Ramai pengurus yang turut memasang mata ketika saingan Piala Dunia 2006 di Jerman
BERSAMA musim baru yang bakal tiba pada 19 Ogos depan, kelab-kelab Liga Perdana Inggeris sudah mula merancang strategi dalam pasaran perpindahan pemain bagi memperkukuhkan barisan utama kelab menghadapi saingan musim 2006/2007 yang lebih mencabar.
Pengurus pasukan kini hanya memiliki masa hanya kira-kira dua bulan lebih untuk mencari pemain baru berikutan pintu pemindahan pemain akan ditutup pada tengah malam 31 Ogos dan Piala Dunia yang sedang berlangsung ketika ini tidak terkecuali menjadi medan pengurus mengintip pemain.

Ketika pemain luar mula membanjiri England, ada juga kelibat pemain yang tidak akan dapat disaksikan lagi dalam kancah serba menarik EPL dan muka-muka ini pastinya dirindui walaupun pendatang baru lebih mencuri tumpuan di Piala Dunia ini.
Alan Shearer, Nigel Martyn, Robert Pires, Maniche dan Mido adalah sebahagian nama-nama besar yang tiada lagi musim depan, sama ada bersara ataupun meninggalkan kelab England untuk mencari kelab baru dalam liga lain di seluruh dunia.
Kehilangan mereka bakal digantikan dengan kelibat muka-muka baru seperti Tomas Rosicky untuk Arsenal selain barisan baru pemain, Chelsea yang diketuai oleh Andriy Shevchenko dan Michael Ballack.
Selain pasukan pesaing hebat EPL, Chelsea dan Arsenal, dua lagi kelab utama, Manchester United dan Liverpool agak sepi dari membicarakan mengenai pembelian lain yang dulunya sering menjadi tumpuan seluruh peminat dunia tatkala mereka mewah berbelanja.
Liverpool hanya mendapatkan Anthony Le Tallec dari Sunderland dan menghantar pulang penyerang kurang berkesan, Fernando Morientes kembali ke Sepanyol untuk bersama Valencia manakala United yang kempunan mendapatkan John Obi Mikel daripada Chelsea, hanya membawa masuk pemain tidak terkenal, Jonathan Spector dari Charlton Athletic.
Mereka meminjamkan Tim Howard kepada Everton sementara pemain pertahanan, Quinton Fortune dilepaskan.
Apapun perpindahan pemain ini dijangka akan memuncak selepas Piala Dunia nanti apabila pengurus daripada kelab yang mempunyai peruntukan besar, masih memiliki masa untuk mendapatkan tandatangan di saat akhir.
Pastinya pentas Piala Dunia kali ini menjadi medan terbaik buat pemain muda dan baru menampilkan karektor sebenar mereka supaya dapat memikat dan meletakkan tanda harga lebih tinggi di pasaran pemain di Eropah terutama Liga Perdana Inggeris.
FAKTA
PERPINDAHAN PEMAIN KELAB-KELAB UTAMA EPL
Arsenal
Masuk: Tomas Rosicky (Borussia Dortmund); Justin Hoyte (Sunderland).
Keluar: Robert Pires (Villarreal).
Blackburn Rovers
Keluar: Paul Dickov (Manchester City).
Bolton Wanderers
Keluar: Matt Jansen; Khalilou Fadiga; Oscar Perez; Jay-Jay Okocha; Bruno N'Gotty.
Charlton Athletic
Masuk: Cory Gibbs (Feyenoord); Gonzalo Sorondo (Inter Milan).
Keluar: Jonathan Spector (Manchester United); Shaun Bartlett; Jonatan Johansson; Francis Jeffers; Chris Perry; Jay Bothroyd.
Chelsea
Masuk: Andriy Shevchenko (AC Milan); Michael Ballack (Bayern Munich); Salomon Kalou (Feyenoord); Hilario (Nacional); Jiri Jarosik (Birmingham City), Jon Obi Mikel (Lyn Oslo, RM107.2 juta).
Keluar: Joe Keenan (Willem II); Dean Furman (Rangers); Dean Smith; James Younghusband; Jack Watkins; Maniche (Dynamo Moscow); Lenny Pidgeley (Millwall).
Everton
Masuk: Tim Howard (Manchester United); Andrew Johnson (Crystal Palace, RM57.62 juta); Scott Spencer (Oldham).
Keluar: Duncan Ferguson; Li Tie; Matteo Ferrari (Roma); Sean Wright; Stephen Wynne; James Harris; Christian Seargeant; Paul Hopkins; Laurence Wilson (Chester City; Nigel Martyn (bersara).
Fulham
Masuk: Jimmy Bullard (Wigan Athletic).
Keluar: Alain Goma, Facundo Sava, Adam Green; Darren Pratley (Swansea City).
Liverpool
Masuk: Anthony Le Tallec (Sunderland).
Keluar: Fernando Morientes (Valencia).
Manchester City
Masuk: Joe Hart (Shrewsbury, RM4.02 juta); Paul Dickov (Blackburn Rovers).
Keluar: Kiki Musampa (Atletico Madrid); Albert Riera (Espanyol); David Sommeil (Sheffield United); Geert de Vlieger; Mikkel Bischoff; Tuomas Haapala; Ian Bennett; Karl Bermingham; Paul Collins; Michael Ward (released).
Manchester United
Masuk: Jonathan Spector (Charlton Athletic).
Keluar: Tim Howard (Everton); Quinton Fortune.
Newcastle United
Masuk: Nicky Butt (Birmingham City).
Keluar: Alan Shearer (bersara); Lee Bowyer (West Ham United).
Portsmouth
Keluar: Gregory Vignal (Lens); Sander Westerveld, Aliou Cisse, Andrea Guatelli, Vincent Pericard, Collins Mbesuma; Azar Karadas (Benfica), Ognjen Koroman (Terek Groznyi).
Reading
Keluar: Johnny Mullins (Mansfield Town); Jamie Young.
Sheffield United
Masuk: David Sommeil (Manchester City, free); Chris Lucketti (Preston North End)
Keluar: Craig Short, Brian Deane (bersara); Bruce Dyer, Simon Francis, Alan Wright (dilepaskan)
Tottenham Hotspur
Masuk: Dimitar Berbatov (Bayer Leverkusen, RM73.03 juta); Reto Ziegler (Wigan Athletic); Dorian Dervitte (Lille); Benoit Assou-Ekotto (Lens).
Keluar: Mido (Roma); Goran Bunjevcevic; Noureddine Naybet; Stephen Kelly (Birmingham City); Mounir El Hamdaoui (Willem II).
Watford
Masuk: Scott Loach (Lincoln City); Richard Lee (Blackburn Rovers).
Keluar: Ben Foster (Manchester United); Jamie Hand (Chester).
West Ham United
Masuk: Lee Bowyer (Newcastle United).
Keluar: Lionel Scaloni (Deportivo La Coruna).
Wigan Athletic
Keluar: Stephane Henchoz (dilepaskan); David Thompson (dilepaskan); Reto Ziegler (ke Tottenham Hotspur); Jimmy Bullard (ke Fulham).