
PELAKON Melissa Maureen Rizal memilih sukan bowling kerana per mainan itu terbuka kepada sesiapa sahaja serta mudah mencari gelanggang yang kebanyakan terdapat di pusat membeli-belah.
Mula dikenali menerusi iklan Ponds, Melissa berkata, menerusi bowling juga dia dapat mengeratkan perhubungan dengan rakannya.

Walaupun kurang mahir namun Melisa tetap mengagumi kehebatan pemain profesional terutama cara mereka melakukan balingan.
“Bila ada kelapangan saya akan luang kan masa dengan rakan bermain bow ling. Lagipun mudah untuk mendapatkan Pusat Bowling kerana ia ada di kebanyakan pusat membeli-belah,” kata pelakon yang mula mencuba bidang penulisan skrip rancangan itu.
Selain meluangkan masa lapang bermain bowling, Melissa memilih kickboxing untuk mengekalkan bentuk badan dan stamina.
Dia menyertai kelas acara itu sejak enam bulan lalu di Hartamas dan mengikuti latihan sebanyak tiga kali seminggu andai ada masa lapang.
“Saya memilih kick-boxing untuk mengekalkan bentuk badan di samping mengetahui keunikan corak senaman kecergasan ini.
“Kalau banyak masa saya akan ke pusat latihan tiga kali seminggu tetapi bila dah sibuk sangat tu sekali seminggu saja.
“Kelas ini adalah untuk mempertahankan diri dan juga bagi tujuan kecergasan. Saya pilih kecergasan dan setiap kelas membabitkan 10 orang dalam tempoh 45 minit.
“Saya seronok dengan kick-boxing dan corak senaman kecergasan ini baik dan saya rasa segar selepas melakukannya,” kata pelakon berusia 20 tahun itu.
DATA:
MELISSA MAUREEN RIZAL
TARIKH LAHIR: 09 Mac 1980
ASAL: Kuala Lumpur
KETURUNAN: Pakistan/Cina
PENDIDIKAN: Ijazah Kesusasteraan Inggeris, Kings College London
KERJAYA: Pelakon dan Pengacara Rancangan
FILEM: Gol & Gincu
DRAMA: Table For Two, Akademi dan Masih Ada Cinta
IKLAN: Ponds dan Revlon