Azza tak puas dengan go kart


Pengalaman terbabit nahas menjadikan bekas anggota Elit cermat pulas setereng


MENGENALI sukan go kart sejak 10 tahun lalu ketika bersama kumpulan Elite.

DALAM keadaan kurang sihat lantaran diserang asthma, Nor Azzarima Zawari atau lebih mesra dengan panggilan Azza tetap menggagahi kudratnya untuk merakamkan aksi memandu go kart di Litar Go Kart, Extreme Park, Bandar Sunway.

Malah Azza mengakui, andai dirinya cukup sihat ketika itu pasti dia akan memandu sepuas-puasnya.

“Bukan saja keadaan kesihatan tidak mengizinkannya tetapi keadaan cuaca yang hujan juga memaksa sesi penggambaran epg terpaksa diperpendekkan tempohnya.

Kali pertama Azza memandu go kart ialah kira-kira 10 tahun lalu ketika ke Brunei bersama kumpulan Elite dan KRU.

Minat untuk mengetahui sukan itu lahir lantaran sering kali mendengar kehebatan go kart yang diperkatakan rakan sekumpulannya Linda yang kebetulan ketika itu berkahwin dengan pemandu Kefli.

"Linda yang memperkenalkan sukan ini kepada saya dan kebetulan semasa mengadakan persembahan di Brunei, ada litar go kart. Jadi kami tidak melepaskan peluang untuk bermain sukan ini.

“Masa tu pun main suka-suka saja, duduk di belakang orang. Saja mencuba nak tahu apa kehebatan sukan ini sebenarnya dan selepas melalui pengalaman itu, Azza akui ianya sangat menyeronokkan.

"Azza sebenarnya seorang penakut, tidak berani melakukan aktiviti lasak. Ini kerana Azza selalu semput, jadi dalam kepala dah tersemat perasaan takut,” katanya.

Kerana sering merasakan dirinya seorang yang penakut membuatkan Azza menolak pelawaan Maznah Zulkifli untuk mencuba sukan lumba kereta.

“Pengalaman terbabit dengan kemalangan membuatkan Azza menjadi trauma untuk memandu laju dan ketika di jalan raya, Azza begitu cermat dan memandu dengan perlahan,” katanya.


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768