Enjin go-kart pikat Farahdhiya



SELAIN gemar memandu go-kart Farahdhiya juga tidak kurang
hebat menunggang motorsikal yang dipelajarinya sendiri.

DI sebalik wajah ayu Farahdhiya Mohd Amin, gadis kacukan Melayu-Inggeris, pastinya ramai tidak menyangka dia gemar membabitkan diri dalam aktiviti lasak.

Antaranya ialah memandu laju dan apabila diberi peluang memandu go-kart di Kelab Kart Wawasan di Bandar Sunway ia bukan sesuatu yang asing buat anak gadis berasal dari ibu kota ini.

Sekalipun lebih dua tahun Farah dhiya atau Farah tidak bermain su kan itu namun dia masih cekap me ngawalnya. Bagaimanapun dia mengakui keadaan litar yang masih dalam proses pengubahsuai membuatkan dia perlu berhati-hati kerana jalannya masih belum rata.

“Nak kata minat sukan bermotor tu tidak juga tetapi kegemaran saya ialah memandu laju. Dulu saya ke Litar Shah Alam dengan kawan-kawan untuk bermain go-kart. “Walaupun dah lebih dua tahun tidak memandu go-kart tetapi saya tidak ada masalah mengendalikan jentera ini. Seronok rasanya.

“Menerusi rakan artis, Serina saya dapat tahu ada pasukan lumba selebriti di Perlumbaan Merdeka Millineum. Jika diberi peluang saya ingin turut serta,” katanya yang popular dengan lagu 'Bertakhta Di Hati'.

Menurut Farah selain membawa kereta dia juga gemar menunggang motosikal dan dia mempelajari membawa mesin itu secara sendiri.

Selain itu dia juga meminati sukan golf dan pernah mengikuti kelas latihan di bawah bimbingan jurulatih profesional di Kelab Darul Ehsan dan dia turut memiliki peralatan golf sendiri.

Farah mempelajari teknik bermain golf selama lebih enam bulan, bagai mana kesibukan melahirkan album pertamanya membuatkan dia menangguh untuk menyertai sebarang pertandingan. Dia juga masih belum ada handikap.

“Kesibukan yang tiba sebaik selepas tamat mengikuti kelas latihan golf membuatkan saya belum berkesempatan memperoleh handikap dan saya akan cuba mendapatkannya suatu hari nanti,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu.

DATA
FARAHDHIYA MOHD AMIN
TARIKH LAHIR:
28 April 1984
TEMPAT LAHIR: Sarzana, Itali
KEDIAMAN: Kuala Lumpur
KETURUNAN: Melayu-Inggeris
ADIK BERADIK: Bongsu daripada dua beradik
KERJAYA: Penyanyi
ALBUM: Bertakhta Di Hati


Artikel lain:

Copyright 2008 Berita Harian Sdn. Bhd. All rights reserved. Emel kami sebarang maklum balas
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768