MIMI seronok bersukan


Acara merentas desa menjadi kegemaran selain bermain bola sepak


SESUAI dengan tugas sebagai Miss Sporty’ yang diberikan untuk rancangan Teman di 8tv setiap Rabu jam 9 malam, Mimi Rahzia Tamin sememangnya seorang yang mengamalkan budaya hidup sihat dan cergas serta gemar bersukan.

Gemar menyertai sukan merentas desa ketika di zaman persekolahan, Mimi yang sekian lama meninggalkan acara itu lantaran kesibukan tugas di awan biru serta melanjutkan pelajaran di kolej mahu meneruskan kembali aktivitinya itu.

Justeru sebaik saja menamatkan pengajian pada penghujung tahun lalu, Mimi terus menghantar penyertaan untuk menyertai acara “Malay Mail Big Walk’ yang akan diadakan depan.

Kesungguhan Mimi menjalani latihan di Taman Jaya, Petaling Jaya untuk menyertai acara itu sempat dirakamkan dalam sesi fotografi bersama Epg.

“Saya gemar acara sukan dan ketika zaman persekolahan di Brunei sering kali saya menyertai kejohanan merentas desa dan selalu juga muncul juara.

“Bagaimanapun selepas sekolah saya menyertai Royal Brunei Airlines sebagai pramugari jadi saya tidak berkesempatan untuk mengikutinya dan ketika menuntut di Kolej juga saya tidak ada masa kerana sibuk belajar.

“Kebetulan selepas tamat pengajian penghujung tahun lalu saya memiliki banyak masa lapang jadi saya tidak melepas peluang untuk menyertai lumba jalan kali ini,” katanya yang turut aktif sebagai model untuk video korporat.

Di sebalik memiliki masa lapang, semangat buat Mimi kembali meneruskan aktivitinya itu lahir kerana terdapat kemudahan untuk berjogging di persekitaran rumahnya.

Selain gemarkan merentas desa, Mimi juga boleh bermain bola sepak dan aktiviti itu dilakukan ketika pulang bercuti di Brunei pada cuti semester.

Menurut Mimi, secara kebetulan bola sepak menjadi trend buat wanita di Brunei dan dia turut sama menyertai aktiviti itu semasa cuti semester.

Mimi yang beraksi di bahagian tengah berkata, dia bermain di posisi itu kerana dia kemampuan berlari dan mengakui tendangannya tidak begitu mantap.



NAMA: Mimi Rahzia Tamin

TARIKH LAHIR: 13 Januari 1979

TEMPAT LAHIR: Brunei Darussalam

KERAKYATAN: Malaysia

PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Kewangan, Universiti Teknologi Sydney, Kolej Taylor.

KERJAYA: Pengacara, Pelakon dan model

FILEM: 9 Sept

DRAMA: Impian Illyana.

PROGRAM: Teman (8TV)



ATLIT IDOLA

Tempatan

Nicol Ann David



Luar negara

Marion Jones (Olahraga)


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768