United dahului pesta jual beli pemain



Ferguson belanja RM340j dapatkan bintang baru termasuk Hargreaves

PESTA beli-belah pemain sudah bermula di pasaran antarabangsa dan di England, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris mula mengeluarkan wang dari kantung mereka untuk memperkukuhkan saingan pada musim depan menerusi pembelian terbaik.

Empat kelab yang menduduki tangga teratas EPL musim lalu, Manchester United, Chelsea, Liverpool dan Arsenal adalah antara pasukan berbelanja besar pada bulan itu, begitupun kelab-kelab lain termasuk pada baru naik taraf tidak mahu ketinggalan.

United menerusi pengurusnya, Sir Alex Ferguson membelanjakan lebih 50 juta pound (RM340 juta) bagi mendapatkan pemain baru sejak penamat musim lalu dengan kehadiran pemain seperti Owen Hargreaves, Nani dan Anderson di sebalik nama bintang seperti Wayne Rooney dan Christiano Ronaldo.

Mereka juga masih menantikan kehadiran penyerang Argentina, Carlos Tevez yang dijangka akan menyempurnakan perpindahan dari West Ham sebelum musim EPL bermula bulan depan dengan Ferguson jelas gembira dengan prospek kehadiran pemain itu.

“Saya rasa prestasinya menaikkan West Ham. Apa yang kami perhatikan, semua orang di kelab gembira apabila kami rasa boleh mendapatkannya. Dia menakjubkan, prestasinya hebat dan pada usia 23 tahun, dia boleh menjadi lebih baik,” kata Ferguson.

Juara Piala FA dan Piala Liga, Chelsea pula agak sederhana dalam pembelian mereka berbanding tahun-tahun sebelum ini apabila pengurus, Jose Mourinho hanya mendapatkan Florent Malouda dari Lyon, Tal Ben Haim (Bolton), Claudio Pizarro (Bayern Munich), Steve Sidwell (Reading) dan Danny Philliskirk (Oldham).

Malouda menyertai Blues dengan yuran perpindahan $27 juta (RM91.8 juta) tampak bakal menjadi tonggak penting barisan dihuni puluhan bintang dunia itu dan dia sudah awal-awal lagi menunjukkan kehebatannya apabila menyumbat satu gol ketika membantu kelab barunya menang 2-1 ke atas Club Amerika ketika kunjungan pra-musim ke Amerika.

Cerita pemergian bintang utama Arsenal, Thierry Henry ke Barcelona masih lagi diperkatakan walaupun kelab bergelar ‘gunners’ itu cuba kembali membentuk skuad terbaik tanpa kapten mereka yang paling berpengaruh itu.

Bos Arsene Wenger sudah membelajakan 16.5 juta pound (RM112 juta) musim ini untuk mendapatkan penyerang Eduardo Da Silva dan pertahanan Bacary Sagna dan perkembangan terbaru menyaksikan Arsenal bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan mereka dengan menawarkan £15 juta pound lagi buat penyerang Argentina, Rodrigo Palacio.

Rekod sebelum ini ialah pembelian bernilai 12.5 juta pound buat Sylvain Wiltord pada 2000 namun Wenger optimis mengenai peluang Arsenal tanpa kehadiran penyerang antarabangsa Perancis itu.

“Saya rasa kami akan lebih fokus untuk berkongsi tanggungjawab Thierry di bahagian depan. Fokus akan diberikan terhadap persembahan pasukan dan tidak kepada seorang individu.

“Saya juga rasa ada sebahagian pemain yang akan mengambil tanggungjawab lebih besar seperti (Robin) van Persie, (Emmanuel) Adebayor, (Theo) Walcott, Eduardo yang baru menyertai kami. Ada sesetengah pemain yang mampu meningkatkan permainan sekiranya ada perpindahan seperti itu,” kata Wenger.

Di Anfield, finalis Piala Liga Juara-Juara Eropah, Liverpool pula berjaya mendapatkan Fernando Torres dari Atletico Madrid untuk perjanjian selama enam tahun dipercayai bernilai 20 juta pound dan pembelian itu dianggap berbaloi memandangkan rekod Torres sebagai penjaring terbanyak dalam lima kempen terakhir La Liga sebelum ini.

FAKTA

PERPINDAHAN PEMAIN

  • ARSENAL
    Masuk: Bacary Sagna (Auxerre), Lukasz Fabianski (Legia Warsaw), Eduardo da Silva (Dinamo Zagreb), Havard Nordtveit (FK Haugesund).
    Keluar: Jeremie Aliadiere (Middlesbrough), Fabrice Muamba (Birmingham), Mart Poom (Watford), Arturo Lupoli (Fiorentina), Thierry Henry (Barcelona).

  • ASTON VILLA
    Masuk: Nigel Reo-Coker (West Ham), Harry Forrester (Aston Villa).
    Keluar: Gavin McCann (Bolton), Jlloyd Samuel (Bolton), Juan Pablo Angel (New York Red Bulls), Stephen Henderson (Bristol City), Aaron Hughes (Fulham), Lee Hendrie, Steven Davis (Fulham), Chris Sutton.

  • BIRMINGHAM CITY
    Masuk: Garry O'Connor (Lokomotiv Moscow), Stuart Parnaby (Middlesbrough), Fabrice Muamba (Arsenal), Olivier Kapo (Juventus), Daniel de Ridder (Celta Vigo), Richard Kingston (Antalyaspor), Rafael Schmitz (Lille)
    Keluar: Bruno N'Gotty (Leicester).

