

DATA

William Gallas
Tarikh lahir: 17 Ogos 1977
Umur: 30 tahun
Tempat lahir: Asnières-sur-Seine, Perancis
Tinggi: 1.81 meter
Posisi: Pertahanan
Kelab: Arsenal
Karier:
1995-1997: Caen
1997-2001: Olympique Marseille
2001-2006: Chelsea
2006-sekarang: Arsenal
Kebangsaan:
2002-sekarang: Perancis


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768