[ 03-12-2008 ]
Sidang Editor:
PENAUNG
Y. Bhg. Dato' Dr. Firdaus Haji Abdullah
Ketua Pengarah DBP

PENASIHAT
Hajah Noresah Baharom
Pengarah Jabatan Bahasa

Othman Ismail
Ketua Bahagian Pengembangan
Bahasa Melayu DBP

KETUA EDITOR
Rohayu Ismail
(ayu@dbp.gov.my)

TIMBALAN KETUA EDITOR
Siti Ruzaiha Mohd Riffin
(ruzaiha@dbp.gov.my)

EDITOR DBP
Wan Mohd Saophy Amizul Wan Mansor
(amizul@dbp.gov.my)

Roziah Mohd Yunus
(roziah@dbp.gov.my)

Norazlinda Misran
(linda_m@dbp.gov.my)

Fatimah Zahrin Mohd Taib
(fatimah@dbp.gov.my)

PROMOSI
Ismail Karmun
(karmun@dbp.gov.my)

PENYELARAS LAMAN WEB
BERITA HARIAN-KLIK DBP

Unit Berita Harian Online
emediabh@bharian.com.my

 
Aktiviti Sastera: Siri Baca Puisi KL
[Oleh Ahmad Ikhram Fadhly Hussin]

“Tuhan bukan arca
Tuhan bukan batu
Tuhan bukan dungu...
Tuhan memberi
Tuhan meneliti
Tuhan mengerti
Tuhan merapati.”

ANTARA bait-bait puisi yang bertajuk Lailahaillah dideklamasikan oleh Abdul Ghafar Ibrahim atau Agi ketika memulakan Siri Baca Puisi Kuala Lumpur di Ruang Legar Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), baru-baru ini. Siri Baca Puisi yang bertujuan untuk mengetengahkan

tokoh penyair tempatan yang bermula pada April yang lalu merupakan anjuran bersama Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM), DBP, Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian danWarisan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Agi sebagai hos jemputan pada malam tersebut yang juga Pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UITM), dalam puisi Islamnya itu cukup menginsafkan dan mengingatkan para hadirin tentang kebesaran Pencipta di samping sarat dengan mesej. Selain itu juga, ia dapat memeriahkan Laman Teater DBP sebagai tempat penyatuan penyair dan peminat sastera menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman kreatif dengan khalayak.

Antara lain Siri Baca Puisi yang akan berlangsung pada setiap hari Jumaat minggu ketiga ini ialah untuk memasyarakatkan puisi untuk penghayatan ‘Puisi Milik Kita’ serta menyemarakkan aktiviti berlandaskan ilmu di Bandar raya Kuala Lumpur sebagai santapan minda dan membentuk jati diri masyarakat bagi mengimbangi kepesatan pembangunan di kota.

Pada malam tersebut, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara turut mendeklamasikan puisi bertajuk “Kita Telah Tinggalkan Jauh di Dalam Sejarah”, karya Abdul Aziz H.M yang menyeru generasi hari ini supaya terus berjuang mengekalkan kemerdekaan negara.

Acara malam itu juga turut dimeriahkan oleh persembahan kumpulan Bingkas Kebayan yang dipimpin oleh Ladin Nuawi. Mereka menyampaikan lagu puisi bertajuk “Larian Haiwan” dan “Ayahlah Sumbu Ibulah Lampu” karya Rahimidin Zahari. Selain itu, penyair-penyair besar yang memeriahkan majlis dengan deklamasi puisi ialah Mohamad Daud, (Anak Gadis Orang Melayu, Shamsuddin Othman (Saat Merdeka Mencium Pipiku) dan Chew Fong Peng (Mas Adeki).

Menurut Setiausaha Satu KALAM, Mohd Taib Nordin yang juga sebagai penyelaras majlis menyatakan bahawa program bersiri ini diadakan secara santai dan terbuka kepada orang ramai. Kepada para penyair, penggiat lagu puisi dan lagu rakyat yang berminat menyertai program ini, boleh menghubungi urus setia program di talian 03-21482251.


 
Istilah Bahasa  
>> Patrimoni
Harta pusaka yang diwarisi daripada bapa atau nenek moyang sebelah bapa.
>> Patrilineal
Berkaitan dengan hubungan keturunan atau kekeluargaan mengikut garis keturunan sebelah lelaki atau bapa.
>> Mores
Tatalaku, adat, kebiasaan dan sebagainya yang sudah mendasari nilai-nilai kehidupan sesuatu kumpulan.
>> Pemawah
Orang yang mengusahakan tanah, memelihara ternakan dan sebagainya yang dipawahkan oleh tuan punya kepadanya.
>> Peracun
1. Orang yang meracun atau meracuni: Perempuan boleh menjadi penawar dan perempuan juga boleh menjadi peracun. 2. Orang yang membuat racun.
>> Peracik
Orang yang menangkap burung dengan menggunakan racik: Bapanya bukanlah peracik burung sepenuh masa.
>> Pempasteur
1. Orang yang melakukan proses atau kerja pempasteuran. 2. Alat untuk mempasteurkan sesuatu bahan seperti susu, keju dan krim.
>> Penyihir
Orang yang mengenakan (ilmu) sihir terhadap orang lain.
>> Perangka
Orang yang merangka (program, rancangan dan sebagainya), perancang: Para perangka dan penyelia program ini terdiri daripada pegawai di Kementerian Pendidikan.
>> Memprosakan
Menukarkan puisi (sajak dan sebagainya) kepada prosa: Mereka juga diberi bimbingan tentang teknik memprosakan puisi, sajak dan sebagainya.
>> Repertori (répertori)
Persembahan teater yang terdiri daripada beberapa lakonan (drama) oleh satu kumpulan teater untuk tempoh masa yang singkat.
>> Repertoir (répertoir)
1. Semua drama, muzik, nyanyian, cerita dan sebagainya yang sedia untuk dinyanyikan (dilakonkan, dipersembahkan dan sebagainya) oleh penyanyi, pelakon, pemuzik dan sebagainya; 2. (Komputer) set arahan lengkap yang dimiliki oleh komputer tertentu.
>> Sarkasme
Kiasan atau ironi yang mengandungi unsur-unsur kata yang pedas yang bertujuan untuk menyakitkan hati seseorang, sindiran.
>> Kesasterawanan
Hal (sifat dan sebagainya) yang berkaitan dengan sasterawan: Pengarang harus memiliki keterampilan kesasterawanan yang menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan.
>> Pak Mulung
Tukang cerita dalam persembahan mekmulung yang turut sama melakonkan ceritanya dengan pelakon lain.
>> Imperialisme (imperialism)
Penguasaan sesebuah negara ke atas negara lain sama ada dari sudut politik, ekonomi, sosial atau budaya. Dengan penguasaan ini, penjajah akan mengeksploitasi segala sumber dan tenaga yang terdapat dalam negara tersebut untuk kepentingan negara mereka.
>> Hegemoni (hegemony)
Penguasaan pemerintah terhadap orang ramai tanpa kekerasan dan paksaan. Orang ramai memberikan sokongan dan legitimasi kepada pemerintah tanpa menyedari bahawa mereka sedang dikuasai, khususnya dari sudut pemikiran dan nilai. Penguasaan ini boleh dibentuk melalui kempen yang berkesan, sistem pendidikan, peranan media, manipulasi unsur budaya, faktor sejarah masyarakat dan juga penggunaan agensi pemerintahan seperti polis, undang-undang, bahagian keselamatan dalam negeri, imigresen dan sebagainya. Melalui hegemoni ini, pemerintahan sesebuah kerajaan dapat bertahan lebih lama.
>> Konserto
Gubahan muzik yang menampilkan persembahan pemain solo dengan iringan orkestra.
>> Presto (présto)
Tempo muzik yang dimainkan dengan cepat.
>> Rondo
Bentuk lagu yang mengulangulang melodi utamanya, yang selalunya terdapat dalam pergerakan gubahan akhir muzik sonata atau konserto.
>> Septet (séptét)
1. gubahan muzik untuk sekumpulan tujuh orang penyanyi atau pemuzik; 2. kumpulan muzik yang terdiri daripada tujuh orang penyanyi atau pemuzik.
>> Largo
Muzik yang dimainkan dengan tempo yang sangat perlahan.
>> Rabub
Sejenis alat bunyi-bunyian bertali satu yang digesek, yang dimainkan oleh masyarakat kaum Kenyah di Sarawak.
>> Bibliofil
Orang yang suka mengumpul atau meminati buku, pencinta buku.
>> Bigamis
Orang yang beristeri atau bersuami dua.
>> Filateli
Kegemaran mengumpul dan mengkaji setem.
>> Pempamer
Pihak atau orang yang mempamerkan sesuatu produk, barang dsb: Pameran ini mencatat sejarah dengan penyertaan lebih enam ribu pempamer dari kira-kira dua ratus buah negara.
>> Plutokrat
Orang yang kaya-raya dan berkuasa, orang yang berpengaruh kerana kekayaannya.
>> Purbawan
Orang yang mengkaji, mengumpul dan menjual barang-barang purba atau antik.
>> Tonem
Tonem (ton'm) - Ciri nada yang membezakan dua bentuk atau kata seiras dalam bahasa nadaan seperti bahasa Cina dan bahasa Thai.

 
 
Glosari  
>> Covergirls (MAGAZINE)
Wajah penghias
 
 
Mutiara Kata  
>> Tenas Effendy
Sebagai pemimpin ianya cerdik
Tahu Menyemak bijak menilik
Tahu menyelesaikan perkara pelik.
Ilmunya luas budi pun baik
Akalnya panjang bicara pun molek
Negeri makmur rakyat terdidik.
 
 
Bahasa Sukuan  
>> Kata Klasik: Pertanda, pelebaya
Takrif: Orang yang menjalankan hukuman mati. Disebut juga algojo. Contoh ayat: Maka lalulah disuruhnya bunuh sebentar itu juga kepada pertanda.
 
Hakcipta Terpelihara © 2007 Berita Harian Sdn Bhd. Emel kami sebarang maklum balas.
Paparan terbaik dalam resolusi 1024 x 768
Berita Harian Harian Metro Emedia Emedia NSTP