Newcastle, Liverpool sama ghairah


MUKADIMAH

SELEPAS menempah kekalahan dalam perlawanan liga tempoh hari, jelas wajah geram terpancar pada pemain Newcastle dan Liverpool yang mahu rampas mata penuh, Ahad ini untuk mencari penawar duka. Berasaskan prestasi hambar Liverpool yang hilang taring di bahagian serangan serta minda kapten, Steven Gerrard yang tampak kurang tenang selepas menghadiahkan gol kemenangan Arsenal, Ahad lalu, Newcastle selaku tuan rumah boleh mengaut kelemahan pihak lawan itu bagi mencari kemenangan bermakna.Apapun keputusan seri tampak penyudahan yang bakal disaksikan di St James Park.


NEWCASTLE United mencuri N'Zogbia dari Le Havre dalam suasana kontroversi pada Ogos 2004. Le Havre mengemukakan bantahan kepada Persekutuan Bola Sepak Perancis dan FIFA dalam usaha menafikan penghijrahannya ke Magpies.

Sekalipun FA Perancis enggan me ngiktiraf perhijrahan itu, FIFA se baliknya. Pemain tengah itu menyertai latihan Le Havre ketika berusia 11 tahun tetapi pada usia 18 tahun membelakangi pasukan itu apabila mengikat kontrak dua tahun dengan Newcastle.

Newcastle hanya membayar pam pasan 250,000 pound (RM1.73 juta) untuk mendapatkan khidmatnya. United begitu menyanjung tinggi N'Zogbia dan dalam masa dua minggu dia berada dalam skuad utama serta beraksi dalam Liga Perdana.

Dia membuat penampilan sulung sebagai pemain gantian ketika menang 3-0 ke atas Black burn Rovers pada pertengahan September 2004.

Larian-lariannya di sebelah sayap kiri seringkali mengucar-kacirkan kubu lawan serta hantaran-hantaran tepatnya mampu membuatkan barisan serangan sama ada Shearer mahupun Shola Ameobi tersenyum puas menyempurnakan gol.



ANDA merasakan dia mampu memberikan yang terbaik namun Luis Garcia masih belum mampu memenuhinya tatkala ruang buatnya untuk mempertingkatkan prestasinya masih ada.

Larian dan skilnya memang mengagumkan dan mempersonakan namun bagi setiap larian sebegitu ada kekurangannya dengan hantaran yang tidak tepat serta percubaannya yang terserong.

Luis Garcia mula menunjukkan bakatnya di Barcelona sebelum dibeli Real Valladolid. Selepas gagal memikat pengurusan pasukan, dia dipinjamkan ke Toledo.

Perancang tengah skuad kebangsaan Sepanyol itu kemudian menyertai Tenerife sebelum Atletico Madrid membelinya dari Valladolid (2002).

Pemain sayap kiri yang suka menunjuk-nunjuk, melepasi pertahanan lawan dan merembat kencang kembali ke Nou Camp beraksi bersama Barcelona pada musim 2003-04 sebelum berpindah ke Liverpool pada Ogos 2004.

Perlawanan sulung buat Liverpool hadir ketika menang 1-0 ke atas Bolton Wanderers dan menjaringkan gol dalam penampilan keduanya ketika mengatasi West Bromwich 3-0 di gelanggang sendiri.

DATA
CHARLES N'ZOGBIA
TARIKH LAHIR: 28 Mei 1986
ASAL: Perancis
UMUR: 19 tahun
KELAB: Newcastle United
POSISI: Midfield
PERLAWANAN: 22
JARINGAN: 4 (Musim 2005-06)

DATA
LUIS GARCIA
TARIKH LAHIR: 24 Jun 1978
ASAL: Badalona, Sepanyol
UMUR: 27 tahun
KELAB: Liverpool
POSISI: Midfield
PERLAWANAN: 27
JARINGAN: 5(Musim 2005-06)







Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768