Cena miliki bakat penghibur
JARANG dijumpai ahli gusti yang memasuki gelanggang dengan penampilan 'walk the walk and talk the talk. Tapi John Cena adalah seorang daripadanya. Sambil menggunakan kelebihannya beraksi di gelanggang dan mikrofon dengan acara yang unik, Cena menghabiskan masa-masa awal dalam WWE dengan mencabar yang terbaik dalam bisnis itu.
Sebagai bekas bintang ragbi Amerika di Springfield College, Cena menghabiskan kerjaya kolejnya dalam dua aktiviti yang ternyata kemudian membantunya dalam bidang gusti - berlatih dan menyanyi rap. Sekarang dia melakukannya di depan berjuta-juta penonton setiap minggu dan dianggap sebagai seorang daripada bintang muda paling popular.
Cena mendakwa dirinya sudah bergelar legenda. Walaupun isu masih menjadi perdebatan, memang tidak dinafikan dia mempunyai bakat menjadi seorang legenda suatu hari nanti. Dan seperti kebanyakan legenda, Cena menggunakan pentas besar untuk menampilkan satu daripada kerjaya gemilangnya apabila menewaskan Big Show dalam pertandingan WrestleMania XX untuk takhta pertamanya - United States Championship!
Kita sebenarnya hanya perlu melihat sekali imbas kepada Cena untuk menyedari yang dia sememangnya atlit berbakat. Cena mula berlatih sejak berusia 15 tahun sebelum menamatkan pengajian dengan ijazah dalam psikologi senaman. Dia juga turut beraksi dalam pertandingan bina badan.
Tetapi apa yang kebanyakan daripada kita tidak tahu mengenai Cena dengan hanya melihatnya ialah dia sememangnya mempunyai bakat sebagai seorang rapper. Dia melakukannya sejak berusia belasan tahun sebelum menampilkan bakatnya kepada penonton WWE di seluruh dunia.
Justeru, dengan keupayaan atletiknya yang mengagumkan serta karisma semula jadi, tidak hairan Cena - yang dalam usia 20an - menjadi bintang terpanas SmackDown!
DATA EpG
JOHN CENA
NAMA SEBENAR: Jonathan Felix Anthony Cena
TARIKH LAHIR: 23 April 1977
TEMPAT LAHIR: West Newbury, Massachusetts
KETURUNAN: Itali
ADIK-BERADIK: 3
TINGGI: 6'1"
BERAT: 240lbs
GERAKAN PEMUSNAH: F-U (Death Valley Driver)
KEMUNCAK KERJAYA: UPW Champion; OVW Southern Tag Team Champion; OVW Heavyweight Champion
INSPIRASI: The Rock, 'Stone Cold' Steve Austin, Hulk Hogan
KESUKAAN AKTOR: Harrison Ford
AKTRESS: Marge Simpson
WAYANG: Star Wars
MAKANAN: Ice Cream
HOBI: Bina Badan
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|