Pelumba muka baru buat kejutan awal dominasi saingan di Litar Taiping menewaskan pelumba berpengalaman
BERBANDING Litar Kamunting Raya yang menyajikan saingan sulung Kejuaraan Cub Prix Malaysia AAM Petronas Sprinta musim ini, Litar Kluang pasti menghadirkan cabaran lebih getir buat pelumba setiap kategori yang dipertandingkan.
Musim lalu, Ahmad Fazrul Sham mencuri tumpuan apabila menjuarai kelas Expert ketika rakannya dari sepasukan Shell Advance Maju, Md Suhadi Ali Rahmat ketiga manakala manakala pelumba Petronas Sprinta Ah Hong, Md Zamri Baba berkedudukan kedua.
Saingan terakhir menggunakan jentera dua lejang di litar sepanjang 0.947 kilometer itu tampak menjadi milik pelumba Shell Advance Maju pada sepanjang perlumbaan apabila
Fazrul, abangnya Ahmad Fazli Sham dan Suhadi mengorak langkah meninggalkan pencabar lain sejak awal.

Namun saingan bertenaga ditampilkan juara Novis tahun lalu, Md Zamri untuk memintas Fazli dan Suhadi pada pusingan penamat lantas merosakkan impian pasukan berkenaan meletakkan semua pelumbanya di podium.
Hujung minggu ini, Fazrul sekali lagi akan tampil membawa nama besar selaku juara di Taiping dan peminat pastinya ternanti-nanti sama ada dia mampu menghasilkan persembahan serupa untuk muncul juara sekali lagi di Kluang.
INFO
PUSINGAN TERPANTAS
Expert
Catatan terpantas (Tiada - kelas baru)
Novis
Catatan terpantas: Mohd Edzuan Abd Ghani (47.984 saat) -71.049 ksj
Wira epg
Catatan terpantas: Md Emir Firdaus Hassan (47.167) – 72.279 ksj
INFO
KALENDAR MUSIM 2008
Pusingan Litar Tarikh
1 Taiping, Perak 29-30 Mac
2 KLUANG, JOHOR 12-13 APRIL
3 Litar Sepang 3-4 Mei
4 Kota Bharu, Kelantan 6-7 Jun
5 Kuala Terengganu 4-5 Julai
6 Kuching, Sarawak 9-10 Ogos
7 Kota Kinabalu, Sabah 23-24 Ogos
8 Batu Kawan, Pulau Pinang 8-9 November
9 Kangar, Perlis 22-23 November
10 Litar Sepang 6-7 Disember
JADUAL PERLUMBAAN
Sabtu, 12 April
0800-0930 - Pendaftaran semua kelas
1000 - Taklimat pelumba semua kelas
1100-1115 - Latihan Bebas Expert A
1125-1140 - Latihan Bebas Expert B
1150-1205 - Latihan Bebas Wira epg A
1215-1230 - Latihan Bebas Wira epg B
1240-1255 - Latihan Bebas Novis A
1305-1320 - Latihan Bebas Novis B
1320-1400 - Rehat 40 minit
1400-1410 - Latihan Masa Cabaran Honda Wave 125-S
1420-1435 - Latihan Rasmi Wira epg A
1445-1500 - Latihan Rasmi Wira epg B
1510-1525 - Latihan Rasmi Novis A
1535-1550 - Latihan Rasmi Novis B
1600-1615 - Latihan Rasmi Expert A
1625-1640 - Latihan Rasmi Expert B
1650 - Saringan Cabaran Honda Wave 125-S (8 pusingan)
Ahad, 13 April
0930 - Saringan Wira epg A (8 pusingan)
1000 - Saringan Wira epg B (8 pusingan)
1030 - Saringan Novis A (10 pusingan)
1100 - Saringan Novis B (10 pusingan)
1130 - Saringan Expert A (10 pusingan)
1200 - Saringan Expert B (10 pusingan)
1230 - FINAL Cabaran Honda Wave 125-S (10 pusingan)
1300 - Rehat 60 minit
1400 - Ketibaan tetamu kehormat
1410 - FINAL Wira epg (10 pusingan)
1450 - FINAL Novis (12 pusingan)
1530 - FINAL Expert (15 pusingan)