Dua tindakan penyudah Gunn berbisa
TAHUKAH anda Billy Gunn ialah ahli gusti tag team terbaik dunia pernah dilahirkan World Wrestling Federation (WWF)?. Dia memenangi 10 kejuaraan utama WWF/WWE bersama beberapa pasangan termasuk adiknya, Bart Gunn yang memenangi tiga gelaran.
Kehebatannya tidak terhenti di situ apabila menyertai pula D-Generation X selain pasangan paling ganas tetapi berjaya di World Wrestling Entertainment (WWE) – The Road Dogg yang memenangi lima kejuaraan utama.
Penampilan Billy tidak hanya bersandar kepada kekuatan pasangannya yang dibuktikan apabila D-Generation X dibubarkan, ramai peminat sukan itu merasakan dunia kejayaan Billy juga akan berakhir di situ.
Namun tetapi tidak bagi ahli gusti degil itu yang menyifatkan kerjayanya sebagai ahli gusti hebat baru saja bermula dan pada 2001 dan 2002 dia sekali lagi membuktikan mampu melakukannya dengan meraih dua lagi kejuaraan utama tag team bersama Chuck Palumbo.
Walaupun bukanlah 'pelakon' utama di WWF, pasangan adik beradik itu tetap mantap dalam menetapkan sasaran mereka bergelar juara sukan yang diminati jutaan peminat di Amerika Syarikat (AS) itu.
Dengan ketinggian dan susuk tubuh mantap, Gunn dengan mudah mengangkat dan menghempaskan lawannya ke lantai, ia tidak termasuk dua tindakan penyudah yang menyebabkan lawan gerun – Pile Driver dan 'Spike Pile Driver'.
DATA EpG
BILLY GUNN
NAMA SEBENAR: Monty Sopp
ASAL: Austin, Texas
BERAT: 120kg
TARIKH LAHIR: 1 November 1963
PENAMPILAN PERTAMA: 1992
PENCAPAIAN:
Juara antara benua WWE
Tiga kejuaraan WWE tag team
bersama Bart Gunn
Lima kejuaraan WWE tag team
bersama Road Dogg Jesse James
Dua kejuaraan WWE tag team
bersama Chuck Palumbo
Dua kejuaraan WWE Hardcore
Championships Juara King of the Ring 1999
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|