
ROONEY mahu bantu United benam Chelsea.SELEPAS kembali menemui sentuhan jaringannya, penyerang Manchester United, Wayne Rooney kini memberi tumpuan untuk membantu pasukannya menewaskan Chelsea apabila dua kelab teratas Liga Perdana Inggeris (EPL) itu bertembung di Old Trafford, Ahad ini.
Rooney kembali menemui prestasi kemuncaknya tepat pada masanya untuk membantu skuad kendalian Alex Ferguson itu terus mengekalkan kelebihan tiga mata ke atas Chelsea, yang juga juara bertahan.
Penyerang England itu yang menamatkan kemarau jaringan panjang dengan meledak hatrik ketika membantu United menewaskan Bolton 4-0 hujung Oktober lalu, menjaringkan kedua-dua gol tatkala Red Devils bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk mengatasi Sheffield United 2-1, penghujung minggu lalu.
Dia kini mensasarkan untuk meneruskan kecemerlangan itu pada pertembungan yang mungkin akan memberi gambaran jelas siapa bakal memenangi gelaran EPL musim ini.
Rooney menegaskan, kemenangan di Bramall Lane minggu lalu memastikan United turun mengharungi pertembungan penting menentang Chelsea dengan keyakinan untuk meneruskan lagi siri kemenangan mereka.
“Kini, kami berasa yakin untuk mengharungi perlawanan menentang Chelsea. Kami semua tidak sabar menantinya dan yakin akan memperoleh keputusan yang positif,” kata penyerang 21 tahun itu yang sudah mele barkan jumlah jaringannya musim ini kepada lapan gol, termasuk jaringan di peringkat antarabangsa bersama England.
United setakat ini mencatat tujuh ke menangan berturut-turut dan mengumpul 34 mata, tetapi Chelsea terus mengekalkan jurang tiga mata di belakang apabila menewaskan West Ham 1-0 di Stamford Bridge, minggu lalu.
Portsmouth pula melonjak ke tangga ketiga dengan 23 mata, selepas bangkit untuk mencatat kemenangan 2-1 ke atas Watford menerusi jari ngan penalti Lomana LuaLua pada minit-minit akhir perlawanan tatkala Arsenal tercicir ke tangga keempat dengan 22 mata selepas sekadar 1-1 di gelanggang sendiri ketika bertemu Newcastle.
Chelsea tewas dalam pertembungan di Old Trafford musim lalu, tetapi pengurusnya, Jose Maurinho yakin pasukannya dalam prestasi sempurna untuk membalas dendam kekalahan itu.
Menurut pengendali berbangsa Portugal itu, sekalipun menang tipis ke atas The Hammers, pasukannya menampilkan prestasi baik ketika bersaing dengan lawan yang disifatkan antara pasukan bagus itu.
“Siapa yang akan kami hadapi selepas ini tidak penting bagi saya, tetapi yang pasti kami akan ke Old Trafford dengan menyedari permainan kami kini lebih baik,” katanya yang memiliki penjaring terbanyak Liga, Didier Drogba.