Fowler mahu bukti kesetiaan


PERTEMUAN Liverpool dan Manchester City di Anfield dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) hujung minggu ini mungkin dilihat kurang mempesonakan buat tontonan berbanding cabaran sebenar di Liga Juara-Juara Eropah menentang Benfica ketika skuad Reds mahu mempertahankan kejuaraan mereka.

Bagaimanapun ia mungkin berbeza buat penyerang Liverpool, Robbie Fowler apabila dia akan bertemu buat kali pertama menentang bekas pasukannya selepas perpindahan percuma ke Liverpool pada penghujung Januari lalu.

JERITAN Fowler menceritakan
dia bersedia membenamkan
kelab lama, Manchester
City di Anfield,
Ahad ini.


“Sasaran nyata buat saya ialah untuk beraksi baik buat pasukan ini. Itu adalah sasaran utama bagi menjadikan Liverpool lebih berjaya. Saya yakin mampu melakukannya dan dengan pa sukan ini saya fikir semua tidak mustahil.

“Sudah lama saya menantikan saat untuk kembali dan mahu kembali bertahan di sini untuk tempoh lebih lama,” katanya yang juga anak didik Liverpool sejak berusia 11 tahun.

Reds kini dilihat selesa di EPL apatah lagi mendapat suntikan moral se lepas menewaskan dua musuh utama sepanjang dua minggu lalu dimulakan dengan kemenangan tipis 1-0 menewaskan Wigan, Arsenal dan terbaru Manchester United dalam pertemuan Piala FA.

Pengurus Rafael Benitez berharap dapat menyudahkan minggu paling sempurna kali ini selepas tewas kepada Benfica, 1-0 kelmarin sambil mengakui pemainnya tertekan dengan jadual padat namun dia percaya kemena ngan mampu mengembalikan semangat dan kecergasan pemainnya.

“Kejayaan menewaskan pasukan sebaik Arsenal dan Manchester United sentiasa memberi keyakinan tambahan buat kami,” katanya.

Di kem Manchester City, sekali lagi sentuhan penyudah Andy Cole dan Darius Vassel ditagih untuk merobek bentang kebal Liverpool dan himpunan 18 gol daripada kedua-dua penyerang itu terutama 10 gol oleh Cole boleh menentukan kesudahan pertemuan itu.

DATA
ROBBIE FOWLER

UMUR: 31 tahun (09 April 1975)
ASAL: Toxteth
POSISI: Penyerang
REKOD PERLAWANAN: 335
GOL: 171
KELAB: Liverpool
KELAB LAMA: Leeds United, Manchester City


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768