
FOKUS mencari sasaran sebelum anak panah dilepaskan.SEKALI pandang, sukan memanah kelihatan mudah buat pengacara Wanita Hari Ini, Azizah Ariffin tetapi apabila mencuba baru teruji cabaran sebenarnya.
Bagi Azizah yang mencuba sukan itu di Big-Shot Archery di Maju Junction, acara memanah tidak semudah dijangka dan cabaran mula terasa apabila dia mengangkat busar yang agak berat.
Tanpa teknik yang betul dan tumpuan sepenuh anak panah yang dilepaskan pasti tersasar. Justeru itu untuk bermain sukan itu, ketenangan juga menjadi faktor utama dalam memastikan setiap panahan mengenai sasaran.
“Bila memegang busar terasa berat sampai tangan menggeletar apabila memegangnya. Pertama kali mencuba anak panah yang dilepas sentiasa serong dan tidak menepati sasaran.
“Untuk bermain sukan ini perlu ada kekuatan mental,” kata Azizah mengenai pengalamannya mencuba sukan memanah.
Azizah yang kelihatan cergas dan segar dalam mengendalikan rancangan berkata, walaupun sibuk dengan kerjaya dan tidak dapat menyertai sebarang kegiatan sukan, dia tetap meluangkan masa melakukan aktiviti kecergasan bersama anak-anaknya.
Selain ke gimnasium, dia gemar berjogging kerana mudah dilakukan dan dia kebiasaannya berjogging bersama anak-anak nya di taman dan antara taman yang menjadi destinasi kunjungan adalah Taman Kiara dan sering melakukannya pada hujung minggu sekiranya ada waktu lapang.
Katanya, sebagai pengacara rancangan berbentuk perbinca ngan yang memerlukannya tampil dengan imej sentiasa segar dia perlukan senaman. Walaupun tidak lagi aktif bersukan, Azizah banyak menyertai acara sukan, antaranya badminton dan olahraga ketiga zaman persekolahan.
DATA
AZIZAH ARIFFIN
TARIKH LAHIR: 10 Jun 1969
ASAL: Pulau Pinang
ANAK: Tiga Orang
KERJAYA: Pengacara TV3
RANCANGAN: Wanita Hari Ini