Tevez, Rooney mula serasi
Gandingan dua penyerang England, Argentina jadi senjata utama United
SELEPAS aksi pertengahan minggu di mana mereka terbang hampir 24,000 beraksi untuk negara masing-masing – 20,226 batu buat Carlos Tevez ke Caracas melalui Buenos Aires dan kembali, 3,156 batu bagi Wayne Rooney ke Moscow – datang bayangan paling jelas bahawa gandingan mereka di United membuahkan hasil.
Kedua-dua penggempur ini beraksi cemerlang untuk United dalam melakarkan kemenangan 4-1 ke atas Aston Villa di gelanggang lawan.
Rooney menyumbat dua gol, untuk membawa jumlah jaringannya kepada enam dalam lima perlawanan, termasuk dua buat England, dan seharusnya memperoleh hatrik manakala Tevez sepatutnya menyamai jumlah itu.
Persembahan itu untuk Manchester United menyaksikan pengurusnya Sir Alex Ferguson menyifatkannya sebagai “persembahan terbaik musim ini.” Selepas menjaringkan hanya tujuh gol dalam lapan perlawanan, United kini mempunyai lapan dalam dua permainan.
Ia juga, menurut Rio Ferdinand, persembahan menakjubkan untuk memecahkan sebarang mitos bahawa Rooney dan Tevez tidak boleh bermain bersama-sama.
“Ia (mitos itu) akhirnya dilenyapkan,” kata pertahanan United itu. “Kami sudah mengetahuinya sebagai satu pasukan tetapi saya berpendapat mereka memberikan persembahan menarik dan pergerakan serta naluri sesama mereka atas padang sungguh luar biasa.
“Wayne baru berusia 21. Dia tidak akan keletihan dengan usia itu. Keinginannya untuk bermain bola sepak meluap-luap. Badannya tercipta untuk itu dan dia memiliki tekad tinggi untuk bermain.”
Kejayaan di Villa Park bukan sukar dicapai - ia kemenangan keenam berturut-turut di arena itu buat United ketika ini dan 23 pertemuan serta 12 tahun berlalu sejak tuan rumah kali terakhir merasai kejayaan menewaskan Red Devils.
Tuan rumah bangkit melawan sekalipun dua pemainnya dibuang padang dan penalti yang seharusnya diberikan terhadap kekasaran Ferdinand dan beberapa keputusan lalu tetapi mereka sememangnya ditewaskan dengan mutlak.
“Mereka pemain cemerlang,” kata Ferguson. "Semua pemain memainkan peranan masing-masing tetapi aksi istimewa ditampilkan oleh Tevez dan Rooney dan Nani pada beberapa ketika.”
Namun begitu, ada satu lagi pemain yang menampilkan aksi cemerlang dan amat dirindui England sejak dia mengumumkan persaraan daripada bola sepak antarabangsa iaitu Paul Scholes.
Mendekati usia 33, pemain tengah itu menguruskan jentera tengah mengatur gerakan menentang Villa berdepan dua pemain yang pasti mahu menyamai pencapaiannya di England iaitu Nigel Reo-Coker yang dibuang padang selepas menerima dua kad kuning dan Gareth Barry yang tampak keletihan selepas bermain dua perlawanan antarabangsa minggu lalu.
Gareth tampak keletihan,” kata pengurus Villa Martin O'Neill. "Tidak seperti kebiasaannya. Ia bukan kerana dia tidak mencuba. Pemain bagi sentiasa boleh bergandingan bersama-sama. Rooney dan Tevez. Orang mungkin berpendapat mereka agak mirip tetapi sebaik masuk ke padang mereka boleh memberikan masalah.”
Fakta: Manchester United Football Club (MUFC)
Jolokan: The Red Devils, Man United, United
Diasaskan: 1878, sebagai Newton Heath L&YR FC
Arena: Old Trafford
Kapasiti: 76,212 penonton
Pengerusi: Joel & Avram Glazer
Pengurus: Sir Alex Ferguson
Pencapaian:
Juara Bahagian Satu/Liga Perdana: 16 (1907-08, 1910-11, 1951-52, 1955-56, 1956-57, 1964-65, 1966-67, 1992-93, 1993-94, 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-2000, 2000-01, 2002-03, 2006-07).
Juara Bahagian Dunia: 2 (1935-36, 1974-75)
Piala
Piala FA: 11 (1909, 1948, 1963, 1977, 1983, 1985, 1990, 1994, 1996, 1999, 2004)
Piala Liga: 2 (1992, 2006)
Perisai Sumbangsih: 16
Eropah
Piala Eropah/Liga Juara UEFA: 2 (1968, 1999)
Piala Juara-juara UEFA: 1 (1991)
Piala Super Eropah: 1 (1991)
Artikel lain:
- United tiada tandingan
- United kekal kuasa EPL
- Sepanyol tak tentu arah tujuan
- Misi hidup mati Chelsea
- Les Bleus pasti jadi pilihan
- Mesir terus kekal berkuasa
- Alexandre Pato, permata baru Milan
- Chelsea pancing Yasser
- Gallas inspirasi Gunners
- Perseteruan Real, Barca berterusan di La Liga
- Kehangatan sudah terasa
- Iraq kembalikan maruah diri
- United dahului pesta jual beli pemain
- Galacticos julang Primera Liga
- Terima kasih buat Ryan Giggs
- Perjalanan Ancelotti ke puncak
- West Ham selamat, Sheffield tercicir
- Tiga Singa dalam bahaya tercicir
- Chelsea belum angkat bendera putih
- Teka-teki siapa penganjur Piala Dunia
- Ultra cemar bola sepak Itali
- Laluan mudah buat United, Chelsea
- Mourinho bersandiwara tinggal Chelsea?
- Larsson ibarat jelmaan Cantona
- 4 Kelab EPL catat sejarah
- Rooney, Drogba bakal penentu
- Arsenal mengorak langkah
- MU dan Chelsea sama handal
- Portsmouth muncul pasukan pilihan
- Perisai Komuniti buka tirai Liga Inggeris
- Nistelrooy lerai ikatan MU
- Hijrah pemain semarak musim baru EPL
- Selamat Datang Reading, Sheffield, Watford ke EPL
- Arsenal ungguli Spurs
- Saat getir di White Hart Lane
- Old Trafford bakal bergegar
- Newcastle, Liverpool sama ghairah
- Gemilang United berbaloi
- Fowler mahu bukti kesetiaan
- Kerusi panas England idaman ramai
- Arsenal rimas ancaman Bolton
- Henry, Shearer peledak sensasi
- Nistelrooy, Kewell ghairah lakar nama
- Rooney, Cole galas misi sama
- Crouch, Cole 'ginseng' baru buat England
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|