[ 07-10-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

 
>> Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.

>> Bahasa Sukuan: Inahak
Inahak ialah kosa kata suku kaum Sungai yang bermaksud awan. Kata inahak diucapkan dalam tiga suku kata i-na-hak. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat berikut: Ina­hak kelihatan berwarna kehitam-hitaman menandakan hari ini akan hujan.

>> Peribahasa: Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang
Maksud peribahasa tersebut ialah menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit, dalam keadaan yang serba salah. Senario ini sering kali terjadi dalam situasi kekeluargaan dalam membuat pilihan dan mungkin juga dalam urusan kerja harian yang memerlukan keputusan yang adil. Peribahasa lain yang sama makna ialah “Diluah mati bapa, ditelan mati emak” atau “Bak membelah kepayang muda, dimakan mabuk, dicampak sayang”.

>> Kata Dialek: Bekrapoh
Dalam dialek Kelantan bekrapoh bermaksud berselerak. Contoh penggunaan: “Mu dok wak gapo gak ari ni, rumoh bekrapoh jah.” (kamu buat apa hari ni, rumah berselerak saja).

>> URUNG
Urung ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama yang bermaksud hidung. Kata ini diucap dalam dua suku kata u-rung. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Budak itu memiliki urung yang sangat mancung seperti bapanya.

>> Bahasa Sukuan: Sondulu
Sondulu ialah kosa kata bahasa suku kaum Kadazandusun yang bermaksud kuku. Kata ini diucap dalam tiga suku kata son-du-lu. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat yang berikut; Penari kebudayaan itu menggunakan sondulu palsu sebagai aksesori.

>> Kata Klasik: Lenggana
Takrif: tidak sudi, enggan Contoh ayat: Jika seperti itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, lengganalah aku pergi ke Majapahit itu.

>> Bahasa Sukuan: Salub
Salub ialah kosa kata bahasa suku kaum Murut yang bermaksud misai. Kata ini diucap dalam dua suku kata salub. Contoh penggunaannya adalah seperti dalam ayat berikut: Ketua kampung itu digeruni oleh kanak-kanak kerana memiliki salub yang tebal.

>> Kata Klasik: Nadim
Takrif: sahabat karib, orang kepercayaan, orang harapan Contoh ayat: Raja itu turun dari mahligainya diiringi oleh empat orang nadim.

>> Kata Dialek: Baeh
Baeh dalam dielak Negeri Sembilan bermaksud baling atau lontar. Boleh digunakan seperti yang berikut: Manggo tu jangan kau baeh, rusak pokok e. Kok nak ondak yo gaet paka pongolan (mangga itu jangan kau baling, rosak pokoknya. Kalau hendak juga, kait dengan galah).

>> Bahasa Sukuan: Beco
Beco dalam dialek Kelantan bermaksud bengkak dan bernanah pada jari tangan atau kaki. Contoh penggunaannya, “Jari kaki diyo beco pasa cocoh duri” (Jari kaki dia bengkak dan bernanah kerana tercucuk duri).

>> Kata Klasik: Jawatan
Takrif: pegawai istana (bentara, sida-sida) Contoh ayat: Lalu berangkat ke dalam istana, Semayam di atas peterana, Di kanan Puteri Lela Mengerna, Diadap jawatan anak perdana.

>> Bahasa Sukuan: Lubi
Lubi ialah kosa kata suku kaum Sungai yang bermaksud syampu. Kata lubi diucap dalam dua suku kata lu-bi. Contoh penggunaannya: Adik gemar menggunakan lubi yang baru dibeli oleh emak.

>> Kata Dialek: Ayuk
Dalam dialek Kelantan, ayuk bermaksud “gayat”. Contoh penggunaannya: “Jange naek tinggi bedooh, nati ayuk” (jangan naik terlalu tinggi, nanti gayat).

>> Kata Klasik: Petuanan
Takrif: golongan orang bangsawan. Contoh ayat: Maka baginda pun memberikan anugerah pula akan segala orang kaya-kaya dan petuanan.

