
MAMA Wan Yam sedang mengedarkan buku kepada peserta.PENGGUNAAN foam oleh Mama Filza dalam sesi bercerita berjaya menarik kira-kira 100 kanak-kanak di Masjid Negara dalam program Seronoknya Membaca! yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Kesusasteraan Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA), Dewan Bahasa dan Pustaka pada 29 Julai yang lalu.
Foam yang berwarna-warni telah digunting menjadi bentuk hidupan laut seperti obor-obor, ikan, kuda laut, sotong dan ketam. Kanak-kanak gembira apabila berpeluang menampal foam berbentuk hidupan pada papan biru sambil Mama Filza bercerita. Kaedah ini merupakan suatu teknik yang dapat membantu kanak-kanak mengenal pasti nama-nama hidupan laut serta angka dari bilangan satu hingga 10.
Seronoknya Membaca! yang diadakan sempena Bulan Julai, Bulan Membaca, lagu ABCku, Tanya Sama Pokok dan juga Tepuk Tepuk Tangan diiringi petikan guitar Papa Majuni Plera. Di samping itu, Mama Filza bercerita dengan menggunakan sebuah buku yang berjudul Kawan Baharu ditulis oleh Muhammad Yusuf Ismail terbitan DBP. Buku ini dipilih kerana pengisiannya yang amat sesuai untuk kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 9 tahun. Kawan Baharu bukan sekadar cerita tetapi membawa kanak-kanak mengenali dunia angka dan juga dunia haiwan terutamanya hidupan laut.
Dalam sesi kraf tangan, kanak-kanak dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menanamkan semangat bekerjasama serta saling hormat menghormati sesama kawan. Selepas itu, setiap kanak-kanak berpeluang memiliki satu watak dalam cerita tadi. Watak-watak hidupan laut tersebut telah digunting daripada foam. Suasana menjadi lebih menyeronokkan apabila tangan-tangan comel kanak-kanak ini menampal sepasang mata plastik pada foam yang berbentuk hidupan dan mewarnakan mengikut kreativiti masing-masing. Sebagai kenangan-kenangan PURNAMA telah memberi kanak-kanak tersebut membawa balik hasil kreativiti mereka.
Sesi kuiz turut diadakan untuk menguji kefahaman adik-adik akan jalan cerita Kawan Baharu. Terdapat juga kanak-kanak yang berani dan berketrampilan apabila diminta menyampaikan beberapa lagu kanak-kanak yang mereka ketahui.
Papa Majuni mengiringi kanak-kanak dengan lagu Rasa Sayang Hei sebagai lagu penutup dalam program Seronoknya Membaca! – Selain Mama Filza sebagai pencerita, Mama Zeti Aktar Jaffar , Mama Wan Yam Wan Hassan, Abang Mohd Khairi Azuan Sopa’ai (pelajar Universiti Malaya), serta Abang Justine Dingun Ugah (pelajar ASWARA) turut bersama-sama menjayakan program ini. Seronoknya Membaca!