Matt ikut kata hati, perasaan
Susunan Azidan Nahar
NAMA Matt Hardy pastinya tidak dapat dipisahkan dengan pasangannya Jeff Hardy dalam dunia gusti antarabangsa dan pasangan Hardy Bozy itu pernah melakar sejarah World Wrestling Federation (WWF) ketika pertemuan menentang Edge dan Christian pada 1999.
Pasangan ini adalah tag team terunggul pernah dilahirkan WWF namun bakat mereka selaku penggusti individu juga berada dalam dunia tersendiri yang jarang dapat dilakukan banyak lagi pasangan penggusti hebat dunia.
Dibesarkan bersama, Matt dan Jeff adalah peminat utama legenda gusti - Fabulous Freebirds dan sebaik saja menghabiskan pengajian di Sekolah Tinggi Union Pines, mereka memulakan karier sebagai penggusti solo pada 1997.
Tidak lama selepas itu pasangan adik beradik itu bersatu dengan Michael Hayes di bawah pengaruh Freebird untuk mengatasi cabaran Acolytes bagi menghadiahkan gelaran tag team pertama mereka pada 29 Jun 1999.
Walaupun mereka berdua adalah juara dunia empat kali, Matt juga memperoleh kejayaan dalam penampilannya secara solo seperti yang dilakukannya ketika menentang Crash Holly pada 2000 ketika pertarungan Kejuaraan Hardcore.
Matt lebih menyerlah bukan saja dengan berjaya membuktikan kehebatannya di gelanggang malah dia tetap dihormati di luar kerjayanya apabila sanggup meninggalkan pengajiannya dalam bidang kejuruteraan untuk menumpukan perhatian dalam sukan yang amat diminatinya itu.
Tidak kira dalam pertarungan menggunakan tangga ketika berhadapan adiknya sendiri, pertarungan hard core ataupun membina bangunan 100 tingkat, pendekatan Matt terhadap sebarang cabaran adalah berdasarkan hati dan perasaannya yang membolehkan dia berada pada tahap tersendiri berbanding ramai lagi penggusti lain.
Dengan itu, tidak hairanlah, Matt sanggup berpisah bukan saja dengan adiknya malah dirinya sendiri yang menjadi kebanggaan peminatnya sebelum ini kerana merasakan Hardy Bozy sudah mencapai segalanya sebagai satu tag team tetapi bukan bagi dirinya sendiri.
DATA EpG
MATT HARDY
NAMA SEBENAR: Matthew Moore Hardy
TINGGI: 190sm
BERAT: 95kg
TARIKH LAHIR: 23 September 1974
ASAL: Cameron, Carolina Utara
NAMA LAIN: Surge The Destroyer, High Voltage dan Ignitus
MULA TERBABIT: 1992
GERAKAN PEMUSNAH: Twist of Fate
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|