Elyana seronok meluncur ais
ADA rasa sedikit gementar terlakar di wajah penyanyi dan pelakon remaja, Elyana sebaik diberitahu dia perlu bermain luncur ais pada sesi fotografi bersama epg yang diadakan di Sunway Pyramid Ice, kali ini.
Sekalipun Elyana pernah bermain kasut roda dan pengalaman beraksi dalam acara itu dianggap satu kelebihan bagi sesiapa yang tidak pernah bermain luncur ais, penyanyi yang turut dikenali sebagai pelakon itu mengakui ia tidak semudah yang disangkakan.
Apatah lagi dia terpaksa berdepan dengan cabaran beraksi di atas ais yang membuatkan dia perlu berhati-hati kerana bimbang terjatuh.
Bagaimanapun, Elyana beruntung kerana mendapat tunjuk daripada jurulatih Sunway Pyramid Ice, Shazfinas Hashim yang cukup berpengalaman, sekali gus membuatkan keadaan lebih lancar dan apa yang diajar mudah diikuti.
“Mula-mula main rasa takut juga sebab tak pernah mencubanya. Saya ingatkan main luncur ais dengan kasut roda lebih kurang sama tapi lain pula kerana acara ini memerlukan seseorang itu bijak mengawal imbangan.
“Bila dah mula main, rasa seronok sangat tapi saya akui acara ini agak mencabar,” katanya yang popular dengan lagu Diriku Tapak Sulaiman.
Berbicara mengenai kasut roda, sukan lasak yang pernah menarik perhatian Elyana ketika zaman kanak-kanaknya, dia mengakui sudah lama tidak bermain sukan itu, bagaimanapun masih menyimpan kasut dan andai disuruh memakainya masih lagi muat disarung.
Elyana memilih sukan lasak itu kerana sukan itu cukup popular kira-kira lapan tahun lalu, membuatkan dia turut berminat dan sering mengunjungi kawasan di sekitar Tasik Shah Alam bersama rakan-rakan.
DATA
NAMA: Erneelya Elyana Emrizal
TARIKH LAHIR: 5 Julai 1987
ASAL: Shah Alam, Selangor
ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada empat beradik
PENDIDIKAN: SPM (Sekolah Menengah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam)
ALBUM: Satu, Ironi, Segala-Galanya, Bicara Mata Ini
FILEM: Gong
DRAMA: Dunia Baru
TELEMOVIE: Seriau
PENCAPAIAN: Artis Baru Wanita Popular ABPBH 2002, Finalis Artis Harapan Terbaik AIM 2002, Finalis Bakat Baru Terbaik Anugerah Planet Muzik, Singapura 2002
ATLIT IDOLA
Tempatan
Hafiz Hashim (Badminton)
Luar Negara
Cristiano Ronaldo (Bola sepak - Portugal)
Artikel lain:
|
|
Copyright
2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami
sebarang maklum balas
|
|