[ 07-10-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

 
>> Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.

>> Za'ba
Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati

>> Datuk Sri Hishammuddin Tun Hussein
"...dengan kesungguhan yang berterusan untuk terus menunaikan amanah dan tanggungjawab yang suci dan murni sebagai guru yang cemerlang untuk membina negara yang terbilang."

>> DYTM Raja Dr Nazrin Shah
"Semangat mendaulatkan bahasa Melayu harus dihidupkan dan tiada tiada maknanya sekiranya ia hanya termaktub dalam satu perenggan dalam Perlembagaan negara."

>> Za'ba
Ilmu itu gemala sakti
Sinarnya cerah cahaya sejati
Asal puncanya lamun didapati
Sukar bercerai sehingga mati


>> Tun Dr. Mahathir Mohamad
"Kita harus sedar bahawa kita harus menghadapi pelbagai cabaran dalam apa juga bidang yang kita ceburi. Hanya mereka yang mempunyai keyakinan dan keupayaan sahaja yang akan dapat menghadapi persaingan sengit bagi merebut kejayaan."

>> Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • “Ilmu pengetahuan tanpa nilai-nilai yang mulia belum tentu dapat melahirkan masyarakat yang baik dan berjaya. Nilai-nilai yang mulia tanpa ilmu pengetahuan juga tidak akan melahirkan masyarakat yang berjaya”

  • >> Tun Dr. Mahathir Mohamad
  • “...membentuk sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, berintegrasi wilayah-wilayah dan kelompok-kelompoknya. Menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan hak dan keadilan, membentuk sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.”

  • >> Keris Mas
  • “Kesalahan aturan bahasa sehingga mengikut aturan bahasa Ingeris bukanlah stail yang menunjukkan ketegasan fikiran, melainkan betapa tidak teraturnya fikiran itu dinyatakan atau betapa keinggerisannya kita berfikir”.

  • >> William A.Ward
  • "Guru yang sederhana memberitahu. Guru yang baik menjelaskan. Guru yang hebat menunjukkan cara. Guru yang agung menjadi inspirasi."

  • >> Karl Menninger
  • "Siapakah guru itu adalah lebih penting daripada apa yang diajarkannya."

  • >> Tun Abdul Razak
  • "Kita juga telah berjaya memberikan satu keperibadian yang sama kepada negara dengan menjadikan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi yang tunggal di negara ini dan usaha-usaha masih lagi dicari bagi menjadikan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan dengan erti kata yang sebenarnya."

  • >> Abdullah Ibnu Abbas
  • "Ilmu itu didapati dengan lidah yang gemar bertanya dan akal yang suka berfikir"

  • >> Munsyi Abdullah
  • ”Jika orang Melayu hendak menjadi bangsa yang besar, orang Melayu mesti mempelajari dan memelihara secermat-cermatnya bahasa Melayu, di samping menerima serta menambah pengetahuan baharu.”

  • >> SN S. Othman Kelantan
  • “Peradaban dan tamadun sesuatu bangsa dibina dengan bahasanya sendiri, baik dalam bentuk prosa ataupun dalam bentuk kreatif kerana bahasa menjadi jiwa sesuatu bangsa. Keindahan estetika sebagai emosi kepada jiwa itu ialah karya kreatif”.

  • >> Arena Wati
  • Kita boleh ramah, tapi pantang berkasar. Kita boleh marah, tapi ketawalah, dan jangan kehilangan senyum. Kita pasrah miskin, tapi jauhkan diri dari keinginan mengemis. Orang yang kehilangan wang, cuma rugi benda. Tetapi orang yang kehilangan amanah dia rugi harga diri. (Panrita)

  • >> Noordin Hassan
  • Pasang telinga baik-baik. Jangan dengar saja apa orang kata, fikirkan mengapa orang kata begitu. Kalau orang ketawa, dengar betul-betul jenis ketawanya. Ketawa berisikah atau ketawa jenis apa. (Peran)

  • >> Arena Wati
  • Menegur dengan bahasa sukma dan bertanya dengan bahasa hati nurani.
    Sukma Angin

  • >> Muhammad Salleh
  • Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya.
    Ceritera yang Kedua Puluh Enam (i) dlm. Sajak-sajak daripada Sejarah Melayu.

  • >> Muhammad Salleh
  • Tiada akan besar bangsa yang tiada kasihkan bahasanya, tiada kebenaran pada manusia yang tidak dapat melihat kenyataan.
    Ceritera yang Kedua Puluh Empat dlm. Sajak-sajak dari Sejarah Melayu.

