Kickboxing ajar Tini erti disiplin



DILIHAT pada penampilannya ketika mengendalikan rancangan 3R, Kartini Kamalul Ariffin sentiasa menampilkan imej cergas dan serta gaya hidup aktif.

Mesra dengan panggilan Tini, sukan seperti sebati dalam dirinya kerana mendapat pendedahan sejak kecil dengan menyertai acara taekwondo sejak berusia 12 tahun sehingga ke peringkat universiti sambil acara kickboxing pula pernah di sertai selama setahun sekitar tahun 2002 hingga 2003.

Sambil menyifatkan teknik asas antara dua acara itu tidak banyak perbezaan kecuali untuk beraksi dalam kickboxing perlu memakai sarung tangan dengan cara tumbukan gaya bebas.

TINI hargai
ilmu dan latihan
oleh Bathi.


Tini yang mengenali ketua instruktur Xtreme Martial Arts, AVS Bathi yang melakukan demonstrasi kickboxing sempena Road Tour 3R sekitar 2004 di Bandar Utama. Tini dan rakan 3R yang lain turut menerima latihan daripada Bathi selama dua minggu untuk memecahkan papan sempena program berkenaan.

“Saya pernah menghadiri kelas kickboxing selama setahun, bagaimanapun kesibukan tugas membuatkan saya banyak terlepas menjalani latihan.

“Kelebihan mempelajari kickboxing ialah dapat meningkatkan stamina serta disipilin, Menerusi sukan ini juga kita dapat tahu teknik sepakan dan tendangan yang betul. Tanpa teknik yang betul akan mencederakan diri sendiri.

“Berlatih dengan Bathi saya diajar bahawa kickboxing bukan mengambil kira kekuatan sebaliknya cuba meminimakan tenaga yang dikeluarkan berdasarkan teknik yang betul,” kata Tini yang kelihatan semakin langsing.

Tini yang turut terbabit dalam filem gol dan gincu, kini mula aktif bermain futsal dan dia sukakan permainan itu kerana bukan saja dapat mengekalkan kecergasan tetapi itulah masa yang sesuai untuk bertemu rakan.

Katanya, memandangkan futsal membabitkan kerjasama berpasukan itu membuatkan dia sentiasa berdisiplin untuk hadir bermain kerana tidak mahu menghampakan rakan sepasukan.

DATA
KARTINI KAMALUL ARIFFIN
TARIKH LAHIR:
24 Mac 1978
ASAL: Kuala Lumpur
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana
Muda Perakaunan, Universiti of
East Anglia, Norwich, England
KERJAYA: Pengacara dan
Penyampai Radio Hot FM
RANCANGAN: 3R
LOKASI: Xtreme Martial Arts,
Plaza Damas, Sri Hartamas




Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768