Guerrero lucu di gelanggang
WALAUPUN ‘Latino Heat’- Eddie Guerrero lahir dalam sebuah keluarga gusti dengan ayahnya, Rory bergusti bersama El Santo di Mexico dia terpaksa menempuh pelbagai ranjau suka duka sebelum berjaya menjadi seorang ahli gusti terkemuka di World Wrestling Entertainment (WWE).
Guerrero memasuki dunia gusti pada lewat 80-an sebagai penggusti bebas sebelum menyertai gusti antarabangsa dengan panggilan ‘Black Tiger’ ketika bergusti di Jepun dan ‘Mascara Magica’ di Mexico bersama seorang lagi penggusti, Benoit - dua ahli gusti terbaik dalam dunia gusti antarabangsa.
Di awal pembabitannya Guerrero berpasangan dengan Art Barr menampilkan gaya penyudah ‘frog splash’ tetapi Barr terbunuh akibat dadah menyebabkan Guerrero mengambil keputusan untuk mengorbankan seluruh masanya dalam gusti sebagai memperingati rakan baiknya itu.
Penggusti dari Texas ini kemudiannya diterima memasuki World Championship Wrestling (WCW) tetapi gagal menaikkan namanya disebabkan politik dalaman sehinggalah pada 1998 apabila dia memulakan gimik dengan menubuhkan ‘Latino World Order’ bersama seorang ahli gusti Sepanyol dan mampu bertahan seketika sebelum dia terbabit dengan dadah.
Setahun selepas itu, Guerrero ditimpa petaka apabila terbabit dalam kemalangan dan mengalami kecederaan parah pada organnya termasuk hati menyebabkan doktor berpendapat yang dia tidak mungkin dapat bergusti lagi.
Tapi dia membuktikannya apabila tujuh bulan selepas itu dia kembali berpasangan dengan Malenko dan Saturn dalam kumpulan penggusti dinamakan ‘Revelution’ tetapi tidak bertahan lama apabila Malenko, Guerrero, Benoit dan Saturn keluar dari WCW dan menyertai World Wrestling Federation (WWF).
Namun, Guerrero berjaya membina imejnya menerusi televisyen dengan gaya ahli gusti berketurunan Sepanyol yang agak lucu menyebabkan dia disukai penonton sebelum berpasangan dengan Chyna dan memenangi gelaran Eropah.
DATAEpG
EDDIE GUERRERO
TINGGI: 170sm
BERAT: 60kg
NAMA SEBENAR: Eduardo Guerrero
TARIKH LAHIR: 9 Oktober 1967
ASAL: El Paso, Texas
NAMA LAIN: Mascara Magica, Black Tiger, El Caliente, "Latin Heat" (WWF)
MULA TERBABIT: 1988
GERAKAN PEMUSNAH: Frogsplash, Lasso From El Paso
PENCAPAIAN: Juara WWE, Tiga Kejuaraan Tag Team WWE, Dua kali Kejuaraan Antarabangsa WWE, Juara WWE Amerika Syarikat, Juara WWE Eropah.
Artikel lain:
|