Dua kelab gergasi Sepanyol berbelanja besar bakal mulakan pemburuan juara liga minggu ini
LIGA antara paling diminati di dunia, La Liga di Sepanyol bakal menyingkap tirainya minggu depan dengan tumpuan seluruh peminat global tentunya bagi menyaksikan bagaimanakah nasib dua pasukan gergasi, juara bertahan liga Real Madrid dan seteru utama, Barcelona.
Real Madrid yang seakan tidak rela lagi digelar ‘Galacticos’ sejak mendapat jurulatih baru Bernd Shuster, berharap mampu menterbalikkan persembahan gementar mereka pada saingan pra-musim dengan beraksi cemerlang bertemu jiran setempat, Atletico Madrid yang semakin mantap selepas poket mereka kembung selepas menjual Fernando Torres kepada Liverpool.
Jika sebelum ini, Fabio Capello yang membawa kembali kejuaraan liga ke bernabau tetap dipecat kerana dikatakan tidak mampu mempamerkan persembahan menarik, gaya serangan yang diimpikan pengurusan pasukan kini terpulang buat Schuster yang juga bekas pengendali Getafe untuk melakukannya.

Dan tidak menghairankan mereka turut berbelanja besar mendapatkan pemain terbaik seperti Christoph Metzelder dari Borussia Dortmund; pemain tengah bertahan Brazil, Pepe dari Porto for a hefty 30 million euros ($40.75 million) dan penjaga gol Poland, Jerzy Dudek yang tamat kontrak di Liverpool.
Tidak ketinggalan bekas penyerang Barcelona, Javier Saviola; pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder dan Royston Drenthe ketika usaha mendapatkan pemain AC Milan dari Brazil, Kaka dan Michael Ballack dari Chelsea tampak tidak kesampaian.
Bagaimanapun apa yang diharapkan tidak menjadi apabila apabila mereka tewas lima perlawanan pra-musim dan hanya kemenangan 1-0 mengatasi kelab divisyen dua, Cadiz menjadi penyelamat selepas tiga kekalahan berturut-turut yang menjadi kritikan media dan penyokong apatah lagi pemain baru mereka gagal menyesuaikan diri dengan baik.
“Kami bermula dari kosong. Kami cuba mengubah gaya permainan kami. Ia sukar dan memerlukan masa,” kata penyerang Ruud van Nistelrooy yang sedikit menceriakan penyokong dengan sentuhan biasanya di gawang selepas berehat akibat kecederaan sebelum ini.
Bagaimanapun, situasi berbeza di rasai di kelab Catalan, Barcelona yang berjaya mendapatkan ramai bintang handalan dunia selepas membelanjakan 65 million euros untuk mendapatkan kembali piala yang terlepas ke tangan Madrid.
Kedatangan pemain paling dimahukan Bercelona, Thierry Henry menimbulkan kegembiraan tidak terkata di Nou Camp bagi digandingkan dengan Ronaldinho, Samuel Eto’o dan Lionel Messi bakal memberikan mereka tenaga tambahan bukan saja di liga malah awal-awal lagi dikatakan memiliki rangkaian serangan paling hebat di Eropah.
Begitupun, masih belum jelas bagaimanakah Frank Rijkaard akan menggunakan barisan ‘fantastic four’ mereka sambil cuba mengawal ego mereka bagi menghasilkan keputusan menakjubkan di penamat musim nanti ketika barisan pertahanan juga semakin bergaya dengan kehadiran pertahanan Perancis, Eric Abidal; pertahanan tengah Argentina, Gabriel Milito dan pemain tengah, Yaya Toure.
Dan Rijkaard yang mendapat sokongan penuh Presiden kelab, Joan Laporta berjanji akan memenuhi impian seluruh penyokong walaupun sebelum ini banyak khabar angin mengaitkan pemergiannya selepas Barcelona dikatakan berminat untuk mendapatkan Arsene Wenger dari Arsenal sebagai pengganti.
“Saya sangat gembira untuk terus menyambung tugasan ini. Apabila anda menamatkan musim anda akan rasa kepenatan. Adalah amat menyedihkan kami tidak memiliki masa untuk meneruskannya dan meletakkan kembali kami di laluan tepat dalam liga, menunjukkan kami adalah kelab terhebat,” katanya.
Rijkaard turut gembira bintang utamanya, Ronaldinho dan Eto’o meneruskan komitmen dengan kelab berkenaan walaupun menerima banyak tawaran hebat dari kelab lain.
“Ia sesuatu yang sering saya katakan. Mereka adalah pemain yang hebat. Mereka dimahukan oleh banyak kelab ternama di seluruh dunia kerana sebab yang bagus. Mereka adalah pemain yang menakjubkan. Saya mahu terus bersama mereka tetapi kini ketika ini kami juga perlu tahu bagaimana untuk bekerjasama dengan mereka,” katanya.
INFO
BARCELONA
Musim - Kedudukan liga
2001/02 - Keempat
2002/03 - Keenam
2003/04 - Kedua
2004/05 - Juara
2005/06 - Juara
2006/07 - Kedua
Penjaring Terbanyak Musim Lalu
21 - Ronaldinho
14 - Lionel Messi
11 - Samuel Eto'o
06 - Andres Iniesta 6
REAL MADRID
Musim - Kedudukan liga
2001/02 - Ketiga
2002/03 - Juara
2003/04 - Keempat
2004/05 - Kedua
2005/06 - Kedua
2006/07 - Juara
Penjaring Terbanyak Musim Lalu
25 - Ruud van Nistelrooy
07 - Raul
06 - Robinho
06 - Jose Antonio Reyes