[ 06-09-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

Penulis: Hanita Hassan
Tahun Terbitan: 2008
Harga Buku: RM25.00

Mengahwini insan yang mencintai anda adalah lebih baik daripada mengahwini orang yang dicintai, te-tapi tidak pernah menghargai cinta anda. Namun begitu, janganlah anda membina mahligai perkahwinan itu atas dasar kasihan. Sebaliknya, binalah istana cinta berlandaskan cinta dan kasih sayang abadi yang polos dan mulus. Harus-kah Sofea Delaila, gadis yang terperangkap dalam cinta Zahrul yang memukaunya, berlari untuk mengejar cinta Zahrul yang tidak pasti atau melarikan diri daripada dikejar oleh cinta Nasir yang abadi?”
Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh diperoleh daripada Koperasi DBP Bhd dengan menghubungi talian 03 - 21481222/21481352/ 21481296/ 21485869/21433505/21433504.
PEMBERONTAKAN BERSENJATA KOMUNIS DI MALAYSIA
Edisi Kedua
Mohd. Reduan Haji Asli
ISBN 978-983-62-9801-5
RM25.00 # 315 hlm

Menghuraikan sejarah dan perkembangan parti-parti komunis di Malaysia yang merupakan ancaman utama terhadap keselamatan negara pada suatu masa dahulu. Tumpuan diberikan terhadap perkembangan pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) dan Pertubuhan Komunis Sarawak (PKS), terutama dari segi taktik dan strategi yang digunakan. Jangan ketinggalan mengikuti pendedahan yang cukup terperinci mengenai pergerakan pengganas dan ancaman komunis ini.
TESAURUS BAHASA MELAYU DEWAN
Edisi Baharu
ISBN 978-983-62-8558-4
RM55.00 # 1107 hlm

Merupakan tesaurus bahasa Melayu yang paling komprehensif di pasaran. Mengandungi sekitar 5,400 entri utama dan 18,000 subentri. Setiap entri dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan berdasarkan pecahan makna dan koleksi.
MAKNA DALAM BAHASA MELAYU
Edisi Kedua
S. Nathesan
ISBN 978-983-62-9999-4
RM30.00 # 203 hlm

Menyentuh tentang kepelbagaian makna bagi sesuatu kata, kesilapan semantik dan sinonim yang bukan sinonim. Turut membincangkan pertalian bahasa Melayu dengan bahasa Tamil, Parsi dan bahasa Indonesia. Jangan ketinggalan meneroka dunia semantik dengan memiliki buku ini sekarang.
KASIH BERTAUT
Zamidah Hashim
ISBN 978-983-62-9894-2
RM18.00 # 280 hlm

Kejayaan demi kejayaan mula diraih. Bermula secara kecil-kecilan, kini perniagaannya mampu berkembang ke peringkat antarabangsa. Namun kehadiran orang ketiga menggugat keharmonian rumah tangga. Bagaimanakah Haji Shameer mengharungi dugaan yang melanda? Bertahankah perniagaan dan rumah tangganya? Ikuti kisah menarik ini sekarang juga.
Kumpulan Skrip Drama
MENJARING ANGIN MENJELANG RIBUT
Wan Ahmad Ismail
ISBN 978-983-62-9857-7
RM20.00 # 301 hlm

Menghimpunkan empat buah skrip drama yang menarik – “Menjaraing Angin Menjelang Ribut”, “Minah dan Mamat”, “Syeikh” dan “Rebab Bertali Sabut". Penulis turut memuatkan unsur suspens bagi menambah kekuatan skrip ini. Dapatkan segera naskhah anda di kedai buku pengedar Dawama yang berhampiran.
KAMUS THAI-MELAYU DEWAN
ISBN 978-983-62-9805-8
RM40.00
# 428 hlm

Merupakan kamus pelajar yang disusun untuk membantu orang awam berbahasa ibunda Thai yang ingin mempelajari bahasa Melayu. Memuatkan lebih kurang 10,311 entri dan subentri yang disusun mengikut abjad bahasa Thai. Entri dan subentri diwarnakan bagi memudahkan rujukan. Boleh didapati di kedai buku pengedar Dawama berhampiran.
KAMUS BERGAMBAR BAHASA ARAB
Arab-Melayu-Jawi
ISBN 978-983-62-9800-3
RM13.00 # 128 hlm

Sebuah kamus bahasa Arab yang memudahkan pembelajaran terutama pelajar yang baharu mempelajari bahasa ini. Bersifat mesra pelajar yang amat mudah untuk dirujuk. Turut dilengkapi dengan contoh-contoh ayat bagi keberkesanan pemahaman. Dapatkan naskhah anda hari ini juga.
REDANG
Malim Ghozali PK
ISBN 978-983-62-0622-0
RM12.00 # 168 hlm

Menonjolkan dua watak yang berlainan agama dan budaya yang disatukan oleh takdir di bawah satu bumbung perkahwinan atas dasar cinta. Namun pasangan bahagia ini terpaksa di­pisahkan oleh ajal. Dapatkah Irah, pengganti Asfani menerima anaknya seperti anak sendiri? Ikuti kisah dua budaya yang cukup menyentuh nurani kemanusiaan ini.
HADIAH BUAT KIRIN
Nazel Hashim Mohamad
ISBN 978-983-62-1237-5
RM10.00 # 124 hlm

Merupakan novel kanak-kanak dengan paparan kebahagiaan hidup yang dinikmati oleh satu keluarga. Kucing menjadi pengikat dan pemangkin kebahagiaan serta sumber inspirasi dalam hidup mereka. Sesuai dijadikan bacaan untuk kanak-kanak untuk pembinaan jati diri mereka. Dapatkan segera di kedai buku berhampiran.
QABIL DAN HABIL
ISBN 978-983-62-9421-0
RM7.00
# 35 hlm

Ikuti kisah perlaksanaan korban pertama di dunia. Ikuti juga kisah pembunuhan manusia pertama di dunia. Ketahuilah bagaimana syaitan menipu dan menggoda manusia menuju kehancuran. Semuanya terkandung dalam koleksi yang dipetik dari kisah dalam al-Quran untuk panduan bersama.
HIDANGAN DARI LANGIT
ISBN  978-983-62-9422-7
RM7.00
# 39 hlm

Pelbagai mukjizat ditunjukkan oleh Nabi Isa a.s, untuk membuktikan kerasulan baginda. Namun ramai yang ingkar terutama Bani Israil. Atas permintaan golongan Hawariyun, Allah telah menurunkan hidangan dari langit yang hanya dinikmati oleh mereka yang beriman. Ikuti kisah dari petikan al-Quran untuk panduan seisi keluarga.
YANG BUTA DAN YANG CELIK
ISBN 978-983-62-9423-4
RM7.00
# 36 hlm

Mereka terus hanyut dalam kegelapan. Hanya sedikit yang beriman. Namun dengan pertolongan Allah golongan beriman terus mengharungi dugaan dengan sabar. Setiap kesabaran ada ganjarannya. Dapatkan koleksi kisah petikan dari al-Quran untuk panduan sekeluarga.
Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP