Henry, Shearer peledak sensasi


MEMASUKI usia tujuh tahun bersama Arsenal, penyerang prolifik Perancis, Thierry Henry boleh digelar mesin pencipta jaringan terbaik buat kelab berpangkalan di Highbury itu selepas mencatat 197 jaringan hingga kini.

Di Liga Perdana Inggeris (EPL), dia bagaimanapun masih jauh untuk mengejar kedudukan legenda Newcastle dan England, Alan Shearer yang mencipta sejumlah 254 gol buat dirinya sejak 1992 dan hingga kini penyerang veteran itu masih berbisa.

Bagaimanapun Henry yang juga generasi baru pemain EPL memiliki pencapaian yang harus dicemburui lawan tatkala memadam pelbagai rekod kelabnya Arsenal yang dulunya bermegah memiliki penyerang tulen, Ian Wright.

Pada Selasa, 8 Oktober 2005 dia buat pertama kali memadam rekod milik Wright dengan 185 gol buat Arsenal selepas menentang Sparta Prague dan sehingga kini dia sudah mencipta 197 jaringan dan mampu melakukannya lagi berdasarkan jumlah jaringannya di EPL musim ini. Henry bagaimanapun masih merendah diri dengan pencapaiannya malah tidak menganggap dirinya 'penyerang semula jadi' seperti di labelkan ramai peminat, pemerhati, pemain malah jurulatih bola sepak ternama.

“Bos (Arsene Wenger) mengenali saya sebagai penyerang tengah (di Monaco). Tetapi saya bermain sebagai pemain sayap (di Juventus) dan tidak banyak menjaringkan gol.

“Memang lucu apabila saya tiba di sini dan untuk tahun pertama, kedua, ketiga dan empat, ramai mengatakan saya bukan penyerang semula jadi. Memang saya bukan penyerang semula jadi, tapi saya rasa saya boleh menjaringkan gol,” katanya.

Mungkinkah Henry sekali lagi mampu memecah rekod Shearer, penyerang berumur 36 dengan ramuan tersendiri apabila kekal sebagai penjaring hebat walaupun sudah bermain selama 19 tahun di EPL sejak penampilan pertama bersama Southampton pada 1987.

REKOD JARINGAN EPL
(bermula musim 1992/93)

ALAN SHEARER - 254
ANDY COLE - 184
ROBBIE FOWLER - 154
THIERRY HENRY - 150
LES FERDINAND - 149
TEDDY SHERINGHAM - 143
MICHAEL OWEN - 125
DWIGHT YORKE - 122
JIMMY FLOYD HASSELBAINK - 120
IAN WRIGHT - 113

THIERRY HENRY
DATA
UMUR: 29 tahun (17 Ogos 1977)
ASAL: Paris, Perancis
POSISI: Penyerang
KELAB: Arsenal
MENYERTAI ARSENAL: 03 Ogos 1999
PENAMPILAN PERTAMA:
mln Leicester City (7 Ogos 1999, menang 2-1)
KELAB LAMA: Monaco, Juventus
REKOD:
Gol terbanyak keseluruhan - 197
Gol EPL terbanyak - 150 gol
Gol liga terbanyak - 150 (bersama Cliff Bastin)
Gol peringkat Eropah terbanyak - 38
Gol Liga Juara-Juara Eropah terbanyak - 31
Gol terbanyak EPL dalam
semusim - 30 Thierry Henry
2003/2004 (sebelumnya Ian
Wright, 23 gol pada musim
1993/94 & 1996/97)

ALAN SHEARER
DATA
UMUR: 36 tahun (13 Ogos 1970)
ASAL: Gosforth, Newcastle
POSISI: Penyerang
KELAB: Newcastle
KELAB LAMA: Southampton, Blackburn Rovers
REKOD JARINGAN KELAB:
Southampton (1987-1992: 43 gol)
Blackburn Rovers (1992-1996: 130)
Newcastle United (1996-sekarang: 192 gol)
REKOD: Penjaring terbanyak EPL - 254 gol


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768