Adegan panas Jacqueline


DI kalangan ahli gusti wanita World Wrestling Entertainment (WWE), Jacqueline sentiasa dianggap sebagai wanita paling kuat. Malah, tubuh sasanya kadang kala boleh menyaingi kebanyakan ahli gusti lelaki dalam WWE. Hakikat ini tidak menghairankan kerana dia memang diketahui kerap beraksi dengan kebanyakan ahli gusti lelaki di gelanggang.

Selain kategori wanita, Jacqueline juga kerap mengambil bahagian dalam acara tag-team campuran dengan bergandingan bersama ahli gusti lelaki. Tapi, selain itu, diva cantik ini lebih kerap menghabiskan masa sebagai pengadil - membuktikan yang dia memang berbakat dalam satu lagi aspek dunia gusti.

Jacqueline mula bergusti untuk WCCW yang berpangkalan di Texas dan USWA selama enam tahun dengan menggunakan nama samaran 'Sweet Georgia Brown' dan kemudian 'Miss Texas'. Dia menjadi wanita pertama diletakkan dalam ranking PWI, sebahagian besarnya kerana keupayaannya bergusti menentang ahli gusti wanita atau lelaki.

Dalam sejarah kerjayanya, ahli gusti wanita berkulit hitam ini mempunyai perseteruan hebat dengan Sable. Perseteruan kedua-dua ahli gusti itu berlanjutan sehingga berbulan-bulan. Tapi Jacqueline akhirnya dapat membalas dendam apabila menewaskan Sable dalam perlawanan merebut takhta tali pinggang kejohanan wanita WWF. Begitupun, dia hanya dapat memegang tali pinggang juara itu selama dua bulan saja sebelum kehilangannya kepada Sable.

Begitupun, satu-satunya peristiwa yang kebanyakan orang tidak tahu ialah Jacqueline pernah mendedahkan buah dadanya ketika bergusti. Ia berlaku ketika pertarungan Capital Carnage PPV 1999 yang disiarkan hanya di United Kingdom dengan ahli gusti wanita itu dikatakan separuh bogel ketika beraksi. Walaupun Sable pernah dianggap sebagai menggoda dengan pakaian renangnya serta pe-rnah muncul dalam majalah Playboy, Jacqueline yang sebenarnya menjadi ahli gusti yang sanggup beraksi separuh bogel.

Bagaimanapun, tanpa mengambil kira tindak tanduknya itu, Jacqueline tetap dianggap sebagai salah satu daripada ahli gusti wanita yang terbaik dan kita mungkin menyaksikan sesuatu daripada ahli gusti yang berani ini.

DATA EpG

JACQUELINE

KEMUNCAK KERJAYA: Juara Wanita
NAMA SEBENAR: Jacqueline Moore
TARIKH LAHIR: 6 Januari 1966
TEMPAT LAHIR: Dallas, Texas
PENDIDIKAN: Placer High School, Yuba College, Idaho State (Physical Education)
PENCAPAIAN: Wanita pertama menduduki kelompok teratas PWI 500 ahli gusti.
HOBI: Angkat berat, membeli belah dan mengunjungi muzium seni
AKTOR: John Travolta dan Nicholas Cage
AKTRES: Marilyn Monroe
ATLIT: Muhammad Ali
PENYANYI: Janet Jackson
KARATER KARTUN: Bugs Bunny
MAKANAN: Stik dan sup
MAKANAN SEGERA: Hamburger dan kentang goreng
WAYANG: Some Like It Hot dan Slingblade
SUKAN LAIN: Bola sepak, tinju dan hoki ais


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768