
PERSIS profesional - dari kiri Ain,
Ekin dan Estelle.Ain, Ekin dan Estelle tak dapat lupakan pengalaman pertama cuba berjinak dengan sukan menembak
DI sebalik raut wajah penuh keyakinan, rupanya ketiga-tiga mereka - model, Estelle dan pasangan pelakon kembar yang dikenali sebagai Ain dan Ekin sentiasa berdebar sepanjang hampir tiga jam menjalani penggambaran mencuba sukan menembak.
Semasa ditemubual, ketiga-tiga mereka mengakui agak gentar apabila mula memegang senjata yang diberikan - pistol dan pump gun di Kelab Menembak Diraja Meru, Klang.
Bagi Ain atau nama sebenar, Nora’ain Rahmat dan Estelle, 28, itu adalah pengalaman pertama mereka menyertai acara menembak.
“Jika salah tekan boleh mati... kerana itu kita tidak boleh cuai,” kata Ain melahirkan kebimbangannya sepanjang penggambaran yang turut ditemani kembarnya - Ekin.
“Takut juga kerana itulah pertama kali pegang senjata. Apatah lagi, apabila dimaklumkan pengajar...`jangan pegang salah nanti boleh tersalah tembak orang’. Lagi membuatkan saya takut hendak pegang (senjata),” kata Estelle pula yang kemudian mengakui lebih selesa selepas mahir dalam acara terbabit.

(Dari kiri) Ekin, Ain dan Estelle tekun
mendengar taklimat Shah Harizal.Ketiga-tiga mereka lebih bernasib baik sesi penggambaran yang dijalankan serentak dengan kehadiran Ahli Radio Amatur yang kebetulan mengadakan sesi latihan dan lantas menaja sedikit peluru dan senjata bagi memberikan `feel’ menembak sepenuhnya.
Malah, dua tenaga pengajar kelab, Shah Harizal Kamarudin dan Sam Chong Chee Kin turut setia melayan kerenah ketiga-tiga mereka menembak bagi mendapatkan bidikan tepat di papan sasar.
Ain yang sebelum ini lebih menceburi boling menganggap menembak lebih mencabar dan sukar diceburi orang awam lain kecuali polis dan askar.
“Sebenarnya susah (menembak) walaupun nampak senang, apatah lagi senjata itu berat rupanya,” kata Ain. “Bukan semua senjata dipandang pistol. Selepas mengetahui sedikit sebanyak aktiviti ini, orang lain tidak boleh tipu kita lagi kerana kita dapat membezakan jenis senjata.”
Bagi Estelle pula, tawaran menyertai acara menembak bagai pucuk dicita, ulam mendatang kerana beliau sudah lama berhasrat mencubanya.
“Ketika menembak, tekanan dan getaran kuat. Apabila senapang diletak di atas bahu pula memang terasa sakit dan lenguh,” kata pemegang tali pinggang hitam karate dan aktif dalam memanjat dinding batu serta gimnasium.
“Menembak adalah kegiatan latihan fizikal dan mental untuk mendapatkan ketepatan bidikan yang memerlukan kerjasama kumpulan. Namun, jangan pula disalah guna kepada benda hidup lain seperti membunuh haiwan,” amaran pencinta haiwan ini.
DATA
Estelle Looi Mei Lin
Tarikh Lahir: 13 September 1979
Tempat Lahir: London
Adik beradik: anak tunggal
Karier: Model, pelakon, Malaysia Universe 2004 (tempat ketiga), pengasas kelas modelling - Beay Calibre
Drama: Mahligai Gading, Gerimis di Hati, Rumah Itu Duniaku, Anna and The King
Atlit Idola
Tempatan : Nurul Huda Abdullah (renang)
Antarabangsa: tiada
Nura’ain Rahmat dan Nora’asikin Rahmat
Tarikh Lahir: 5 November 1979
Asal: Johor Bahru
Adik beradik: anak kedua dan ketiga daripada lima beradik
Kerjaya: penyanyi, model, pelakon dan duta produk kecantikan
Album (Ain): Elite - menggantikan Fiza
Drama (Ain): Mengejar Pelangi, Suite 13.14, Pelangi Putih, Wajah Kekasih, Sonna Anne dan Kawan (berlakon bersama Ekin)
Atlit Idola
Ain:
Tempatan : Koo Kien Kiat (badminton)
Antarabangsa: Cristiano Ronaldo (MU)
Ekin:
Tempatan : Lee Chong Wei
Antarabangsa: Michael Owen (bola sepak)