Peluang belajar menghayun di luar jangkaannya

AKMA mendapat bimbingan daripada johanTERKEJUT! itu reaksi Akma apabila diberitahu di berpeluang untuk mempelajari teknik permainan golf.
Perasaan itu hadir lantaran Akma yang dicungkil bakatnya daripada rancangan Akademi Fantasia Tiga (AF3), tidak pernah memasang angan-angan untuk bermain sukan itu.

PERTAMA kali mencuba Akma dapat melakukan hayunan agak baik Baginya golf adalah sukan elit dan hanya mereka yang berkemampuan saja dapat berpeluang untuk menceburi dalam sukan yang semakin berkembang di Malaysia itu.
Sekalipun tidak pernah bermain golf, Akma tetap mengikuti perkembangan semasa sukan itu dan apabila diberi peluang untuk mencuba golf dia terus terbayangkan kehebatan pemain idolanya, Tiger Woods.
“Apabila mencuba pertama kali sukan ini yang terbayang di fikiran saya ialah hebatnya pemain golf nombor satu dunia, Woods (Tiger).
“Ini kerana selepas mempelajari teknik dan corak permainan sukan ini saya dapat rasakan betapa mencabarnya golf,” kata gadis tinggi lampai.
Pada sesi fotografi itu, Akma mendapat bimbingan cara bermain golf daripada Eksekutif Golf Kelab Golf & Country Saujana, Johan Fariz Mohamed Salleh.
Bermula dengan rasa bimbang Akma mula rasa seronok apabila Johan memuji cara pukulannya yang agak baik dan sekali gus melahirkan keyakinan dalam dirinya meneruskan usaha dalam permainan itu.
Akma yang memiliki susuk tinggi lampai adalah seorang yang kuat bersukan ketika zaman persekolahan termasuk menyertai sukan bola sepak ketika berusia 15 tahun dengan mewakili Kuala Lumpur dan cubaan pertama kali itu membawanya kepada gelaran juara.
Penyertaannya dalam sukan bola hanya sekali tetapi minat dalam sukan itu amat mendalam dan dia yang meminati Khalid Jamlus turut mengikuti perkembangan bola sepak Liga Malaysia serta tidak melepas peluang menonton Piala Dunia pada tahun lalu.
DATA
NAMA: Asiahtunakma Abdullah
TARIKH LAHIR:
8 Mac 1985
ASAL:
Kuala Lumpur
ADIK BERADIK:
Keempat daripada enam adik beradik
PENDIDIKAN:
Semester akhir Diploma Muzik, UiTM
LAGU:
Percaya Pada Cinta
TEATER:
Batu Belah
ATLIT IDOLA
Tempatan
Hafiz Hashim (Badminton)
Luar Negara
Tiger Woods (Golf)
PERALATAN DAN KELENGKAPAN: Taylor Made Adidas
LOKASI: Kelab Golf & Country Saujana, Subang