Eugene, tarikan baru pentas WWE
WATAK terbaru dalam World Wrestling Entertainment (WWE) yang berjaya memukau jutaan peminat ini berupaya menaikkan rating televisyen malah menjadikan barangan cenderahati keluaran WWE laris bagai pisang goreng panas.
Itulah Eugene - penggusti bermasalah mental, bodoh dan lurus tetapi hebat di gelanggang.
Label ‘penggusti istimewa’ mengikut pandangan bapa saudaranya, Pengurus Besar RAW, Eric Bischoff menyebabkan Eugene dianggap memalukan keluarga dan pelbagai usaha dilakukan Bischoff untuk memaksanya keluar dari WWE.
Tapi Eugene membuktikan yang dia juga mampu melakukan apa yang boleh dilakukan penggusti hebat lain walaupun memiliki kekurangan ‘mental’ termasuk mengalahkan Kane dan Jonathan Coachman dalam kerjaya pendeknya tahun ini.
Semua tahu itu adalah lakonan untuk menarik perhatian peminat sukan popular di Amerika Syarikat itu namun kehadiran Nick Dinsmore yang memulakan kariernya sebagai penggusti USWA (United States Wrestling Association) mendatangkan impak tersendiri.
Sejak diperkenalkan tahun ini, Eugene yang mempunyai karakter berlainan sama sekali dengan bintang-bintang WWE berjaya memikat peminat tersendiri walaupun pengurusan WWE banyak dikritik kerana dikatakan memperbodohkan golongan kurang bernasib baik dan boleh membunuh karier Dinsmore sendiri sebagai penggusti profesional.
WWE bagaimanapun mempertahankan tindakannya menjadikan Eugene sebagai ‘seorang bermasalah mental yang mengimpikan kehebatan sebagai penggusti profesional’ lantas menjadikannya hero kepada peminatnya.
“WWE mahu menggambarkan karakter Eugene sebagai hero kepada mereka yang senasib dengannya di seluruh dunia (kebanyakannya peminat WWE) yang terpaksa menghadapi cabaran untuk hidup dalam dunia yang hanya diambil mudah oleh kebanyakan orang.
“Eugene di sebalik kekurangannya akan berpeluang untuk untuk mencapai impiannya bergelar penggusti profesional. Cerita Eugene di harap akan memberi galakan kepada mereka yang senasib dengannya untuk sedaya upaya cuba mencapai impian masing-masing walaupun tidak seperti orang lain,” jelas kenyataan yang dikeluarkan WWE.
EUGENE
NAMA SEBENAR: Nick Dinsmore
ASAL: Jeffersonville, Indiana
UMUR: 29 tahun (17 Disember 1975)
TINGGI: 180m
BERAT: 103kg
PENAMPILAN PROFESIONAL: 1997
JURULATIH: Danny Davis
GERAKAN PEMUSNAH: German Suplex
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|