  • >> Abdullah Hussain
    KEMERDEKAAN yang sudah dicapai itu seperti sebuah gelas kosong lalu tiap-tiap golongan itu mahu mengisi gelas itu dengan minuman yang disukainya. - Imam

    >> Keris Mas
    KEMERDEKAAN hanya suatu jambatan. Yang kita tuju di seberang jambatan itu ialah kehidupan kebangsaan yang mulia, makmur dan aman damai. - Menjelang Merdeka

    >> Muhammad Salleh
  • Derita yang dijeritkan tanpa suara ialah bahasa ternyaring bangsa kita.
    Darah Rwanda dlm. Sebuah Unggun di Tepi Danau.
  • Bangsa itu diperibadikan bahasanya.
    Bahasa dan Bangsa dlm. Aksara Usia, 1998, Kuala Lumpur: DBP

  •  
    <B>Penulis: Hanita Hassan<br>Tahun Terbitan: 2008<br>Harga Buku: RM25.00 </b><br><br>Mengahwini insan yang mencintai anda adalah lebih baik daripada mengahwini orang yang dicintai, te-tapi tidak pernah menghargai cinta anda. Namun begitu, janganlah anda membina mahligai perkahwinan itu atas dasar kasihan. Sebaliknya, binalah istana cinta berlandaskan cinta dan kasih sayang abadi yang polos dan mulus. Harus-kah Sofea Delaila, gadis yang terperangkap dalam cinta Zahrul yang memukaunya, berlari untuk mengejar cinta Zahrul yang tidak pasti atau melarikan diri daripada dikejar oleh cinta Nasir yang abadi?”<br>Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Koperasi DBP Bhd dengan menghubungi talian 03 - 21481222/21481352/ 21481296/ 21485869/21433505/21433504.
    Bahasa Melayu Wadah Komunikasi Utama
    BARU-BARU ini Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta atau ringkasnya JAKSA telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Mesyuarat telah sepakat memutuskan beberapa perkara ke arah meluaskan serta meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan sektor swasta sebagai wahana komunikasi utama dalam sektor perdagangan dalam negeri, industri khusus, perkhidmatan ke-wangan dan media massa.
    - Aug 20, 2008 8:58 am

     

     
    Istilah Bahasa  
    >> Patrimoni
    Harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
    >> Patrilineal
    Berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
    >> Mores
    Tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan.
    >> Pemawah
    Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
    >> Peracun
    1. Orang yang meracun atau meracuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.
    >> Peracik
    Orang yang menangkap burung dengan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.
    >> Pempasteur
    1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.
    >> Penyihir
    Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
    >> Perangka
    Orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.
    >> Memprosakan
    Menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa: Mereka juga diberi bimbingan tentang teknik memprosakan puisi, sajak dan sebagainya.
    >> Repertori (répertori)
    Persembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat.
    >> Repertoir (répertoir)
    1. Semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya; 2. (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu.
    >> Sarkasme
    Kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
    >> Kesasterawanan
    Hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan: Pengarang harus memiliki keterampilan kesasterawanan yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
    >> Pak Mulung
    Tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain.
    >> Imperialisme (imperialism)
    Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka.
    >> Hegemoni (hegemony)
    Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
    >> Konserto
    Gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
    >> Presto (présto)
    Tempo muzik yang dimainkan dengan cepat.
    >> Rondo
    Bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto.
    >> Septet (séptét)
    1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.
    >> Largo
    Muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan.
    >> Rabub
    Sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
    >> Bibliofil
    Orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
    >> Bigamis
    Orang yang beristeri atau bersuami dua.
    >> Filateli
    Kegemaran mengumpul dan mengkaji setem.
    >> Pempamer
    Pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: Pameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu pempamer dari kira-kira dua ratus buah negara.
    >> Plutokrat
    Orang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya.
    >> Purbawan
    Orang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang purba atau antik.
    >> Tonem
    Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai.

     
     
    Glosari  
    >> Covergirls (MAGAZINE)
    Wajah penghias
     
     
    Mutiara Kata  
    >> Tenas Effendy
    Sebagai pemimpin ianya cerdik
    Tahu Menyemak bijak menilik
    Tahu menyelesaikan perkara pelik.
    Ilmunya luas budi pun baik
    Akalnya panjang bicara pun molek
    Negeri makmur rakyat terdidik.
     
     
    Bahasa Sukuan  
    >> Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
    Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
     
    Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
    Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
    Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP