Crouch, Cole 'ginseng' baru buat England


WALAUPUN Piala Dunia hanya akan bermula Jun depan di Jerman, namun skuad kebangsaan England sudah awalawal lagi disebut bakal menghadirkan impak tersendiri sebagai barisan yang memiliki ramuan membawa pulang trofi paling berprestij itu buat kali kedua selepas lakaran sejarah selaku juara pada 1966.

Telahan itu pastinya berkisar kepada kekuatan barisan pemainnya yang saban hari semakin meningkat bukan saja di saingan sengit Liga Perdana Inggeris, malah pelbagai perlawanan penting yang mewarnai bola sepak global tahun lalu.

Peter Crouch, bintang tinggi lampai Liverpool dan pemain tengah penuh berkaliber, Joe Cole dari Chelsea adalah pemain dengan elemen terpenting buat England di pentas saingan Piala Dunia nanti bagi menepati status antara terbaik di samping Brazil, Jerman serta Argentina.

“Mungkin (Crouch) bukan pemain bola sepak paling bergaya dunia tapi dia begitu istimewa. Semestinya saya mahu Peter Crouch menjaring kan banyak gol tapi ia tidak mengubah haki kat bahawa dia begitu istimewa,” kata jurula tih England, Sven-Goran Eriksson memuji persembahan Crouch walaupun pada awalnya kema rau jaringan bersama Liverpool mahupun England.

Tapi, pemain dengan ketinggian melebihi dua meter itu membuktikan dia sebenarnya memiliki kualiti sama seperti penyerang handalan dunia lain walau pernah disifatkan Ian Wright 'perlu lebih tamak' untuk memburu jaringan gol.

Berbeza dengan Cole, pemain kesayangan Jose Mourinho di Stamford Bridge itu kembali menyinari EPL dengan permainan bermutu selepas menerima tunjuk ajar pengurus berbangsa Portugal itu sejak dua tahun lalu malah bukan sedikit melabelkannya sebagai pemain yang boleh memberi impak besar buat England pada Piala Dunia nanti.


DATA
PETER CROUCH
UMUR:
25 tahun (30 Januari 1981)
ASAL: Macclesfield
POSISI: Penyerang
KELAB: Liverpool
KAPS: 4
GOL: 0
PENAMPILAN PERTAMA: Menentang Colombia (Mei 2005) CHRIS WADDLE
NAMA SEBENAR: Christopher Roland Waddle
UMUR: 46 tahun (14 Disember 1960)
ASAL: Heworth dekat Gateshead, England
KELAB: Newcastle United, Tottenham Hotspur, Marseille, Sheffield Wednesday, Falkirk, Bradford, Sunderland, Burnley, Torquay
PENAMPILAN EPL TERAKHIR: Wimbledon 1-0 Sunderland (11 Mei 1997)

DATA
JOE COLE
UMUR:
25 tahun (8 November 1981)
ASAL: Islington
POSISI: Tengah
KELAB: Chelsea
KAPS: 29
GOL: 4
PENAMPILAN PERTAMA: Menentang Mexico (Mei 2001)



Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768