>> Bahasa Sukuan: Kakin
Kakin ialah kosa kata suku kaum Bisaya yang bermaksud tuala. Kata kakin diucapkan dalam dua suku kata ka-kin. Contoh penggunaannya: Oleh sebab kesejukan, adik berselubung menggunakan kakin.

>> Kata Klasik: Upadutanya
Takrif: penolong (naib, timbalan) duta besar. Contoh penggunaannya: Nama hamba Laksamana dan upadutanya Maharaja Setia.

>> Bahasa Sukuan: Kaitan
Kaitan ialah kosa kata suku kaum Murut yang bermaksud tupai. Kata kaitan diucapkan dalam dua suku kata, kai-tan. Contoh penggunaannya: Buah-buahan di kebun datuk banyak dimakan oleh kaitan.

>> Dalam Dialek: Ambek Ngap
Dalam dialek Johor, ambek ngap bermaksud “berhenti sebentar atau berehat daripada bekerja”. Contoh penggunaan: “Sejak datang mando baru, nak ambek ngap pon tak sempat” (sejak datang mandur baru, semua orang tidak ada masa untuk berehat).

>> Kata Dialek: Arai
Dalam dialek Negeri Sembilan, arai bermaksud “mayang” (pinang atau enau). Contoh penggunaan: “Coromat siket ambek arai pinang tu, kok jatuh botorabo nanti” (cermat sedikit apabila mengambil arai pinang itu, jika jatuh bertaburan nanti).

>> Bahasa Sukuan: Sunsung
Sunsung ialah kosa kata bahasa suku kaum bahasa Kadazan dusun yang bermaksud membeli atau mendapatkan barang dengan menukarkannya dengan barang lain, atau barter trade dalam bahasa Inggeris. Kata sunsung diucap dalam dua suku kata sun-sung. Contoh penggunaan: Ibu sunsung kuih yang tidak habis dijual dengan sayur yang dijual oleh peniaga lain.

>> Kata Klasik: Penggawa
Takrif: penghulu. Contoh penggunaan : Maka turunlah Marakarma dari kuda semberani dengan selengkap pakaian yang indah-indah serta dengan penggawa, orang muda-muda empat puluh orang.

>> Kata Klasik: Kedayan
Takrif: pengiring, orang suruhan. Contoh penggunaan: Maka disuruh Sira Panji bahagi harta itu akan segala kedayan dan rakyat masing-masing.

>> Bahasa Sukuan: Sipin
Sipin ialah kosa kata suku kaum Rungus yang bermaksud cekak rambut atau dalam bahasa Inggerisnya hairband. Kata sipin diucap dalam dua suku kata iaitu si-pin. Contoh penggunaannya: “Adik gemar memakai sipin yang baru dibeli oleh emak”.

>> Kata Dialek: Awaih
Awaih: Dalam dialek Pulau Pinang, awaih bermaksud “menyediakan bahan-bahan untuk masakan seperti rempah, cili, bawang, halia dan lain-lain”. Contoh penggunaan: (hang awaih dulu, sat ni aku mai tomeh dalca” (awak sedia bahan-bahan dulu, sebentar lagi saya datang tumis dalca).

>> Kata Klasik: Maulana
Takrif : gelaran untuk ulama besar. Contoh penggunaan: Adapun dalam kapal itu ada seorang saudagar, namanya Maulana Jalaluddin.

>> Bahasa Sukuan: Mampan
Mampan ialah kosa kata bahasa suku kaum Bajau Sama yang bermaksud berjalan kaki atau hiking dalam bahasa Inggeris. Kata mampan diucapkan dalam dua suku kata, mam-pan. Contoh penggunaannya : Dia mampan dari rumah ke pekan, kerana tidak mahu menunggu bas.

>> Kata Dialek: Basai
Basai dalam dialek Pulau Pinang membawa maksud ‘wajah yang kelihatan pucat akibat sakit atau tidur yang berlebihan’. Contoh penggunaan: “Lama sangat hang tidok, pasai tu muka hang naek basai” (lama sangat awak tidur, sebab tu muka awak kelihatan pucat).

>> Bahasa Sukuan: Jangkam
JANGKAM Jangkam ialah kosa kata bahasa suku kaum Bisaya yang bermaksud kuku palsu. Kata jangkam diucapkan dalam dua suku kata, jang-kam. Contoh penggunaannya : Penari perempuan itu memakai jangkam ketika mempersembahkan tarian tradisional masyarakat Bisaya.

>> Kata Klasik: Makhdum
MAKHDUM Takrif: tuan (biasanya gelaran untuk ahli agama). Contoh penggunaan: Maka baginda pun berguru kepada makhdum akan tertib sembahyang.

 
<B>Penulis: Hanita Hassan<br>Tahun Terbitan: 2008<br>Harga Buku: RM25.00 </b><br><br>Mengahwini insan yang mencintai anda adalah lebih baik daripada mengahwini orang yang dicintai, te-tapi tidak pernah menghargai cinta anda. Namun begitu, janganlah anda membina mahligai perkahwinan itu atas dasar kasihan. Sebaliknya, binalah istana cinta berlandaskan cinta dan kasih sayang abadi yang polos dan mulus. Harus-kah Sofea Delaila, gadis yang terperangkap dalam cinta Zahrul yang memukaunya, berlari untuk mengejar cinta Zahrul yang tidak pasti atau melarikan diri daripada dikejar oleh cinta Nasir yang abadi?”<br>Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Koperasi DBP Bhd dengan menghubungi talian 03 - 21481222/21481352/ 21481296/ 21485869/21433505/21433504.
Bahasa Melayu Wadah Komunikasi Utama
BARU-BARU ini Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta atau ringkasnya JAKSA telah diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Mesyuarat telah sepakat memutuskan beberapa perkara ke arah meluaskan serta meningkatkan penggunaan bahasa kebangsaan dalam kalangan sektor swasta sebagai wahana komunikasi utama dalam sektor perdagangan dalam negeri, industri khusus, perkhidmatan ke-wangan dan media massa.
- Aug 20, 2008 8:58 am

 

 
Istilah Bahasa  
>> Patrimoni
Harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
>> Patrilineal
Berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
>> Mores
Tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan.
>> Pemawah
Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
>> Peracun
1. Orang yang meracun atau meracuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.
>> Peracik
Orang yang menangkap burung dengan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.
>> Pempasteur
1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.
>> Penyihir
Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
>> Perangka
Orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.
>> Memprosakan
Menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa: Mereka juga diberi bimbingan tentang teknik memprosakan puisi, sajak dan sebagainya.
>> Repertori (répertori)
Persembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat.
>> Repertoir (répertoir)
1. Semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya; 2. (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu.
>> Sarkasme
Kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
>> Kesasterawanan
Hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan: Pengarang harus memiliki keterampilan kesasterawanan yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
>> Pak Mulung
Tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain.
>> Imperialisme (imperialism)
Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka.
>> Hegemoni (hegemony)
Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
>> Konserto
Gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
>> Presto (présto)
Tempo muzik yang dimainkan dengan cepat.
>> Rondo
Bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto.
>> Septet (séptét)
1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.
>> Largo
Muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan.
>> Rabub
Sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
>> Bibliofil
Orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
>> Bigamis
Orang yang beristeri atau bersuami dua.
>> Filateli
Kegemaran mengumpul dan mengkaji setem.
>> Pempamer
Pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: Pameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu pempamer dari kira-kira dua ratus buah negara.
>> Plutokrat
Orang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya.
>> Purbawan
Orang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang purba atau antik.
>> Tonem
Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai.

 
 
Glosari  
>> Covergirls (MAGAZINE)
Wajah penghias
 
 
Mutiara Kata  
>> Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
 
 
Bahasa Sukuan  
>> Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
 
Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP