
GAMBARAN yang terpancar di wajah Sir Alex Ferguson dan anak didiknya dari Manchester United, sejurus selepas membelasah Wigan 4-0 dalam dalam final Piala Liga di Cardiff menceritakan betapa rasa puas daripada terus kempunan tanpa koleksi trofi.
Pasukan yang kaya tradisi bola sepak lnggeris dari Old Trafford ini seperti bimbang dipalit rasa malu andai menyudahkan musim tanpa gelaran dan ia membangkitkan rasa geram sehingga meledakkan empat go1 memastikan mahkota itu - walaupun tidak sehebat piala kejuaraan liga atau pun Piala FA - menjadi milik mereka selepas kemarau dua musim.
la adalah kemenangan kedua bagi United dalam Piala Liga selepas kejayaan terakhir pada 1992 selepas menewaskan Nottingham Forest 1- 0 pada 2 April tahun berkenaan hasil jaringan tunggal Brian McClair.
Bagi Ferguson gelaran terakhir ini meningkatkan trofi kemenangan selaku pengurus kepada jumlah 25 yang menjadi bahan cemburu rakan sejawatan lain di England. Dia menyifatkan kemenangan Ahad lalu sebagai musim yang berjaya di sebalik rasa kecewa United gagal dalam pentas Eropah dan juga kejuaraan tempatan termasuk Liga Perdana lnggeris yang makin jauh daripada cengkaman.
"Walau apa sekalipun usaha berjaya memenangi satu trofi dianggap cukup baik. Anda harus beranggapan ia musim yang hebat.
Ada pasukan yang baik tidak akan memenangi trofi musim ini. Bagi kami ia istimewa," kata pengendali berasal dari Scotland itu.
Wayne Rooney yang menjaringkan dua go1 dan diumumkan pemain terbaik jelas gembira dapat memenangi pingat pertama dalam kerja profesional serta menamatkan kemarau tanpa jaringan dalam 12 perlawanan.
"Saya bertindak agresif kerana tidak menjaringkan gol. Tiada apa yang lebih indah bagi saya menamatkan kemarau jaringan dalam perlawanan akhir seperti ini," kata penyerang yang bakal mengetuai cabaran England dalam Piala Dunia 2006 di Jerman nanti.
Tahukah Anda?
PIALA Liga diperkenalkan pada musim 1960-61 sebagai kejohanan di pertengahan minggu menggunakan lampu limpah di gelanggang. Pada awal kejohanan ini dimulakan ia tidak dapat menarik penertaan pasukan ternama tapi apabila pemenang dijanjikan mendapatkan tiket automatik ke Piala UEFA ia mendapat sambutan hangat dengan penyertaan angka lebih besar. Liverpool adalah kelab paling banyak memenangi trofi ini dengan tujuh kali muncul juara termasuk empat gelaran berturut-turut pada awal 1980-an.