Kerusi panas England idaman ramai



SEGALA-GALANYA bermula dengan hanya perbualan bersahaja Sven Goran Eriksson dengan 'wartawan' yang menyamar sebagai hartawan dari Arab, namun semuanya berubah dengan sekelip mata buat pengurus England dari Sweden itu.

Jika lima tahun lalu, kontroversi muncul berikutan pelantikan jawatan paling panas dalam bola sepak England itu, kini ia berubah kepada siapakah bakal pengganti Eriksson yang mengambil pendirian bersara sejurus selepas Piala Dunia Jun ini di Jerman.

Sebaik pengunduran jurulatih disifatkan paling berjaya mengemudi England dalam bola sepak moden itu, peminat mula menunggu siapakah muka baru bakal memegang jawatan itu dengan nama-nama besar dari England dan seluruh dunia sentiasa menghiasi dada akhbar.

Antara dikaitkan termasuk pengurus Manchester City, Stuart Pearce; pengurus Charlton, Alan Curbishley; Sam Allardyce dari Bolton; bos Middlesbrough, Steve McLaren; Martin O’Neill yang juga bekas pengurus Celtic dan ramai lagi.

Itu tidak termasuk jurulatih luar seperti pengurus Arsenal dari Perancis, Arsene Wenger; Guus Hiddink yang kini bersama PSV Eindhoven dan Australia selain jurulatih Portugal yang pernahmembawa Brazilmemenangi Piala Dunia, Luiz Filipe Scolari.

Bagaimanapun tekanan mula timbul sama ada England wajar mengambil jurulatih dari luar walaupun Eriksson ada menyuarakan hasrat mahukan Guus Hiddink dan Persekutuan Bola Sepak England (FA) juga ada berura-ura mahu mencari pengganti dari kalangan jurulatih luar.

“Ini adalah masa buat bos dari Britain,seorangyangfahamkehendak kita, kepercayaan dan komitmen,” kata pengerusi Liga Perdana Inggeris, Dave Richards seorang daripada tiga panel yang akan mencari pengganti Eriksson memperkukuh kenyataan bahawa pengurus England yang baru adalah daripada kalangan warga British.

Bagaimanapun cakap-cakap itu berterusan walaupun FA sendiri mengatakan mereka masih dalam proses mencari pengganti sesuai dan semuanya akan terjawab nanti sebaik England menamatkan saingan di Piala Dunia.

DATA
SVEN GORAN ERIKSSON
UMUR:
58 tahun (5Februari 1948)
ASAL: Torsby, Sweden
KERJAYA:
1976: Degerfors (Penolong Jurulatih)
1977-78: Degerfors (Jurulatih)
1979-82: IFK Gothenburg
1982-84: Benfica
1984-87: AS Roma
1987-89: AC Fiorentina
1989-92: Benfica
1992-97: Sampdoria
1997-2000: SS Lazio

FAKTA
SENARAI PENGURUS ENGLAND

SIR WALTER WINTERBOTTOM - 1946-62
SIR ALF RAMSEY - 1963-74
JOE MERCER - 1974 - P
DON REVIE - 1974 - 77
RON GREENWOOD - 1977-82
SIR BOBBY ROBSON - 1982-90
GRAHAMTAYLOR - 1990-93
TERRY VENABLES - 1994-96
GLENN HODDLE - 1996-99
HOWARD 1999-2000
WILKINSON - P
KEVIN KEEGAN - 1999-2000
PETER TAYLOR - 2000-P
SVEN-GORAN ERIKSSON - 2001-SEKARANG

(P) = Pemangku Pengurus



Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768