  • BLACKBURN ROVERS
    Masuk: Gunnar Nielsen (BK Frem Copenhagen), Maceo Rigters (NAC Breda)
    Keluar: Andy Todd (Derby)

  • BOLTON WANDERERS
    Masuk: Gavin McCann (Aston Villa), Jlloyd Samuel (Aston Villa), Gerald Cid (Bordeaux), Blerim Dzemaili (FC Zurich), Zoltan Harsanyi (FC Senec), Danny Guthrie (Liverpool)
    Keluar: Tal Ben Haim (Chelsea), Henrik Pedersen, Quinton Fortune, David Thompson, Cesar Martin

  • CHELSEA
    Masuk: Florent Malouda (Lyon), Tal Ben Haim (Bolton), Claudio Pizarro (Bayern Munich), Steve Sidwell (Reading), Danny Philliskirk (Oldham).
    Keluar: Khalid Boulahrouz (Sevilla), Yves Makaba-Makalamby (Hibernian), Geremi (Newcastle)

  • DERBY COUNTY
    Masuk: Andy Todd (Blackburn), Robert Earnshaw (Norwich City), Tyrone Mears (West Ham)
    Keluar: Seth Johnson, Paul Peschisolido, Morten Bisgaard, Paul Boertien, Lee Grant, Ryan Smith (Millwall)

  • EVERTON
    Masuk: Phil Jagielka (Sheffield Utd)
    Keluar: Gary Naysmith (Sheffield United), Richard Wright (West Ham), Alessandro Pistone

  • FULHAM
    Masuk: Aaron Hughes (Aston Villa), Steven Davis (Aston Villa), Diomansy Kamara (West Brom), Chris Baird (Southampton)
    Keluar: Claus Jensen, Mark Pembridge, Tomasz Radzinski, Mark Crossley (Oldham)

  • LIVERPOOL
    Masuk: Andrey Voronin (Bayer Leverkusen), Kristian Nemeth & Andras Simon (MTK Hungariam), Nikolay Mihaylov (Levski Sofia), Fernando Torres (Atletico Madrid), Yossi Benayoun (West Ham).
    Keluar: Bolo Zenden (Marseille), Robbie Fowler, Florent Sinama Pongolle (Recreativo Huelva), Danny Guthrie (Bolton), Luis Garcia (Atletico Madrid), Craig Bellamy (West Ham)

  • MANCHESTER CITY
    Keluar: Sylvain Distin (Portsmouth), Trevor Sinclair, Stephen Jordan, Hatem Trabelsi, Joey Barton (Newcastle), Nicky Weaver (Charlton)

  • MANCHESTER UNITED
    Masuk: Owen Hargreaves (Bayern Munich), Anderson (FC Porto), Nani (Sporting Lisbon), Tomasz Kuszczak (West Brom)

  • MIDDLESBROUGH
    Masuk: Tuncay Sanli (Fenerbahce), Jeremie Aliadiere (Arsenal), Jonathan Woodgate (Real Madrid)
    Keluar: Mark Viduka (Newcastle), Stuart Parnaby (Birmingham), Abel Xavier (LA Galaxy), Malcolm Christie, Danny Graham

  • NEWCASTLE UNITED
    Masuk: Mark Viduka (Middlesbrough), Joey Barton (Man City), David Rozehnal (Paris St Germain), Geremi (Chelsea)
    Keluar: Scott Parker (West Ham), Titus Bramble (Wigan), Antoine Sibierski (Wigan), Craig Moore, Olivier Bernard, Alan O'Brien

  • PORTSMOUTH
    Masuk: David Nugent (Preston), John Utaka (Rennes), Arnold Mvuemba (Rennes), Sulley Muntari (Udinese), Sylvain Distin (Manchester City), Hermann Hreidarsson (Charlton), Martin Cranie (Southampton).
    Keluar: Svetoslav Todorov (Charlton)

  • READING
    Masuk: Kalifa Cisse (Boavista)
    Keluar: Steve Sidwell (Chelsea), Greg Halford (Sunderland)

  • SUNDERLAND
    Masuk: Greg Halford (Reading), Russell Anderson (Aberdeen)
    Keluar: Kenny Cunningham, Tommy Miller

  • TOTTENHAM HOTSPUR
    Masuk: Gareth Bale (Southampton), Adel Taarabt (Lens), Yuri Berchiche (Athletic Bilbao), Darren Bent (Charlton), Younes Kaboul (Auxerre)
    Keluar: Emil Hallfredsson (Lyn-Oslo), Reto Ziegler (Sampdoria), Mark Yeates (Colchester)

  • WEST HAM UNITED
    Masuk: Scott Parker (Newcastle), Julien Faubert (Bordeaux), Richard Wright (Everton), Craig Bellamy (Liverpool)
    Keluar: Nigel Reo-Coker (Aston Villa), Tyrone Mears (Derby), Yossi Benayoun (Liverpool).

  • WIGAN ATHLETIC
    Masuk: Antoine Sibierski (Newcastle), Titus Bramble (Newcastle), Mario Melchiot (Rennes), Andreas Granqvist (Helsingborg), Carlo Nash (Preston), Jason Koumas (West Brom)
    Keluar: Lee McCulloch (Rangers), Matt Jackson (Watford), Arjan de Zeeuw, David Unsworth


  • Artikel lain:

    Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
    Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768