Foley miliki semangat juang tulen
LEGENDA gusti ini memang dilahirkan menjadi seorang penggusti yang amat dikagumi di seluruh dunia dengan keberanian dan aksi bahayanya yang mampu menggerunkan setiap lawan tetapi menghiburkan jutaan peminat sukan berbentuk hiburan itu.
Ketika remaja, Foley sudah menunjukkan minat terhadap sukan ganas berkenaan dengan menjadikan Jimmy 'Superfly' Snuka yang terkenal dengan aksi 'terbangnya' ketika itu sebagai idola yang amat diminati dan dikaguminya.
Demi minatnya, Foley mencipta karektor 'Dude Love' yang sinonim dengan sehingga kini sebelum dia memasuki dunia gusti profesional dan sanggup merakam aksi bahaya terjun dari bumbung di tempat kelahirannya - Long Island, New York.
Dominic Denucci yang melihat aksi peninju muda itu menerusi rakaman yang dihantar Foley kemudian menawarkan diri untuk melatihnya itu dan hasilnya Foley yang menggunakan panggilan Cactus Jack Manson berjaya mengalahkan Kurt Kaufman dalam perlawanan pertamanya secara profesional.
Foley mula mencipta nama ketika itu walaupun hanya bertarung dalam sirkit bebas hingga 1986 sebelum dapat menunaikan impian sejak kecilnya untuk menyertai World Wrestling Federation (WWF) - tempat berhimpunnya semua penggusti ternama dunia.
Sebalik kejayaannya merangkul satu demi satu kejayaan, Foley tidak terlepas dari pelbagai kecederaan dan yang paling tidak boleh dilupakan ialah pertarungan menentang Juara WCW, Big Van Vader pada 16 Mac 1994 di Munich, Jerman.
Ketika itu kepalanya tersepit antara dua tali di gelanggang dan detik ngeri berlaku apabila kepalanya terlepas dari regangan tali yang cukup kuat itu hingga menyebabkan telinga kanannya terputus manakala telinga kirinya cedera parah.
Penggusti cekal itu tetap meneruskan perlawanan beberapa minit lagi sebelum mengalah kepada lawannya itu yang banyak menggunakan kesempatan membelasah bahagian yang tercedera itu sehingga telinga Foley tertanggal.
Namun Foley yang mempunyai semangat seorang ahli gusti tulen yang tetap meneruskan kerjayanya walaupun kecederaan itu memberikan kesan kecil terhadap deria pendengaran selain hilang keseimbangan badannya.
Ini ditunjukkan dengan kembalinya bekas juara itu ke gelanggang kira-kira sebulan selepas itu walaupun laporan awal mengatakan bahawa dia akan lebih lama lagi untuk melakukan pembedahan terhadap telinganya.
Malah sehingga kini dia tidak menunjukkan tanda-tanda yang dia mengalami masalah berkaitan pendengarannya.
DATA EpG
Michael Francis Foley
ASAL: Long Island, New York
TINGGI: 183sm
BERAT: 130kg
TARIKH LAHIR: 14 Mei 1965
JURULATIH: Dominic DeNucci
MULA TERBABIT: 1983
NAMA PANGGILAN: Cactus Jack, Dude Love, Mankind, Jack Manson, Cactus Jack Manson dan Jack Foley (sempena nama ayahnya)
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|